Ilahi,
Di dalam hati ini ada keserabutan yang tidak dapat dibersihkan melainkan dengan menghadapMu.
Di dalam hati ini ada kesunyian yang tidak dapat dihilangkan melainkan berdampingan denganMu.
Di dalam hati ini ada derita yang tidak dapat ditanggalkan kecuali dengan kegembiraan mengenaliMu.
Di dalam hati ini ada kegusaran yang tidak mampu ditenangkan melainkan dengan bersamaMu .
Di dalam hati ini ada kedukaan yang tidak bisa dipadamkan melainkan redha denganMu, patuh suruhan dan laranganMu, dan menghayati kesabaran sehingga bertemu denganMu.
Di dalam hati ini ada kefakiran yang tidak dapat ditampung melainkan dengan cinta dan penyerahan diriku terhadapMu Allah, dengan sentiasa mengingatiMu, dan keikhlasan yang sebenar kepadaMu.
Redhailah hambaMu ini ~
Wednesday, July 31, 2013
Sunday, October 21, 2012
[Kita Hidup Untuk Apa 1??]
Bismillahirrahmanirrahim,
“Eh,nak exam ni,study la..sudah2 le tu update blog”[ada bisik-bisik halus dalam hati ketika jari rancak menekan keyboad ]
“Haisssh,sempat
lagi update blog??
“Eh,nak exam ni,study la..sudah2 le tu update blog”[ada bisik-bisik halus dalam hati ketika jari rancak menekan keyboad ]
“Ohh,kita
hidup demi exam saja kah??”
Atau macam
ni??
Bangun pagi
> Mandi > Pergi kuliah >Balik kuliah > Tidur > Makan tengah hari
> Tidur > Study > Mandi > Makan malam > Study lagi >Tidur
> ZZzzzzz….
Esoknya
,macam ni lagi ??
Bangun pagi
> Mandi > Pergi kuliah >Balik kuliah > Tidur > Makan tengah hari
> Tidur > Study > Mandi > Makan malam > Study lagi >Tidur
> ZZzzzzz….
Dan esoknya
lagi,
Bangun pagi
> Mandi > Pergi kuliah >Balik kuliah > Tidur > Makan tengah hari
> Tidur > Study > Mandi > Makan malam > Study lagi >Tidur
> ZZzzzzz….
"Kalau lah macam
tu,tidak keterlaluan la kalau nak dikatakan yang kita ni bukan
manusia.. setuju???"
“Habis tu,kalau
bukan manusia,apa??"
“Zombi”??
heheh (^_^)
"Erm,saya
kata robot,boleh terima kah…??"
“Eh,sesedap
mulut saja nak cakap orang robot.Manusia ada perasaan,robot mana ada perasaan!!”.
“Oh,ye”??”Sabar,belum
habis ayatnya..Kalau betul kita [saya
lebih suka guna kita,sebab apa yang
saya tulis ni untuk saya juga,jadi kita
la]ada perasaan,sudah semestinya kita akan berasa satu kekosongan dalam rutin
harian kita di atas.Ya,kosong jiwa.Kenapa kosong?Sebab kita buat semua tu tanpa
panduan dan arah tuju.Tanpa matlamat
yang sebenar-benarnya."
“Eh,tanpa
matlamat??Study untuk dapat first class degree tu tak de matlamat lagi??
“Perasan
tak saya cakap matlamat yang
sebenar-benarnya??Ya,matlamat yang sebenarnya ialah kita belajar kerana Allah.Mencari redha Allah.Bila
sudah ada ilmu dalam satu-satu bidang tu,kita berkhidmat untuk masyarakat kerana Allah.Berkhidmat untuk Islam kerana Allah.Semuanya kerana Allah.Hidup kita bukan sekadar
study,dapat degree,kerja,berBM(Baitul Muslim @ berkeluarga).
Hidup kita
sebenarnya ada matlamat.Ada arah tuju.Bukan sekadar rutin di atas.Malah lebih
lagi.Ada tanggungjawab yang perlu kita lakukan.
“Dan
tidaklah Aku menciptakan Jin dan Manusia
melainkan untuk beribadat (memperhambakan diri)kepadaKu”
(Ad-Dzariyaat
: 56)
“Laa..yang aku solat 5 waktu sehari semalam tu
beribadat la,apa lagi??”
