Showing posts with label Bicara Cinta. Show all posts
Showing posts with label Bicara Cinta. Show all posts

Friday, June 8, 2012

Cinta..Rindu..Boleh caya ke??


Kau Kata Cinta,tapi…
Kau kata cintakan  Allah..tapi perintah dan laranganNya tak kau ambil endah..
Kau kata cintakan Allah..tapi KalamNya langsung kau tak kisah..
Kau kata cintakan Allah..tapi ujianNya kau kau terima dengan  hati gundah..
Kau kata cintakan Allah..tapi sedikit cuma kau lafazkan zikrullah..
Kau kata cintakan Allah..tapi dalam jiwamu masih ada karat-karat jahiliyah..
Kau kata cintakan Allah..tapi CINTA makhluk yang membuatmu terasa indah..
Lalu,benarkah cintamu itu??



Kau Kata Rindu,namun..
Kau kata kau rindu Rasulullah..namun amat payah kau amalkan sunnah..
Kau kata kau rindu Rasulullah..namun artis juga yang kau jadikan qudwah..
Kau kata kau rindu Rasulullah..namun tak pernah kau ambil tahu sirah..
Kau kata kau rindu Rasulullah..namun tak kau tiru akhlaqnya yang indah..
Kau kata kau rindu Rasulullah..namun selawat nak meniti di bibir pun susah..
Justeru,di mana letaknya rindu itu??


Astaghfirullah,sehari-hari saya mengaku Cinta Allah,Rindu Rasulullah... sungguhkah??
Benarkah  cinta dan rindu itu lahir dari lubuk hati yang paling dalam?? Ikhlaskah saya?
**you’ll find the answer by looking into yourself wahai diri..<muhasabah + koreksi diri>

Teringat syair Al-Warraq :

::: Kamu derhaka Tuhan sedang kamu katakan cintakanNya :::
Ini,aku bersumpah,perbandingannya satu perkara besar,
Jika kasihmu itu benar,
Kamu akan taatkanNya,
…::: Seorang kekasih akan taat kepada orang yang dikasihinya  :::…

Wahai diri...Ayuh!!Bangkit dari kealpaanmu!!Refresh Mahabbatullah dan Mahabbaturrasul..Moga diri sentiasa dalam RedhaNya..moga diri dicintaiNya,dirindui KekasihNya..biarpun kausedar..hakikat bahawa payahnya meraih hal tersebut..ya,payah dek mujahadah yang harus kau harungi..namun,JanjiNya dalam As-Saff kau genggam erat...


AYAT 10:

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ هَلۡ أَدُلُّكُمۡ عَلَىٰ تِجَـٰرَةٍ۬ تُنجِيكُم مِّنۡ عَذَابٍ أَلِيمٍ۬
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?

AYAT 11:

تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَتُجَـٰهِدُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ بِأَمۡوَٲلِكُمۡ وَأَنفُسِكُمۡ‌ۚ ذَٲلِكُمۡ خَيۡرٌ۬ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ
Maksudnya: Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).




Bismillahirrahmanirrahim,
Ya Rabb,sesungguhnya Engkaulah pemilik hati bagi jiwa ini,KAU pimpinlah jiwa ini mendekatiMu..agar hati ini sentiasa merinduiMu,mengingatiMu,meratib asma'Mu..
Bukan merindu yang tidak halal bagiku,bukan mengingati yang belum tentu menjadi milikku,bukan menyebut nama yang masih belum pantas bertakhta di hatiku..wahai Pemilikku,janganlah sedetik pun Kau berpaling dariku,kerana kusentiasa dahagakan Rahmat dan BarakahMu dalam landasan mujahadahku ini...aku mohon Duhai Yang Memegang Hatiku,kuatkan mujahadah hati ini..agar dapat kubajai suburnya cintaku kepadaMu.. sebagaimana cintanya Serikandi Rabia'h Adawiyah terhadapMu..
Amin ya Ilahi..

