Monday, September 10, 2012

Kisah Sedekah yang Makbul

Rasulullah S.A.W bersabda,”Dahulu ada seorang lelaki yang telah bernazar,”Aku akan bersedekah dengan suatu sedekah”.

Kemudian dia keluar dari rumahnya membawa sesuatu dan menyerahkannya ke tangan seorang pencuri.Terlihat akan hal itu,orang-orang di sekelilingnya mencemuh perbuatannya dan berkata dengan sinis,”Malam ini engkau telah bersedekah kepada seorang pencuri”.Namun,lelaki tadi berkata dengan tenang.”Ya Allah,segala puji bagiMu kerana aku mampu bersedekah biarpun kepada seorang pencuri.Aku akan bersedekah lagi dengan sedekah yang lain.


Kemudian,dia keluar dari rumahnya membawa sedekah yang lain,lalu memberikannya kepada seorang pelacur.Sekali lagi orang di sekelilingnya mencemuh.Mereka berkata dengan sinis,”Malam ini engkau bersedekah kepada seorang pelacur.Namun,lelaki itu dengan tenang berkata”Ya Allah,segala puji bagiMu kerana aku boleh bersedekah walaupun kepada seorang pelacur.Aku akan bersedekah lagi dengan sedekah yang lain.


Setelah itu,dia keluar dari rumahnya membawa sedekahnya dan menyerahkan ke tangan seorang yang kaya.Orang-orang di sekelilingnya mencemuh dan berkata”Malam ini engkau bersedekah kepada seorang yang kaya”.Lelaki itu menjawab dengan tenang,”segala puji bagiMu  Ya Allah kerana aku boleh bersedekah kepada seorang pencuri,pelacur dan seorang yang kaya”.


Pada malam harinya lelaki itu bermimpi mendengar suara yang mengatakan”Adapun sedekahmu itu kepada si pencuri,mudah-mudahan dengan sedekahmu itu akan menjauhkannya daripada perbuatan mencuri.Manakala sedekahmu kepada pelacur,mudah-mudahan sedekahmu itu akan menjauhkan dirinya daripada zina.Begitu juga dengan sedekahmu kepada orang kaya mudah-mudahan orang itu mendapat pengajaran daripada sedekahmu sehingga dia mahu menafkahkan harta yang dianugerahkan Allah kepadanya untuk orang lain.


                                                                                                     (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Manusia itu kadangkala lebih takutkan pandangan manusia lain berbanding pandangan Allah terhadapnya.Sehingga kadang-kadang niat untuk melakukan amal soleh terpesong daripada landasan sebenar.



Ayuh,perbetulkan niat!!Moga setiap amal soleh kita diterima Allah.




No comments:

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com