Thursday, July 5, 2012

Aku Bukan Bidadari

Bismillahirrahmanirrahim...

56. “Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin.” 

58. “Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan.” 

70. “Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik- baik lagi cantik-cantik.” 

72. “(Bidadari-bidadari) yang jeli, putih bersih, dipingit dalam rumah.” 

74. “Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin.” 

Allahu Allah...sentap!!

Bacaan surah Ar-Rahman ku terhenti.Resah!! 

Allah,hambaMu ini punya rasa.Rasa yang fitrah buat setiap insan.HambaMu ini cemburu ya Ilahi.Hamba tak mampu menjadi secantik bidadari-bidadari yang telah Kau ciptakan buat mujahid-mujahid pejuang agamaMu.

Sungguh Ya Allah,andai dibanding kecantikan bidadari itu dengan diri kerdil ini,tiadalah sekelumit  pun keistimewaan hamba.Ya Ilahi,hamba cemburu!!

Tatkala perasaan itu menggelodak di jiwa,setitis demi setitis air mata ini jatuh ke bumi.Mengenangkan dek kecilnya diri ini.Tidak mampu menjadi bidadari-bidadari bermata jeli itu.Allahu Allah..

Namun,Maha PengasihMu ya Allah.Dalam kedukaanku itu,Kau hadirkan sabda dari KekasihMu.Usai membacanya,diri ini mampu mengukir senyum.

Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah…tasbih dan tahmid selayaknya hanya bagiMu.




Bicara antara Ummu Salamah dengan Baginda Nabi umpama siraman embunan dingin buat jiwa yang tandus ini.Allahu Rabbi,Maha Pengasihnya Engkau terhadap hambaMu.



Daripada Ummu Salamah katanya :

Aku bertanya, "Ya Rasulullah, manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari bermata jeli?

Baginda menjawab, "Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari seperti kelebihan apa yang nampak dari apa yang tidak terlihat."

Aku bertanya, "Mengapa wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari ya Habiballah?"

Baginda menjawab, "Kerana SOLAT mereka, PUASA dan IBADAH mereka kepada Allah. Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuningan, sanggulnya mutiara dan sisirnya terbuat dari emas."

Mereka berkata : "Kami hidup abadi dan tidak mati. Kami lemah lembut dan tidak jahat sama sekali. Kami selalu mendampingi dan tidak beranjak sama sekali. Kami reda dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya."

(Hadis Riwayat ath-Tabrani)

Subhanallah..tingginya darjat seorang wanita solehah!Amalannya mampu menandingi bidadari di syurga. 

Justeru,bagaimanakah persisnya insan yang bergelar wanita solehah itu??

Bismillah,moga bermanfaat...

  • Wanita solehah itu, cintanya terhadap  Allah dan Rasul-Nya melebihi cinta kepada dirinya sendiri dan manusia seluruhnya.
  • Wanita solehah itu bukanlah wanita yang suka berhibur dan berhias diri hingga menimbulkan fitnah dunia.
  • Wanita solehah itu tidak akan bermusafir melainkan bersama mahramnya .Andai dia  dalam keadaan terpaksa dia akan berhati-hati menjaga keselamatan diri.
  • Wanita solehah itu sentiasa mendekatkan diri dengan kebenaran, kebajikan dan takwa serta meletakkan dirinya jauh daripada maksiat kepada Allah S.W.T.
  • Wanita solehah itu sentiasa berinfaq di jalan Allah,tatkala dalam kesusahan atau kesenangan.
  • Wanita solehah itu sentiasa 'birrul walidain' (berbuat baik kepada kedua ibu bapanya), saudara-mara dan kaum kerabatnya.Dia benci sekali  memutuskan silaturahim
  • Wanita solehah itu sentiasa menjaga solatnya, puasanya,serta mentaati suaminya dan menjaga maruah diri.
  • Wanita solehah itu sentiasa menjaga hablumminannasnya(hubungan baik dengan masyarakat sekeliling).
  • Wanita solehah itu tidak dipandang  dari bentuk tubuhnya yang menawan, tetapi dari sejauh mana dia menutupi  tubuhnya  itu.
  • Wanita solehah bukanlah dilihat dari sebesar mana kebaikan yang dilakukannya , tetapi dari keikhlasan di saat dia melaksanakan segala kebaikan itu.
  • Wanita solehah itu bukanlah dihitung dari gemersiknya lantunan suara , tetapi dari apa yang sering lisannya bicarakan.Berkata benar,menjauhi mengumpat,tidak mengadu domba dan mengeluarkan kata-kata kesat.
  • Wanita solehah itu tidak dipandang dari kefasihannya berbahasa dan berpidato, tetapi dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah untuk menegakkan kebenaran.
  • Wanita solehah bukan dilihat dari keberaniannya dalam berfesyen,tetapi dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. 
  • Wanita solehah tidak dinilai dari kerisauan digoda orang di tepi jalanan,tetapi dari kerisauan dirinyalah yang mengundang orang tergoda.
  • Wanita solehah bukanlah dihitung dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang dihadapi,tetapi dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh redha dan sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.
  •  Wanita solehah tidak dipandang dari mesranya dalam pergaulan,tetapi dari sejauh mana ia mampu menjaga batas  dirinya dalam bergaul dan sentiasa menjauhkan dirinya daripada fitnah.




Sahabat yang dimuliakan,

Wanita solehah itu berhati lembut, menyenangkan dan menyejukkan bila dipandang mata serta menenteramkan hati setiap pemiliknya. Dialah wanita solehah yang menjaga kesucian dirinya. Allah telah menetapkan beberapa wanita mulia sebagai penghuni surga dan penghulu (pemimpin) para bidadari.


Ingatlah wahai lelaki mukmin! Orang yang terbaik dikalangan kalian adalah orang yang berbuat baik kepada isterinya (wanita solehah) dan memuliakan kaum wanita. Nabi S.A.W mengatakan orang lelaki yang menghina wanita adalah orang yang tidak tahu budi.


Begitulah Islam memuliakan wanita solehah bukan saja dia adalah bidadari di dunia tetapi dia juga akan menjadi ketua bidadari di syurga.

SUBHANALLAH!! =)

Ayuh!!Mensolehahkan diri bukan semata mencari yang soleh..tetapi kerana Redha Ilahi..andai redha Ilahi sudah dimiliki..Allah akan temukan kita dengan yang Dia redhai.. =)
 

Template by BloggerCandy.com