Sunday, January 22, 2012

Jatuh Cinta Sudaaa..

Err,saya nak mengaku saya dah jatuh cinta laaa...=)

Sebabnya,


1.Bila Dia ‘call’,saya cepat-cepat nak jawab ‘call’ Dia...


2.Lepas tu,bila Dia hantar ‘mesej’ ke,’e-mel’ ke,saya suka baca....


3.Then,’MMS’ Dia pun saya selalu tengok...


4.Paling best,saya malu-malu bila ‘dating’ dengan Dia...

5.Saya selalu ‘terkenang-kenangkan’ Dia...


6.Nama Dia pun selalu saya sebut,tak kira waktu saya duduk sorang-sorang ataupun depan
orang lain...saya tak malu nak sebut-sebut nama Dia..


7.Dia suka ‘test’ saya,tapi tak pe...saya tahu bila Dia ‘test’ saya tandanya dia nak tengok sejauh mana
saya cintakan Dia..


Cinta saya tu hebat...Dia la yang cipta saya,cipta awak semua...


Call Dia(Azan)...saya jawab dengan cepat-cepat bersiap untuk mengadapNya..


Mesej Dia dengan e-mel(Al-Quran)...saya tengok,tadabbur,faham dan amal...


MMS Dia(alam sekeliling)...saya nikmati dan saya renungkan betapa hebatnya ciptaan Dia...


Bila dating(solat)...saya mintak kat Dia dengan penuh rendah diri..sebab Dia hebat,saya ni lemah je...


Saya selalu terkenang-kenangkan(ingat Dia)...all the time,saya tak boleh lupa Dia walaupuu sesaat...


Saya selalu sebut nama Dia(zikir)...kat mane2 saya pergi..sebab saya rasa bila saya sebut nama Dia,Dia dekat dengan saya...


Dia test(ujian) saya sebab nak tengok saya ni setia tak dengan Dia,saya mengadu kat Dia ke kat orang lain..bila saya terima test Dia dengan berlapang dada,barula saya faham kenapa Dia test saya(hikmah dan ibrah)...


Saya tak boleh hidup tanpa Dia....betul...


Itu la cinta saya...hebatkan?


Dia la Khaliq kita...Allahuakbar!


Moga ‘saya’ tu kita semua..InsyaAllah..


Tak rugi bercinta dengan Pencipta Cinta sebelum bercinta dengan makhluk yang dicipta Pencipta Cinta..



~wardatillah~

Sunday, January 23, 2011

warkahku buat Adam...

Adam, 
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah hawa,temanmu yang kau pinta semasa kesunyian disyurga dahulu. Aku asalnya dari
tulang rusukmu yang bengkok. Jadi,tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu. Sentiasa mahu terpesong dari landasan kerana aku buruan syaitan.Adam,
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dikala akhir zaman ini. Itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusannya,kerana
andainya Allah mentakdirkan bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia ini dengan darah manusia. Kacau bilaulah suasana Adam sesama Adam bermusuh hanya kerana Hawa.

Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil. Sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya juga. Jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah Yang
mengharuskan adam beristeri lebih dari satu tetapi tidak melebihi empat orang dalam satu masa.Adam, 
Bukan kerana ramainya isterimu membimbangkan daku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu merunsingkanku. 
Tetapi aku risau,gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Sejak dahulu lagi telah kuketahui bahawa seharusnya aku tunduk tatkala telah menjadi isterimu. Patutlah terlalu berat lidahku berbicara untuk menyatakan isi hati ini. Namun sebagai hamba Allah, Aku sayang padamu.Adam, 
Sebagaimana didalam Al-Quran telah menyatakan yang engkau diberi 
kuasa terhadap wanita. Kau diberi amanah mendidikku. Kau diberi tanggungjawab untukmenjagaku,memerhati dan mengawasiku agar redha Allah sentiasa menaungi. Tetapi Duhai Adam, lihatlah dunia kini.
Apa yang telah terjadi terhadap kaumku? 