“Anda
pasti??Yakin 100% ibadat anda diterima??Cukupkah 5 waktu tu nak tampal
lubang-lubang dosa dan kelalaian kita saban hari??”
“So,nak buat
macam mana??Kena 24 jam atas sejadah ke??”
“Ok,jom
fikir sekejap.Dalam 5 waktu kita solat tu berapa waktu yang kita betul-betul
khusyuk??Kebiasaannya waktu solat lah macam-macam kita teringat.Assignment
belum siap lah,lepas ni nak makan apa lah,hutang belum bayar
lah..haisyy[betulkan??].Kalau solat berjemaah alhamdulillah la daripada 27
darjat,kalau pahala berkurang mungkin masih ada baki-baki untuk tutup
lopak-lopak dosa kita.Tapi,kalau lopak dosa kita lebih banyak daripada baki
pahala tu nak buat macam mana??Errr…kalau solat sendiri macam mana pulak?? 1
darjat – tak khusyuk = tinggal berapa ya?? 0.05 kah??atau sudah betul-betul 0??MasyaAllah.”
“Bukan 24
jam kita kena duduk di atas sejadah.Macam-macam jalan Allah bagi untuk kita ‘topup’
amal kita.Allah tu kan Maha Pemurah.Mandi pun boleh jadi ibadat”.
“Eh,eh,ni belajar
mana pulak mandi tu ibadat??”
“Kalau
mandi,niatkan mandi untuk dapatkan kesegaran dan kebersihan badan supaya mudah
beribadat kepada Allah,itupun ada ‘rewards’ daripada Allah.Dikira ibadat umum
tu”.
Bangun pagi,biarlah dengan syukur,jangan malu untuk tadah tangan dan
katakan :
“Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku
setelah mematikanku,dan kepadaNyalah tempat kembali”.
Masa dalam
kuliah,mintalah dengan rendah hati :
“Bismillah,Wahai Tuhanku,lapangkan
dadaku,permudahkan urusanku,leraikan simpulan di lidahku supaya mereka memahami
perkataanku “.
Masa makan
tengah hari,mulakan dengan :
“Wahai Tuhan kami,berkatilah dalam apa yang Kau
rezekikan kepada kami,dan jauhkan kami dari azab api neraka.”
Firman
Allah :
“Ingatlah Allah ketika kamu berdiri,pada waktu
duduk dan ketika kamu berbaring”
(An-Nisa’ : 103)
Begitulah
seterusnya rutin-rutin kita yang
lain,biarlah semuanya kerana Allah.Bila semua yang kita lakukan tu kerana
Allah,insyaAllah tidak ada kesempatan lagi untuk kita melakukan perkara-perkara
yang lalai.Tidak ada orang yang tengok runningman
kerana Allah [uhk2..batuk].Tidak ada orang bergosip kerana Allah.InsyaAllah.
Subhanallah,alangkah
indahnya saat hidup terarah kepada Allah.Setiap nafas dan langkah hanyalah
semata kerana Allah.
“Jadi,kita hidup hanya untuk melakukan
rutin-rutin ‘kosong’ di atas sahaja kah??Di mana Allah di dalam diri kita?? Kalau
benar kita letak Allah di hati,lalu di mana janji kita yang kita ulang-ulang sekurang-kurangnya
5 kali setiap hari??”
“Eh,janji??Sejak
bila berjanji pulak ni??Janji apa??”
“Oh,sudah
lupa janji??Atau buat-buat lupa??”Err..ni bukan janji kita??Setiap kali solat
kita janji ini kan??”
“Sesungguhnya solatku,ibadahku,hidupku dan
matiku hanyalah untuk Allah,Tuhan Sekalian Alam..”
“Errrm…janji
anda sudah ditepati??”
=.=!
Sebenarnya
Allah itu sayangkan hambaNya.Ar-Rahman dan Ar-Rahim itu sifatNya.Dia dah buka
jalan yang besar untuk kita lakukan amal ibadat kepadaNya.Tapi
sayang,kadang-kadang kita terlalu sibuk mengejar dunia sehingga lupa yang kita
cumalah hamba.Kita lupa meminta daripadaNya.Kita lupa bersyukur kepadaNya.Kita
lupa untuk mengingatiNya.
Nauzubillah.
