Wednesday, September 12, 2012

Ukhti??Akhi??

Bismillah,

"Ukhti,akhi@ukht,akh.."


sesetengah orang agak pelik dengan panggilan sebegitu..tapi sebenarnya ada yang istimewa dengan kalimah tersebut..=)


"Akh tu apa?Apa kebendanya tu...? Sejenis tumbuh-tumbuhan berakar serabut ke...?"


"Hahaha..Akh tu maksudnya saudara, lebih kurang. Kalau ustaz panggil akhi, maksudnya dia cakap 'saudara' la tu. Ala, lebih kurang dude, beb dengan mat la jugak..."


"Tapi akh nie, istimewa, tak seperti panggilan yang lain. Apabila dipanggil akh, ia selalunya disertai dengan perasaan hormat. Sebab persaudaraan Islam tu berlandaskan aqidah, kerana Allah. Jadi status akh tu lebih best la daripada yang lain... Dan akh tu untuk seorang. Kalau ramai, dipanggil ikhwah."


<credit to http://angelwearsgucci.blogspot.com/2008/12/akhi-bahagian-ketiga.html >


3 Syarat untuk merasakan "sweetness of iman" :

~> Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selainnya
~> 
Berkasih sayang(berukhuwwah) kerana Allah;
~> Benci untuk kembali kepada kekufuran
  

Ayuh!!Buru cinta halal yang diredhai..

bila sebut cinta halal,bukanlah hanya berkisar tentang perkahwinan,BM (Baitul Muslim) saja..tapi persahabatan kerana Allah pun halal jugak kan??  = )


Dalam hadis Nabi s.a.w bersabda:
Sesungguhnya dari kalangan hamba-hamba Allah adanya golongan yang mereka bukan para nabi, atau para syahid. Namun para nabi dan para syahid cemburu kepada mereka pada Hari Kiamat disebabkan kedudukan mereka di sisi Allah”.

Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah! Beritahulah kami siapakah mereka?”.


Jawab Nabi: “Mereka itu golongan yang cinta mencintai dengan ruh Allah, tanpa ada hubungan kekeluargaan dan bukan kerana harta yang diidamkan. Demi Allah, sesungguhnya wajah-wajah mereka adalah cahaya, mereka berada atas cahaya. Mereka tidak takut pada saat manusia ketakutan, mereka tidak berdukacita ketika manusia berdukacita”.


Pengaruh agama dalam diri seseorang insan itu ada kaitan dengan nilai sebuah persahabatan.


"Seseorang itu adalah berdasarkan agama sahabatnya.Maka perhatikan seseorang itu,siapakah yang akan menjadi sahabatnya".


Justeru,nilai agamalah yang harus menjadi indikator utama dalam pemilihan sahabat.Bukanlah niat di hati meminggirkan mereka yang kurang penghayatan dan amal Islaminya,namun sahabat yang terpelihara kualiti agamanya bakal menjadi tonggak mujahadah dalam landasan da'wah.


Aku mencari sahabat yang bisa menjadi ubat.Mereka itulah insan yang mengenal akhirat.Kerana nanti aku akan terpikat,bukan dengan maksiat..tetapi jatuh cinta dengan syariat.Aku mencari sahabat yang rajin menuntut ilmu,kerana pastinya syaitan menjadi seteru.Aku mencari sahabat persis Abu Bakar.Sanggup berkorban demi Rasulullah tercinta.


Bersahabat dan berteman kerana Ilahi,manisnya pasti terasa hingga ke alam ukhrawi.





Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa hati-hati ini, telah berhimpun di atas dasar kecintaan terhadapmu, 
bertemu di atas ketaatan kepada-Mu dan bersatu bagi memikul beban dakwah-Mu, 
hati-hati ini telah mengikat persetiaan untuk menolong meninggikan syariat-Mu. 

Oleh itu, Ya Allah, Engkau perkukuhkan ikatannya dan Engkau kekalkan kemesraan hati-hati ini, tunjukilah hati-hati ini akan jalan yang sebenar, 
serta penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap, 
lapangkanlah hati-hati dengan limpahan keimanan serta keindahan tawakkal kepada-Mu, 
hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat (pengenalan yang sebenarnya) tentang-Mu. 

(Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu. 
Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. 
Ya Allah perkenankanlah doa kami..." 

No comments:

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com