Sunday, October 21, 2012

[Kita Hidup Untuk Apa 1??]

Bismillahirrahmanirrahim,

“Haisssh,sempat lagi update blog??

 “Eh,nak exam ni,study la..sudah2 le tu update blog”[ada bisik-bisik halus dalam hati ketika jari rancak menekan keyboad ]

“Ohh,kita hidup demi exam saja kah??”

Atau macam ni??

Bangun pagi > Mandi > Pergi kuliah >Balik kuliah > Tidur > Makan tengah hari > Tidur > Study > Mandi > Makan malam > Study lagi >Tidur > ZZzzzzz….

Esoknya ,macam ni lagi ??

Bangun pagi > Mandi > Pergi kuliah >Balik kuliah > Tidur > Makan tengah hari > Tidur > Study > Mandi > Makan malam > Study lagi >Tidur > ZZzzzzz….

Dan esoknya lagi,

Bangun pagi > Mandi > Pergi kuliah >Balik kuliah > Tidur > Makan tengah hari > Tidur > Study > Mandi > Makan malam > Study lagi >Tidur > ZZzzzzz….

"Kalau lah macam tu,tidak keterlaluan la kalau nak dikatakan yang kita ni bukan manusia.. setuju???"

“Habis tu,kalau bukan manusia,apa??"

“Zombi”?? heheh  (^_^)

"Erm,saya kata robot,boleh terima kah…??"

“Eh,sesedap mulut saja nak cakap orang robot.Manusia ada perasaan,robot mana ada perasaan!!”.

“Oh,ye”??”Sabar,belum habis ayatnya..Kalau betul kita [saya lebih suka guna kita,sebab apa yang saya tulis ni untuk saya juga,jadi kita la]ada perasaan,sudah semestinya kita akan berasa satu kekosongan dalam rutin harian kita di atas.Ya,kosong jiwa.Kenapa kosong?Sebab kita buat semua tu tanpa panduan dan arah tuju.Tanpa matlamat yang sebenar-benarnya."

“Eh,tanpa matlamat??Study untuk dapat first class degree tu tak de matlamat lagi??

“Perasan tak saya cakap matlamat yang sebenar-benarnya??Ya,matlamat yang sebenarnya ialah kita belajar kerana Allah.Mencari redha Allah.Bila sudah ada ilmu dalam satu-satu bidang tu,kita berkhidmat untuk masyarakat kerana Allah.Berkhidmat untuk Islam kerana Allah.Semuanya kerana Allah.Hidup kita bukan sekadar study,dapat degree,kerja,berBM(Baitul Muslim @ berkeluarga).

Hidup kita sebenarnya ada matlamat.Ada arah tuju.Bukan sekadar rutin di atas.Malah lebih lagi.Ada tanggungjawab yang perlu kita lakukan.

“Dan tidaklah Aku menciptakan Jin dan Manusia melainkan untuk beribadat (memperhambakan diri)kepadaKu”

(Ad-Dzariyaat : 56)

 “Laa..yang aku solat 5 waktu sehari semalam tu beribadat la,apa lagi??”

“Anda pasti??Yakin 100% ibadat anda diterima??Cukupkah 5 waktu tu nak tampal lubang-lubang dosa dan kelalaian kita saban hari??”

“So,nak buat macam mana??Kena 24 jam atas sejadah ke??”

“Ok,jom fikir sekejap.Dalam 5 waktu kita solat tu berapa waktu yang kita betul-betul khusyuk??Kebiasaannya waktu solat lah macam-macam kita teringat.Assignment belum siap lah,lepas ni nak makan apa lah,hutang belum bayar lah..haisyy[betulkan??].Kalau solat berjemaah alhamdulillah la daripada 27 darjat,kalau pahala berkurang mungkin masih ada baki-baki untuk tutup lopak-lopak dosa kita.Tapi,kalau lopak dosa kita lebih banyak daripada baki pahala tu nak buat macam mana??Errr…kalau solat sendiri macam mana pulak?? 1 darjat – tak khusyuk = tinggal berapa ya?? 0.05 kah??atau sudah betul-betul 0??MasyaAllah.”

“Bukan 24 jam kita kena duduk di atas sejadah.Macam-macam jalan Allah bagi untuk kita ‘topup’ amal kita.Allah tu kan Maha Pemurah.Mandi pun boleh jadi ibadat”.

“Eh,eh,ni belajar mana pulak mandi tu ibadat??”