Sepotong
hadis berbunyi :
“Aku adalah menurut sangkaan hambaKu.Apabila
dia mendekatiKu sehasta,Aku datang kepadanya sedepa.Apabila dia datang kepadaKu
berjalan,Aku datang kepadanya berlari ”.
Dunia ini
hakikatnya gelanggang mujahadah.Kita di sini ‘menanam’.Di akhirat sana kita
‘menuai’.Musim untuk ‘menanam’ memanglah payah.’Mencangkul’,’membaja’,’menyiram’,’menjaga
daripada serangga’ dan bermacam kesusahannya.Tapi,saat ‘menuai’ nanti barulah
akan terasa nikmatnya.
“Dunia itu
jambatan akhirat”.
“Huh,ayat
cliché”
“Tak
cliché,ini betul.Di dunia ini tempat beramal,di akhirat sana tempat untuk kita
menikmati hasil amal kita.Baik amal kita di dunia,bersenang-lenanglah kita di
akhirat nanti.Buruk amal kita di dunia,maka bersedialah untuk menghadapi jerih
–perih di akhirat sana.Allahu Allah.”
SELAMAT
BERAMAL.BERCUCUK TANAM AMAL DI DUNIA,MENUAI GANJARAN DI AKHIRAT.
[Kita Hidup Untuk Apa 2??]
bakal menyusul.Doakan moga Allah permudah tulisan saya.Dan yang penting,doakan
hati saya tetap di jalan ini.Bukan sekadar mudah berbicara,melakar kata,tapi
biarlah disertai dengan amal buat yang Maha Esa.Wallahua’alam.
~wardatillah~
Sunday, September 30, 2012
Moga Setiap Nafas adalah Da'wah
Seorang
rakan kristian bertanya kepada saya ketika ada field trip di luar universiti.
“You got bring your sunblock?”
Saya
tersenyum,lalu menjawab :
“No laa,I don’t use it”
Dia
tergelak,lalu berkata :
“Yaaa laaa,you don’t need to wear that
anymore,coz your body has been ‘covered’ .”
Saya hanya
tersenyum.Moga pakaian juga mampu menjadi da’wah.
Bismillah,
Saat saya
mendapat tawaran ke universiti ini,saya cuba menyediakan diri saya
untuk menghadapi sebarang dugaan yang sudah boleh saya jangkakan.
AQIDAH.
Ya,dugaan
ini yang saya risaukan dahulu.Namun,semakin dekat waktu untuk saya melangkah ke
negeri itu,entah kenapa semakin kuat semangat yang
datang.Alhamdulillah,semuanya dengan izin Allah.Biarpun,agama rasmi negara kita
adalah Islam,namun,jujur saya akui di sini..agama Kristian mungkin lebih
menonjol.Apalagi,kampus saya berada di kawasan sedikit pedalaman.
Errr..pembetulan,MEMANG PEDALAMAN.
Sepanjang
perjalanan selama 6 jam dari kampus induk di Kota Kinabalu ke Sandakan,hampir
setiap lima kilometer saya akan nampak lambang salib.Dan papan tanda Gereja St.
Micheal,Gereja Katolik,True Jesus Church,Gereja Basel..’menghiasi’ sepanjang
perjalanan tersebut. Tapi,Alhamdulillah..Allah bekalkan saya kekuatan.Mungkin
berkat doa mak dan abah,serta sahabat-sahabat seperjuangan,saya sendiri tidak
pernah merasakan kekuatan jiwa seperti ini.Subhanallah.
“Mungkin
ada hikmah Allah hantar aku kat sini”sempat bermonolog sepanjang perjalanan.
Apabila
tiba di kampus baru,dibahagikan mengikut program pengajian masing-masing,sekali
lagi saya terpempan.Satu-satunya yang bertudung labuh di situ.Namun,itu tidak
bermaksud saya harus mengubah prinsip diri,apatah lagi melanggar syariat
Allah.Maka bermulalah amanah dan tanggungjawab da’wah saya di sini.
Semasa di
KK,beberapa insiden berlaku.Namun,saya tabahkan hati untuk terus
melangkah.Pernah ketika berada di dalam Dewan Canselor,kiri kanan saya adalah
non-muslim.Ada yang memegang tudung labuh pink saya lalu bertanya juga :
“You tak panas ka pakai ini ‘tudung besar’?? I
pakai baju kurung pun dah berpeluh maa”.
