Bismillahirrahmanirrahim,
Moga akhlak seindah nama,
Wardatillah,
Mawar Allah(insyaAllah)yang sentiasa indah pekertinya,mengutip semangat serikandi-serikandi pejuang Islam,dirinya hanyalah musafir di Bumi ini,ingin sering berlayar atas bahtera da'wah demi mengharap secebis REDHA daripada Khaliqnya yang Maha Agung..Allahu Rabbi..
Bismillahirrahmanirrahim.. Pada awalnya aku amat takut untuk menulis di ruangan ini..Hmm..Bimbang diri ini akan ditanya tentang apa yang ak...
Kalam Taujihat
Keberkatan dan kemanisan perjuangan hanya untuk mereka yang sanggup bermujahadah dalam kepayahan, mampu berkorban dalam tangis, rela iman diuji dalam keperitan. Jangan terasa sempit kerana seluruh langit & bumi berdoa kepada mereka yang berjuang agar tabah & sabar dalam perjuangan. Walaupun pahit untuk ditelan, teruskan demi ISLAM hakiki.
Jika kita tidak sibukkan diri dengan Islam, diri yang lalai akan sibukkan kita dengan dunia. Jika kita tidak penuhkan jiwa dengan tarbiyyah, jiwa kita akan dipenuhi dengan syubhah. Hijrahkan jiwa menuju kecintaan pada ilmu yang boleh membawa kita menuju kecintaan kepada Yang Maha Agung.
Apabila kau memandang segalanya dari Tuhanmu, Yang Maha Mencipta segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakitnya hatimu, membuatkan keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu..pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia2. Bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu, tapi ketahuilah. Itulah yang Dia mahukan kerana Dia tahu bahawa hati yang begini selalunya lebih lunak, mudah untuk dekat & akrab padaNya.
Jika semalam jalan yang kita tempuhi terasa sukar, namun kita berjaya melaluinya dengan pertolongan Allah. Jika kita rasakan jalan hari ini terlalu sukar ditempuh, yakinlah Allah bersama kita ketika ini. Jika esok kita lihat jalan penuh duri, percayalah Allah & pertolonganNya juga akan bersama dengan kita esok.
Selangkah ke alam perjuangan, bererti selamanya dalam kepahitan. Biarlah menangis, terluka, kecewa dan ditinggalkan kerana Allah daripada mati terkambus tanpa mujahadah. Kita tidak sanggup selamanya terluka. Tapi ingatlah setiap titisan darah dari luka dan air mata adalah MAHAR kita ke syurga. Jika ditanya, "mengapa berjuang itu pahit?" Jawabnya, "kerana SYURGA itu manis".