“Kalau mandi,niatkan mandi untuk dapatkan kesegaran dan kebersihan badan supaya mudah beribadat kepada Allah,itupun ada ‘rewards’ daripada Allah.Dikira ibadat umum tu”.

Bangun pagi,biarlah dengan syukur,jangan malu untuk tadah tangan dan katakan :

“Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku setelah mematikanku,dan kepadaNyalah tempat kembali”.

Masa dalam kuliah,mintalah dengan rendah hati :

“Bismillah,Wahai Tuhanku,lapangkan dadaku,permudahkan urusanku,leraikan simpulan di lidahku supaya mereka memahami perkataanku “.

Masa makan tengah hari,mulakan dengan :

“Wahai Tuhan kami,berkatilah dalam apa yang Kau rezekikan kepada kami,dan jauhkan kami dari azab api neraka.”

Firman Allah :
“Ingatlah Allah ketika kamu berdiri,pada waktu duduk dan ketika kamu berbaring”
(An-Nisa’ : 103)

Begitulah seterusnya rutin-rutin kita  yang lain,biarlah semuanya kerana Allah.Bila semua yang kita lakukan tu kerana Allah,insyaAllah tidak ada kesempatan lagi untuk kita melakukan perkara-perkara yang lalai.Tidak ada orang yang tengok runningman kerana Allah [uhk2..batuk].Tidak ada orang bergosip kerana Allah.InsyaAllah. 

Subhanallah,alangkah indahnya saat hidup terarah kepada Allah.Setiap nafas dan langkah hanyalah semata kerana Allah.

 “Jadi,kita hidup hanya untuk melakukan rutin-rutin ‘kosong’ di atas sahaja kah??Di mana Allah di dalam diri kita?? Kalau benar kita letak Allah di hati,lalu di mana janji kita yang kita ulang-ulang sekurang-kurangnya 5 kali setiap hari??”

“Eh,janji??Sejak bila berjanji pulak ni??Janji apa??”

“Oh,sudah lupa janji??Atau buat-buat lupa??”Err..ni bukan janji kita??Setiap kali solat kita janji ini kan??”

“Sesungguhnya solatku,ibadahku,hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah,Tuhan Sekalian Alam..”

“Errrm…janji anda sudah ditepati??”

=.=!

Sebenarnya Allah itu sayangkan hambaNya.Ar-Rahman dan Ar-Rahim itu sifatNya.Dia dah buka jalan yang besar untuk kita lakukan amal ibadat kepadaNya.Tapi sayang,kadang-kadang kita terlalu sibuk mengejar dunia sehingga lupa yang kita cumalah hamba.Kita lupa meminta daripadaNya.Kita lupa bersyukur kepadaNya.Kita lupa untuk mengingatiNya.

Nauzubillah.

Sepotong hadis berbunyi :

“Aku adalah menurut sangkaan hambaKu.Apabila dia mendekatiKu sehasta,Aku datang kepadanya sedepa.Apabila dia datang kepadaKu berjalan,Aku datang kepadanya berlari ”.

Dunia ini hakikatnya gelanggang mujahadah.Kita di sini ‘menanam’.Di akhirat sana kita ‘menuai’.Musim untuk ‘menanam’ memanglah payah.’Mencangkul’,’membaja’,’menyiram’,’menjaga daripada serangga’ dan bermacam kesusahannya.Tapi,saat ‘menuai’ nanti barulah akan terasa nikmatnya.

“Dunia itu jambatan akhirat”.

“Huh,ayat cliché”

“Tak cliché,ini betul.Di dunia ini tempat beramal,di akhirat sana tempat untuk kita menikmati hasil amal kita.Baik amal kita di dunia,bersenang-lenanglah kita di akhirat nanti.Buruk amal kita di dunia,maka bersedialah untuk menghadapi jerih –perih di akhirat sana.Allahu Allah.”

SELAMAT BERAMAL.BERCUCUK TANAM AMAL DI DUNIA,MENUAI GANJARAN DI AKHIRAT.

[Kita Hidup Untuk Apa 2??] bakal menyusul.Doakan moga Allah permudah tulisan saya.Dan yang penting,doakan hati saya tetap di jalan ini.Bukan sekadar mudah berbicara,melakar kata,tapi biarlah disertai dengan amal buat yang Maha Esa.Wallahua’alam.

~wardatillah~

2 comments:

  1. SubhanaAllah,semoga kita sentiasa terus thabat dalam perjuangan~

    ReplyDelete

 

Template by BloggerCandy.com