Alhamdulillah,Allah izin saya berikan penerangan mengenai tudung yang
saya pakai.Saya tidak pernah berasa panas memakai tudung seperti itu semenjak
sekolah,malah berasa semakin selamat di sebalik litupannya.Setiap apa yang
Allah perintahkan kepada hambanya itu ada hikmahnya.Cuma sayang,manusia
kadang-kadang lebih banyak memandang keburukan daripada kebaikan. Na’uzubillah,moga
Allah tetapkan hati ini.
Ada ketika
kita tidak perlu bercakap banyak untuk menyampaikan Islam.Da’wah bil hal kadang
lebih berkesan.Da’wah tanpa suara. “action speaks louder than words.”
Roomate
saya,seorang Kristian.Ketika hari kedua saya berada di KK,saya masih melakukan
solat jama’ disebabkan waktu orientasi yang sangat padat dan saya akan
bermusafir ke kampus di Sandakan pada hari berikutnya.Solat maghrib saya
jama’kan dengan solat Isya’.Selepas selesai program,kami sampai di bilik lewat
malam.Dia bertanya :
“You memang tak solat ya??”
=.=’
Awalnya,saya
sedikit terkejut dengan lontaran soalan itu,tapi saya cuba selitkan da’wah
dalam setiap jawapan saya.
“Oh,in Islam we can combine two solah in one
time.We call that jama’.Our God,Allah is very Mercy.When we travel far away
from our home or our place,we are allowed to combine the solah for a few day
until we arrive the destination.”
Saya cuba
untuk mengatur ayat sebaik mungkin agar mudah difahami konsep rukhsah tersebut dan agar dia mengetahui bahawa Islam bukanlah agama yang memberatkan biarpun
Inggeris saya masih tunggang langgang..heh ^_^.
Tiba-tiba
dia menjawab, “ya,I have heard about
that.Coz,my boyfriend is Arab Muslim”
Sekali
lagi saya kaget.”Allah,jangan jadikan aku fitnah terhadap agamaMu.Janganlah
Islamku hanya sekadar nama,namun izinkan setiap nafasku adalah Islam”
Hari-hari
kuliah saya berjalan seperti biasa.Tetapi setiap hayunan langkah saya terasa
berat,bahu ini menggalas amanah yang hebat.Teringat pengorbanan Rasulullah masa
nak sampaikan Islam di bumi Taif dahulu.Hatta di Mekah sekalipun Baginda memang
cukup diuji dengan tentangan daripada kafir quraisy sendiri.Alhamdulillah,ujian
saya tidak seberat Rasulullah.Malah,jauh lebih kecil berbanding apa yang
Rasulullah hadapi.Semata-mata untuk sampaikan syiar Islam,menegakkan kalimah
tauhid,Baginda rela dan redha.
Dan
kini,saya memegang tanggungjawab untuk meneruskan wasilah da’wah Rasulullah. Sungguh,menjadi
orang asing di bumi yang asing bukannya mudah!!Tapi,saya percaya janji
Allah.Empat belas ayat dalam surah As-Saff saya jadikan sumbu perjuangan.Juga
hadis-hadis yang sering diulang-ulang semasa usrah di matrikulasi dahulu.
GHURABA’.
Di akhir
zaman ini,membawa ISLAM ibarat menggenggam bara api.
“Ada tetap ada suatu puak dalam kalangan
umatku, yang menegakkan urusan Allah (Islam), mereka tidak dapat dimusnahkan
oleh golongan yang menghina dan menyanggahi mereka sehingga tibanya janji Allah
(Kiamat) mereka tetap bangkit” (Riwayat Muslim).
“Beruntunglah golongan ghuraba` (yang asing
atau pelik)”. Ditanya baginda: “Siapakah mereka yang ghuraba itu wahai
Rasulullah?”. Jawab baginda: “Golongan yang soleh dalam kalangan ramai yang
jahat, yang menentang mereka lebih ramai daripada yang mentaati mereka”.
(dinilai sahih oleh Ahmad Shakir).
