Showing posts with label Sirah. Show all posts
Showing posts with label Sirah. Show all posts

Wednesday, November 9, 2011

Subhanallah,Pemaafnya KekasihMU...

Bismillahirrahmanirrahim,
Ana mulakan entry kali ini dengan sejuta kesyukuran terhadap Sang Khaliq yang masih menganugerahkan nikmat iman dan islam buat diri yang kerdil ini...
Alhamdulillah...Kehidupan di matrikulasi semakin stabil cuma perlu ditambah dengan konsentrasi yang tinggi dalam mujahadah ilmu...


Tiba-tiba rindu pada KekasihMu,
Mengenangkan sifat pemaaf baginda...
Subhanallah...
Sifat pemaaf yang ada pada tubuh mulia itulah yang bertindak ibarat magnet yang menarik musyrikin kepada Islam..


Teringat lagi saat baginda melalui satu lorong menuju ke rumahMu,baginda dilempar dengan najis,ditambah pula dengan caci maki dan hinaan daripada seorang wanita yahudi,namun tiada sepatah pun yang dibalas...esok harinya begitu juga...acap kali baginda melewati jalan itu,najis dan sampah sarap menjadi teman...sehinggalah suatu hari,tiada lagi najis yang mengenai baju baginda,tiada lagi caci maki dan tengkingan yang berbunyi di cuping telinga,baginda tertanya-tanya....tanpa berlengah...baginda terus menziarahi wanita yahudi tersebut di rumahnya..ya,si yahudi tersebut terlantar sakit...namun,tatkala melihat kekasihMu itu berdiri di hadapannya,tiada lagi caci maki yang terbit dari mulutnya,hanya kalimah suci mentauhidkanMu meniti di bibirnya..
Subhanallah,pemaafnya kekasihMu Ya Rabb...


Terkenang pula kisah seorang yahudi buta di celahan bangunan di kota..setiap hari kekasihMu akan datang menyuapkan makanan ke mulut si yahudi tersebut...sambil makan,si yahudi tersebut bercerita mengenai seorang lelaki bernama Muhammad...:


"Ada orang bernama Muhammad, seorang gila dan pendusta. Janganlah engkau mendekatinya kelak kau akan terpengaruh dengan kata-katanya. Telah banyak orang yang mengikut Muhammad!"


Begitulah setiap hari,saat kekasihMu menyuapkan makanan ke mulut yahudi itu,bencinya terhadap susuk tubuh bernama Muhammad dihamburkan sepuas-puasnya..Namun,setelah perginya kekasihMu,Abu Bakar yang mengambil alih tugas menyuap yahudi tersebut..


                                                                Si Yahudi itu berasa pelik.

"Kamukah yang menyuapkan makanan setiap hari sebelum ini?

Abu Bakar r.a menjawab

 " Ya." "Si yahudi itu berkata lagi. " Kau tipu! Sebelum ini suapannya kecil-kecil tetapi suapan hari ini lain, tidak seperti selalu."



  Abu Bakar menjawab: "Ya. Aku bukan orang sebelum ini menyuapkan makanan. Orang yang menyuapkan kamu selalu adalah seorang yang sangat mulia. Baginda telah wafat bertemu Khaliqnya. Aku adalah sahabat baginda."



Si Yahudi itu terkejut. " Siapa sahabatmu yang mulia itu, yang selalu menyuapkan makanan kepadaku?"



Saidina Abu Bakar r.a menjawab: " Baginda ialah Muhammad Rasulullah S.A.W. Baginda telah wafat, tidak dapat lagi hendak menyuapkan engkau dan aku hanyalah sebagai pengganti."


Si yahudi itu terus menangis dan memeluk  Abu Bakar r.a.Terharu dengan sifat pemaaf Rasulullah S.A.W. Tidak lama selepas itu,si yahudi  terus mengucapkan kalimah syahadah. Subhanallah..

Terlayar pula kisah tatkala kekasihMu itu dilontar dengan batu tatkala menyampaikan syiar Islam di Taif...
 Zaid sedaya upaya melindungi KekasihMu, namun badan baginda yang mulia itu terluka dan darah merah mengalir di tubuh baginda.Sejurus itu Jibril datang meminta izin kepada KekasihMu  untuk menghempap bukit  ke atas penduduk Taif yang biadap.