Kini, Aku dan kaumku telah 
ramai yang menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang telah ditetapkan. Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Dijalan-jalan,dipasar,di bandar-bandar bukanlah tempatku. Jika terpaksa,aku keluar dari rumah seluruh tubuhku ditutup dari hujung rambut sehingga kehujung kaki. Tapi realitinya kini, aku telah lebih dari yang sepatutnya. 
Adam, 
Mengapa kau biarkan daku begini? Sememangnya aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tetapi kini, aku jadi ibu,guru dan 
aku jugalah yang memikul senjata. Padahal engkau duduk sahaja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan sahaja aku panjat tangga dipejabat bomba. Kainku tinggi menyingsing peha,mengamankan Negara. Apakah kau sekarang tidak seperti dahulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu kepadaku?Adam, 
Marahkah kau jika ku katakan terpesongnya hawa sekarang 
engkaulah yang harus dipersalahkan! Kenapa kau? Bukankah orang sering bicara, Jika anak jahat maka emak bapak yang tidak pandai mendidik, Jika murid bodoh,guru tidak pandai mengajar. Jadi secara formulanya, Aku binasa,kaulah puncanya!!! 

Adam, 
Kau selalu mengata, Hawa memang 
degil! Tidak mahu dengar kata! Tidak mudah makan nasihat! Kepala batu! Tetapi duhai Adam, Seharusnya kau bertanya kepada dirimu, Siapakah ikutanmu? Siapakah rujukanmu? Dalam mendidik aku yang lemah ini. Adakah ikutanmu Muhammad s.a.w? Adakah rujukanmu Muhammad s.a.w? Adakah akhlak-akhlakmu boleh dijadikan contoh buat kami kaum Hawa?Adam, 
Sebenarnya 
kaulah imam dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikutmu-pengikutmu Kerana kaulah amir. Jika kau benar maka benarlah aku. Jika kau lalai,lalailah aku. Lupakah kau duhai Adam? Kau punya satu kelebihan anugerah Tuhan. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Dan aku, akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam,gunakanlah ketinggian akalmu untuk membimbingku
Pimpinlah tanganku kerana aku sering lupa dan lalai. Seringkali aku tergelincir ditolak,disorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya. Bimbing dan bantulah aku dalam menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari TuhanMu agar duniaku sentiasa dijalan rahmah. Tiupkanlah roh jihad ke dalam dadaku agar aku mampu tetap menjadi mujahidah kekasih Allah.Adam, 
Andainya kau 
masih lali dengan kerenahmu sendiri. Masih segan mengikut langkah para sahabat baginda. Masih gentar mencegah mungkar. Maka kita tunggu dan lihatlahdunia ini akan hancur bila aku yang memerintah. Malulah engkau Adam. Malulah engkau pada dirimu sendiri. Wallahualam.

Surat Adam untuk kita...

Surat Adam untuk Hawa



Wahai sahabat Muslimat Sekalian,

Renung-renungkanlah intipati daripada surat Adam kepada Hawa ini, Ketahuilah olehmu wahai Bunga-bunga Islam,kita adalah sayap kiri pada mereka(kaum muslimin). Sedih rasanya jika teguran baik yang mereka berikan kita tak ambil kisah. Bukankah ia juga untuk kebaikan bersama.Fikirkanlah wahai sahabat-sahabatku……



SURAT ADAM UNTUK HAWA

Dengan nama Allah swt Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang………..
Didoakan semoga kalian berada dibawah lembayung rahmat dan keredhaan Allah swt….

Hawa....

Maafkan aku jika coretan ini bisa mengguris hatimu. Meskipun kutahu,jiwamu selembut sutera dan bisa hancur lantaran kata-kata yang bakal ku ungkap ini, mengertilah duhai Hawa, kerana kaulah pengubat kesunyian waktu aku di syurga dulu dan engkau juga asalnya dari tulang rusuk kiriku yang bengkok,lantas kerana bimbang hidupmu terpesong dari landasan yang sebenarnya,kugagahi jua diri ini....