Walau apa
jua yang rintangan yang menanti di hadapan,langkah perjuangan ini akan
diteruskan.Selagi nafas masih terhela.Selagi badan masih bernyawa.Kerana
itulah tujuan Allah hidupkan diri ini.Sebaik-baik umat yang Allah ciptakan adalah untuk mengajak kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran.Moga setiap nafasku
adalah da’wah.Allahumma Yassir. ^_^
Buat ikhwah dan akhawat seperjuangan,biar di mana saja kita berada,jangan pernah berasa lemah.Allah itu Al-Qawiyy.Justeru,mohonlah pertolongan dan kekuatan daripada Dia.Jauhi futur dalam mujahadah. Thabatkan hati,tetapkan jiwa,mantapkan aqidah.Andai jatuh,bangunlah kembali.Kita tidak keseorangan.Allah itu sentiasa ADA.
SALAM PERJUANGAN BUAT PARA DA'IE ILALLAH.
MOGA ALLAH SENTIASA MEMBERKATI PERJUANGAN KALIAN !!!
Doakan juga ana kuat di sini.
p/s :apa yang dikongsikan di atas cumalah sedikit pengalaman dan cabaran yang Allah izin terjadi pada diri ini
kerana Dia menguji tahap iman hambanya.Moga dijauhkan daripada sifat riya' dalam diri ini.
WALLAHUA'LAM.
Friday, September 28, 2012
Kesayanganku
Bismillah,
Tatkala sedang duduk termenung sendirian dalam surau kampus,saya teringat keletah adik kembar yang berusia 7 tahun.Pagi hari raya kedua itu,si kembar kakak datang kepada saya lalu berkata :
“Kak long,tadi kakak letak 20 ringgit duit raya kakak dalam beg mak.Nanti kan mak nak pi naik kapal terbang.Nak pi Sabah hantar kak long.Lepas tu nak pi Mekah”.
Saya tersenyum.Hati terusik.Hampir menitis air mata dibuatnya.
Teringat pula si kembar adik,kadangkala saat saya perlu menjaga mereka berdua ketika mak atau abah tiada di rumah,maka saya harus bersedia menjawab soalan ini.
“Kak long,bila mak dengan abah nak balik??Kata pi sat (kejap) ja.”
Setiap kali mak dan abah ingin ke mana-mana,si kembar ini sering melambai di pintu dengan pesanan :
“Bawa kereta elok-elok“.
Mak dan Abah.
Dua orang insan yang Allah hadiahkan kepada saya dan adik-adik.Hadiah yang tak ternilai harganya daripada Allah.Jasa mereka membesarkan kami adik-beradik terlalu besar.Andai dihitung segala jerih perih mereka,pengorbanan mereka semestinya tidak dapat dibalas dengan segunung harta sekalipun.
Letih mereka,penat mereka,sakit demam mereka tidak pernah dihiraukan demi kami. Namun,sedikit pun tak pernah saya dengar keluhan mereka sepanjang membesarkan kami.Semuanya dilakukan dengan lapang hati.Merekalah jua yang mendidik kami dengan penuh sabar.Kadang,ada tingkah kami yang mengusik perasaan mereka,tidak lama disimpan di hati.Itulah fitrah yang ada dalam hati mereka.Kasih sayang mereka terhadap anak-anak melimpah ruah.
Suatu ketika di kolej dahulu,saya bangun pagi dalam keadaan hati yang tidak keruan.Entah kenapa subuh hening itu saya sayu mengenangkan wajah mak dan abah.Kebetulan,ketika solat subuh,imam membacakan ayat 23 dan 24 dalam surah Al-Isra’.Basah sejadah dan telekung dengan air mata.Usai subuh itu,saya sambung dengan bacaan Yasin yang saya titipkan buat mak dan abah.Saya mohon agar Allah sentiasa memberikan kesihatan yang terbaik dan dipermudahkan segala urusan mereka.Alhamdulillah,hati kembali damai.
وَقَضَى رَبُّكَ أَلاَّ تَعْبُدُواْ إِلاَّ إِيَّـهُ وَبِالْوَلِدَيْنِ إِحْسَـناً إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلاَهُمَا فَلاَ تَقُل لَّهُمَآ أُفٍّ وَلاَ تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلاً كَرِيمًا(23) وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرًا
23. And your Lord has Qada (decreed) that you worship none but Him. And that you be dutiful to your parents. If one of them or both of them attain old age in your life, say not to them a word of disrespect, nor reprimand them but address them in terms of honor.