 Namun tidak diizinkan oleh kekasihMu. Baginda dengan tenang bersabda yang bermaksud, "sesungguhnya mereka tidak tahu. Kalaupun mereka tidak beriman pada hari ini, tetapi siapa tahu suatu hari nanti anak cucu mereka yang akan menerima seruan ini.".


Subhanallah,
pemaafnya KekasihMu ya Rabb,

Di kesempatan ini ana ingin memohon sejuta kemaafan kepada sahabat-sahabat atas segala kekhilafan ana sepanjang ikatan ukhuwwah kita...
Berilah kemaafan walaupun ianya pahit..semoga hatimu dan hati orang yang memohon kemaafan itu tenang dalam meniti hari-hari mendatang dalam kehidupan..
Dan sekiranya ada insan yang berbuat silap terhadap kalian,fikirkanlah semula..adakah kesalahan mereka itu sehebat kebencian musyrikin terhadap Rasulullah?Jawapannya ada pada diri kalian sendiri...

Allah berfirman dalam surat cintaNya bermaksud: “Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah menyintai orang yang berbuat kebajikan.” (Ali Imran:132).

KekasihNYA bersabda: “Bukanlah orang yang kuat itu (dinilai) dengan (kekuatan) dalam pergelutan, sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah.”(Hadis riwayat Bukhari).


p/s~..Ukhwah yang dibina antara kita, Biarlah seperti seutas tasbih, Ada awal,  Tiada penghujungnya, Dicipta untuk mengingatiNYA, Dibahagi untuk cintaNYA, Diratib demi redhaNYA..~



Sunday, January 23, 2011

Kerana sebiji kurma………..



Ketika zaman rasulallah di madinah terdapat seorang sahabat yang tinggal bersebelahan dengan seorang munafik. Di rumah simunafik itu terdapat sebatang pokok kurma yang sedang berbuah. Ketika kurma-kurma itu gugur anak sahabat tersebut mengambil buah tersebut lalu memakannya. Si munafik melihat perkara tersebut lantas memaksa anak sahabat tersebut mengeluarkannya kembali. Sahabat tersebut membawa perkara tersebut kepada rasulullah.

Rasulullah berkata kepada si munafik itu “jualkan aku kurma tersebut akan kugantinya dengan kurma di syurga kelak. Si munafik menolaknya lantas beredar dari situ. Perbualan tersebut di dengari oleh abu dahdar. Lantas dengan segera abu dahdar bertanya pada rasulullah, “ jika aku belikan kamu kurma tersebut adakah aku akan dapat kurma dari mu disyurga?” rasulullah berkata “ya jika kau belikanku kurma tersebut kau akan dapat dariku kurma di syurga”

Abu dahdar menyedari jika dia dapat kurma di syurga sudah tentu dia akan menjadi ahli syurga dan tidak akan keluar dari syurga tersebut. Lantas abu dahdar berlari mendapatkan si munafik itu lantas bertanya “ sudikah kau menjualkan aku kurma tersebut?” si munafik menjawab, “sedangkan permintaan rasulullah ku tolak inikan pula kamu.. apakah harga yang ingin kau beli?” abu dahdar menjawab, jika kau berikan ku kurma tersebut akan ku berikan kau kesemua 60 buah ladang kurma ku”

Si munafik dengan perasaan hairan menerima tawaran tersebut. Abu darda berlari kepada rasulallah dengan membawa kurma tersebut. Rasulallah berkata “ ketika kau pergi ku janjikan mu dengan sebiji kurma tapi demi allah ku lihat syurgamu telah dipenuhi dengan kurma dari Allah”
Lihatlah sahabat sekalian keyakinan sahabat terhadap rasulallah. Sanggup berkorban apa sahaja demi kesejahteraan di SANA… bagaimana dengan kita? Sudah sanggupkah kita membayar harga sebiji kurma dengan seluruh harta kita?

Peringatan buat diri yang lupa…….. 
 

Template by BloggerCandy.com