Hawa....
Maha Suci Allah yang telah mentakdirkan kaummu melebihi bilanganku di akhir zaman ini. Itulah kebesaran dan penelitian Allah swt dalm urusan-Nya. Bayangkanlah Hawa...sekiranya kaumku melebihi kaummu, yang pasti dunia ini kan berkecai kerana huru-hara dan diselimuti warna-warna suram lantaran kekejaman dan penindasan....

Hawa....
Suka untukku mengajak dirimu agar berfikir sejenak tentang hakikat kekalutan yang melanda disaat ini. Tapi permintaanku,duhai Hawa...cubalah ! Renungkan jua yang sebenarnya dirimu kini sudah berubah...Tidakkah kau mengerti bahwa dirimu kini, kian berubah..

Tidakkah kau mengerti bahwa dirimu adalah umpama sekuntum bunga yang indah di pandangan mata namun bukan perhiasan semata-mata. Duri-duri yang melingkarimu itulah hijab yang digariskan oleh Allah swt sebagai pelindung yang diertikan sebagai aurat seorang yang bergelar wanita. Mengapa Hawa? Mengapa harus kau biarkan ia terdedah kepada kami,kaum ajnabimu?

Betapa hancurnya hatiku menyaksikan dirimu umpama bahan yang dapat diperkotak-katikkan. Dimana-mana saja,bisaku lihat dirimu menghayunkan langkah ,bukan sebaik dulu lagi. Langkahmu kian pantas. Apa sebenarnya yang engkau kejari?. Aku sendiri tak pasti! Terkadang, ku tak dapat membezakan antara dirimu dan teman-teman yang lain, bersama hayunan langkah itu, suaramukian meninggi,diiringi gelak tawa yang cukup memedihkan mata dan hatiku ini...

Sedarkah kau Hawa.....?
Haruskah aku terima hakikat yang kau kini sudah berubah?
Semakin jauh dari landasan Tuhan yang pernah kutelunjuki buatmu dahulu!







Hawa....
Mengapa mesti dirimu kini jadi tontonan ramai? Perlukah kau hiasi dirimu untuk menarik perhatian sehinggakan yang seharusnya menutupi auratmu, kau miliki dari ciri-ciri yang ditegah dalam Islam? Sukar bagiku untuk melihat kembali keadaan yang mana sesederhana yang mungkin! Cukup untukku merasakan kehadiranmu disaat ini tidak lebih dari mempamerkan perhiasan diri yang kau punyai.

Fahamilah Hawa,usahlah menurut kerakusan nafsu menjelajahi sebutir peluru yang bisa hinggap di mana saja meninggalkan fitnah buat kaumku ini....



"Tidakkah kau ingat apa yang perlu kau jaga adalah maruahmu! Maruah seorang wanita yang tersandar di bahumu kelemahan dan kekurangan!!"




Hawa....
Betapa sakit dan pedihnya disaat kulihat auratmu menjala, di sekeliling pandangan. Aku tidak mahu Hawa..Suatu hari nanti, di negeri yang abadi itu, memperlihatkan seksaan terhadapmu yang ku kira paling dahsyat, apa tidaknya.Seurat rambutmu yang keluar, ular menanti dimana-mana, sejengkal tanganmu kelihatan ...aduh!! Banyaknya seksaan menantimu!...

Mengapa begitu Hawa? Tidakkah kau ingat apa yang perlu kau jaga adalah maruahmu! Maruah seorang wanita yang tersandar di bahumu kelemahan dan kekurangan!!

Jadi bagaimana seandainya kelakuan dan auratmu terpamer di mana-mana saja?