24. And lower unto them the wing of submission and humility through mercy, and say: "My Lord! Bestow on them Your mercy as they did bring me up when I was young.''
Mak dan abah.Memandang wajah mereka adalah suatu ketenangan yang mendamaikan.Saat kita perolehi kejayaan,merekalah orang yang paling gembira.Ada kala kita kegagalan,mereka tidak pernah membiarkan kita terus kecewa.Kata-kata azimat mereka kembali membakar semangat untuk terus melangkah.
Pernah saya luahkan kerisauan dan ketakutan tatkala menyedari fakulti saya majoritinya adalah non-muslim dan saya adalah satu-satunya pelajar muslimah yang bertudung labuh di situ.Saat itu abah memberikan kata-kata semangat buat saya.Kata abah,
“Tak apa,yang penting kita ada Allah.Abah yakin along pasti kuat dengan izin Allah.Teruskan mujahadah menuju mardhatillah”.
Dan dengan kata-kata itu saya masih teguh berada di sini meneruskan cita-cita.Ketika minggu orientasi,saat kesihatan saya sedikit terganggu dek kerana aktiviti-aktiviti yang memerlukan ketahanan badan yang tinggi,mak lah orang yang paling risau.Seharian berpesan kepada saya supaya mengambil ubat saya,menelefon saya bertanyakan keadaan kesihatan.Allah,rahmatilah kehidupan mereka.
Usai lafaz ikrar pelajar ketika penutup orientasi di universiti,air mata ini mengalir lagi.Mengenangkan diri yang berjaya bergelar seorang mahasiswi.Dan ini semua adalah hasil titik peluh dua orang insan tersebut dengan izin Allah.
Mak dan Abah.
Moga Allah sentiasa merahmati dan memberkati umur kalian.Anakmu ini berjanji tidak akan mengecewakan kalian.Anakmu ini tahu,kalian tidak pernah putus menitipkan doa buat diri ini.InsyaAllah mak,abah..anakmu ini akan terus melangkah.Sebagai seorang mujahidah.Demi Allah,demi Islam,demi Rasulullah.Doakan anakmu ini tabah dan kuat menghadapi dugaan dalam kehidupan.
Justeru,saat diri masih diberi kesempatan untuk menatap wajah mereka,mendengar suara mereka,berbakti buat mereka,berusahalah sehabis mungkin untuk membahagiakan mereka.Bukan wang ringgit yang mereka harapkan,namun cukup hanya luangan sedikit masa bersama mereka.Kerana dengan luangan masa itu,mereka mampu mengimbau kembali saat mereka membelai kita dan mendakap kita ketika kecil dahulu.Dan kini,anak mereka itu sudah menjadi dewasa dan berjaya.Ianya adalah satu kepuasan buat mereka.Itu sudah cukup membahagiakan dan menggembirakan hati mereka.
Walau siapa pun kita nanti,setinggi mana jawatan kita ketika kelak,sebesar mana gaji kita akan datang,jangan pernah lupa wajah-wajah bersih dua orang insan ini.Kejayaan kita pada masa kini dan akan datang semuanya bermula dengan penat lelah mereka,jerih perih mereka memerah keringat demi membesarkan kita,mendidik kita sehingga mampu mencapai tahap yang tertinggi.
MOGA ALLAH SENTIASA SAYANG KEPADA KALIAN,MAK DAN ABAH.
Wednesday, September 19, 2012
Cukup Allah Bagiku
Kekuatan hati dan jiwa itu datangnya dari Allah.Tika hati dan jiwa ini sudah tidak berdaya untuk mengorak langkah maka mohonlah keteguhan dariNya.
Hanya Dia.Dialah yang mampu menenangkan jiwa yang resah,Dialah juga yang mampu melapangkan dada yang gundah.Biar zahirnya dirimu keseorangan dalam perjuangan ini,namun masih ada Allah yang sudi menemani diri.Di mana Dia??
Di dalam hati.Maka kuatkanlah imanmu wahai diri.Ada kala tangisan mampu melemahkan. Namun,ada tika tangisan itu jualah yang menguatkan.Menangislah pada Dia yang Maha Mendengar.Merintihlah pada Dia yang Maha Pengasih.Di situ kau kan temui kekuatannya.
Usai kau merintih,maka binalah azam baru.Bangunkan tekad yang satu.Hanya Allah matlamat hidupmu.Maka saat itu,seluruh nafasmu,kehidupanmu hanyalah demi Allah.Demi Islam.Biarpun keperitan dan kepedihan yang akan kau tempuh,itulah sunnah perjuangan.Biar tiada lagi masjid yang gah berdiri,malah tidak kedengaran lagi laungan azan,tiada lagi solat berjemaah,usrah,sahabat perjuangan yang sefikrah,ikhwah-ihkhwah yang thiqah,dirimu tidak boleh rebah.
Kerana saat engkau mengangkat tangan berikrar menjadi ‘amilin harakah Islami,itu juga bererti bahawa dirimu sudah menyediakan sepenuh jiwa dan raga buat Islam.Memang jalan perjuangan itu penuh dengan onak duri dan ranjau ujian yang memeritkan.Sebenarnya,itulah jua yang telah ditempuhi oleh Rasulmu suatu ketika dahulu.
Maka,kini tiba pula giliranmu memikul amanah itu.Meneruskan wasilah menyebarkan Panji Islami.Wahai diri.Usah Futur!!!Bangkit!!Teruskan langkahmu.Andai kau jatuh,kembalilah bangun.Demi Islam.Demi Allah.Demi Rasulmu.Kau tidak keseorangan.Ada Allah di sisimu.
ALLAHUAKBAR!!!!
“AKU ADALAH ANAK PANAH-ANAK PANAH ISLAM.LEMPARKANLAH AKU KE MANA SAHAJA KAMU MAHU.AKU TETAP BERJUANG DEMI ISLAM”

Wednesday, September 12, 2012
Ukhti??Akhi??
Bismillah,
"Ukhti,akhi@ukht,akh.."
sesetengah orang agak pelik dengan panggilan sebegitu..tapi sebenarnya ada yang istimewa dengan kalimah tersebut..=)
"Akh tu apa?Apa kebendanya tu...? Sejenis tumbuh-tumbuhan berakar serabut ke...?"
"Hahaha..Akh tu maksudnya saudara, lebih kurang. Kalau ustaz panggil akhi, maksudnya dia cakap 'saudara' la tu. Ala, lebih kurang dude, beb dengan mat la jugak..."
"Tapi akh nie, istimewa, tak seperti panggilan yang lain. Apabila dipanggil akh, ia selalunya disertai dengan perasaan hormat. Sebab persaudaraan Islam tu berlandaskan aqidah, kerana Allah. Jadi status akh tu lebih best la daripada yang lain... Dan akh tu untuk seorang. Kalau ramai, dipanggil ikhwah."
<credit to http://angelwearsgucci.blogspot.com/2008/12/akhi-bahagian-ketiga.html >
3 Syarat untuk merasakan "sweetness of iman" :
~> Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selainnya
~> Berkasih sayang(berukhuwwah) kerana Allah;
~> Benci untuk kembali kepada kekufuran
Ayuh!!Buru cinta halal yang diredhai..
bila sebut cinta halal,bukanlah hanya berkisar tentang perkahwinan,BM (Baitul Muslim) saja..tapi persahabatan kerana Allah pun halal jugak kan?? = )
Dalam hadis Nabi s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya dari kalangan hamba-hamba Allah adanya golongan yang mereka bukan para nabi, atau para syahid. Namun para nabi dan para syahid cemburu kepada mereka pada Hari Kiamat disebabkan kedudukan mereka di sisi Allah”.
Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah! Beritahulah kami siapakah mereka?”.
Jawab Nabi: “Mereka itu golongan yang cinta mencintai dengan ruh Allah, tanpa ada hubungan kekeluargaan dan bukan kerana harta yang diidamkan. Demi Allah, sesungguhnya wajah-wajah mereka adalah cahaya, mereka berada atas cahaya. Mereka tidak takut pada saat manusia ketakutan, mereka tidak berdukacita ketika manusia berdukacita”.
Pengaruh agama dalam diri seseorang insan itu ada kaitan dengan nilai sebuah persahabatan.
"Seseorang itu adalah berdasarkan agama sahabatnya.Maka perhatikan seseorang itu,siapakah yang akan menjadi sahabatnya".