Hawa...
Tidakkah kau malu dengan pembohongan yang kau sembunyikan dalam dirimu sendiri?
Di sini auratmu kau selindungi disebalik pemakaianmu, atas dasar peraturan dan persekitaran kalian. Tetapi jauh nun diluar sana ,tersentak diriku tatkala dirimu telah jauh berbeza! Tudung ke mana,jilbab ke mana? Apatah lagi tingkah lakumu..! Dimana kau letakkan martabat seorang yang bergelar muslimah? Aku diselubungi rasa malu atas penghinaan ini!

Hawa....
Tutupilah auratmu, jagalah dirimu ,bertuturlah dengan suara yang lembut mampu kau kawal lantaran jika terlanjur, semuanya bisa membawa dosa padamu.

Jangan kau memperlihatkan apa yang tersembunyi pada dirimu..tapi ingatlah ,cukuplah sekadar tapak tangan dan wajahmu yang dizahirkan ,namun bukan kakimu,rambutmu,dan jua tubuhmu.....


Firman Allah swt:

“Dan katakanlah kepada wanita-wanita beriman,hendaklah mereka menahan dari pandangan mata mereka dan memelihara kemaluan mereka dan jangan menampakkan perhiasan mereka kecuali yang zahir daripadanya...”

Hawa....
Mungkin ku harus menghentikan bicara pertama ini di sini dulu...

Andai diizinkan Allah swt, kita bersua lagi dilain lembaran dan yang pasti aku tetap terus membimbingmu. Harapanku agar muncullah walaupun hanya secebis kesedaran dihatimu dan akan mendoakan moga Allah swt membuka hati kalian untuk mencetuskan perubahan....Akhir kata ,ketahuilah.............


“DUNIA INI MERUPAKAN PERHIASAN

DAN

SEBAIK-BAIK PERHIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH”

Saturday, January 22, 2011

CinTa Itu...

Bismillahirrahmanirrrahim...
Saat ana berfikir-fikir untuk mencoretkan mengenai hal ini, terlintas di minda,mampukah diri mengupas sedalam-dalamnya tentang hal ini?Erm..tak apa..sekurang-kurangnya biarlah ada sedikit daripada tiada langsung manfaat daripada apa yang bakal dicoretkan di sini..


Cinta...
Suatu ungkapan yang indah,cukup untuk mengasyikkan jiwa seorang yang bernama insan...
Namun,melalui sedikit pembacaan tentang cinta dalam buku Meraih Kecemerlangan Dunia & Akhirat,buah pena Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni,alhamdulillah!!terbuka minda ini tentang cinta...
Sesungguhnya,cinta itu ibarat air yang diperlukan untuk hidup..
Manusia mampu hidup walaupun tiada makanan,tetapi hayatnya akan menjadi pendek sekiranya tidak mendapat minuman..Begitulah analoginya cinta dalam kehidupan seseorang...Sebahagian orang menganggap bahawa orang-orang yang mengikut syariat dan taat perintah agama adalah mereka yang tidak pernah bercinta..tidak mengenal apa itu cinta..dan tidak mampu untuk mencurahkan cinta..


Sebaliknya,kenyataan itu adalah sesuatu yang amat salah..Bahkan,bagi orang-orang yang beriman dan taat perintah Allah itu,cinta sentiasa mengisi jiwa mereka..cinta tumbuh subur dalam hati mereka serta sering dilantunkan di bibir-bibir para solehin..Sesungguhnya,mereka adalah para pemuja cinta..pemuja cinta yang tulus suci serta cinta yang kekal abadi...iaitu,cinta RabbulIzzati..


Cinta terhadapNya bukan cinta yang biasa..cinta terhadapNya memerlukan pengorbanan tenaga,hawa nafsu dan air mata..Bahkan juga darah yang mengalir dari tubuh..lihat saja para pencinta Bumi Al-Quds di sana..dengan cinta terhadap tanah air mereka,tanah suci tersebut,nyawa sanggup digadaikan..kerana apa??Kerana..cinta mereka terhadap Rabbulizzati...


Cinta menguasai segalanya,dengan kehendakNya...