Justeru,nilai agamalah yang harus menjadi indikator utama dalam pemilihan sahabat.Bukanlah niat di hati meminggirkan mereka yang kurang penghayatan dan amal Islaminya,namun sahabat yang terpelihara kualiti agamanya bakal menjadi tonggak mujahadah dalam landasan da'wah.
Aku mencari sahabat yang bisa menjadi ubat.Mereka itulah insan yang mengenal akhirat.Kerana nanti aku akan terpikat,bukan dengan maksiat..tetapi jatuh cinta dengan syariat.Aku mencari sahabat yang rajin menuntut ilmu,kerana pastinya syaitan menjadi seteru.Aku mencari sahabat persis Abu Bakar.Sanggup berkorban demi Rasulullah tercinta.
Bersahabat dan berteman kerana Ilahi,manisnya pasti terasa hingga ke alam ukhrawi.

Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa hati-hati ini, telah berhimpun di atas dasar kecintaan terhadapmu,
bertemu di atas ketaatan kepada-Mu dan bersatu bagi memikul beban dakwah-Mu,
hati-hati ini telah mengikat persetiaan untuk menolong meninggikan syariat-Mu.
Oleh itu, Ya Allah, Engkau perkukuhkan ikatannya dan Engkau kekalkan kemesraan hati-hati ini, tunjukilah hati-hati ini akan jalan yang sebenar,
serta penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap,
lapangkanlah hati-hati dengan limpahan keimanan serta keindahan tawakkal kepada-Mu,
hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat (pengenalan yang sebenarnya) tentang-Mu.
(Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu.
Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.
Ya Allah perkenankanlah doa kami..."
Monday, September 10, 2012
Kisah Sedekah yang Makbul
Rasulullah S.A.W bersabda,”Dahulu ada seorang lelaki yang telah bernazar,”Aku akan bersedekah dengan suatu sedekah”.
Kemudian dia keluar dari rumahnya membawa sesuatu dan menyerahkannya ke tangan seorang pencuri.Terlihat akan hal itu,orang-orang di sekelilingnya mencemuh perbuatannya dan berkata dengan sinis,”Malam ini engkau telah bersedekah kepada seorang pencuri”.Namun,lelaki tadi berkata dengan tenang.”Ya Allah,segala puji bagiMu kerana aku mampu bersedekah biarpun kepada seorang pencuri.Aku akan bersedekah lagi dengan sedekah yang lain.
Kemudian,dia keluar dari rumahnya membawa sedekah yang lain,lalu memberikannya kepada seorang pelacur.Sekali lagi orang di sekelilingnya mencemuh.Mereka berkata dengan sinis,”Malam ini engkau bersedekah kepada seorang pelacur.Namun,lelaki itu dengan tenang berkata”Ya Allah,segala puji bagiMu kerana aku boleh bersedekah walaupun kepada seorang pelacur.Aku akan bersedekah lagi dengan sedekah yang lain.
Setelah itu,dia keluar dari rumahnya membawa sedekahnya dan menyerahkan ke tangan seorang yang kaya.Orang-orang di sekelilingnya mencemuh dan berkata”Malam ini engkau bersedekah kepada seorang yang kaya”.Lelaki itu menjawab dengan tenang,”segala puji bagiMu Ya Allah kerana aku boleh bersedekah kepada seorang pencuri,pelacur dan seorang yang kaya”.
Pada malam harinya lelaki itu bermimpi mendengar suara yang mengatakan”Adapun sedekahmu itu kepada si pencuri,mudah-mudahan dengan sedekahmu itu akan menjauhkannya daripada perbuatan mencuri.Manakala sedekahmu kepada pelacur,mudah-mudahan sedekahmu itu akan menjauhkan dirinya daripada zina.Begitu juga dengan sedekahmu kepada orang kaya mudah-mudahan orang itu mendapat pengajaran daripada sedekahmu sehingga dia mahu menafkahkan harta yang dianugerahkan Allah kepadanya untuk orang lain.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Manusia itu kadangkala lebih takutkan pandangan manusia lain berbanding pandangan Allah terhadapnya.Sehingga kadang-kadang niat untuk melakukan amal soleh terpesong daripada landasan sebenar.
Ayuh,perbetulkan niat!!Moga setiap amal soleh kita diterima Allah.

Subscribe to:
Posts (Atom)