Tanpa cinta,para sahabat tidak mampu untuk keluar berjuang demi mempertahankan Islam daripada golongan kuffar dan musyrikin...
Tanpa cinta,Saidina 'Ali tidak akan sanggup menggantikan Rasulullah di pembaringan saat stategi Hijrah bermula..
Tanpa cinta,seorang anak tidak akan taat terhadap suruhan ibu bapanya..
Tanpa cinta,seorang murid tidak akan dapat memahami setiap ilmu yang diberikan gurunya...
Subhanallah...hebatnya penangan cinta..
Dan yang paling utama...
Tanpa cinta,Allah tidak akan memberikan segala nikmat kurniaan ini terhadap hambaNya..Nahh..itulah buktinya,bukti bahawa Allah mencintai kita...Rahman dan Rahim adalah sifatnya yang maha agung...Namun,kita sebagai hamba...Bagaimana kita menunjukkan cinta kita terhadapNya??...


Cinta itu ada dua macam...
Pertama,cinta yang muncul dari Bumi,cinta yang rendah,hanya bersifat sementara dan maya..
Kedua,cinta yang muncul dari langit,daripada Ilahi yang berupa ketaatan,penyembahan dan kesaksian..
Cinta Bumi adalah bagi manusia yang lemah,hidupnya penuh pancaroba dan dugaan..berlandaskan nafsu semata-mata jika tidak diikat dengan rohani..
Cinta langit,diperoleh dengan bersandar pada ajaranNya,tunduk dan melaksanakan perintahNya,serta mendekatkan diri terhadapNya..


Justeru,cinta yang manakah yang sedang bermain di hati kita?
Ruang untuk koreksi dan muhasabah diri...
InsyaAllah akan disambung lagi...

Alhamdulillah...
Kisah cinta ini bersambung lagi...
Ya...cinta yang manakah sedang bermain di hati ini?
Entahlah....ana tidak mempunyai jawapan untuk persoalan yang berlegar di ruang benak fikiran saat ini...
Cuma yang pasti...setakat ini diri ini masih merasa betapa agungnya cinta daripada si Dia...ALHAMDULILLAH..
Saat ana melihat gunung dan bukit-bukau ciptaanNya...ana yakin bahawa mereka juga mencintaiNya...namun ana hairan..kenapa langsung tidak terdetik rasa cemburu apabila mengetahui perkara tersebut?Setelah berfikir-fikir,akhirnya jawapan itu muncul...
Subhanallah...Cinta daripadaNya amat luas...meliputi segenap pelosok Bumi ini...Barangsiapa yang menyerahkan cinta mereka buatNya dengan tulus ikhlas..sesungguhnya Dia juga akan mencintai insan tersebut dengan cinta yang suci...sesuai dengan namaNya...Al-Quddus...

Allahu Rabbi...tatkala diri memandang seluruh alam ini..bercampurbaur perasaan yang berasak-asak di dada...ujub dan gerun...
Ujub kerana sesungguhnya Dialah sahaja yang mampu mencipta seluruh dunia ini tanpa bantuan...
Gerun kerana...saat apabila Dia menghancurkan seluruh alam ini...bukit-bukau yang indah akan sujud menyembah Bumi...angin yang sepoi bahasa akan bertukar menjadi taufan yang menggila...laut yang sayup mata memandang mampu bertukar menjadi badai yang ganas...Subhanallah!Maha suciMu Ya Allah...

"Ya Allah...andai selama ini kujauh daripadaMu,Kau kembalikanlah daku kepadaMu...sungguh,aku hanya seorang yang bernama insan,datang daripada kalimah 'nasiya'(pelupa),ampunkanlah daku seandainya ada sedetik pun di hatiku yang melupakanMu..."

Sesunggunya Engkaulah yang paling layak untuk dicintai...Kerana cintaMu yang suci....Engkaulah yang memberi segala-galanya padaku.....Hanya diriMU Ya Ilahi...
 

Template by BloggerCandy.com