Showing posts with label Coretan Hati. Show all posts
Showing posts with label Coretan Hati. Show all posts

Wednesday, August 29, 2012

Majlis Khitbah

Bismillah,
Tanggal 21/8/2012..
termeterainya satu ikatan..satu ikatan yang menghalang daripada seorang wanita dilamar oleh mana2 pihak setelah itu.. =)



"Nabi saw. melarang sebagian di antara kamu menjual di atas jualan sebagai yang lain, dan tidak boleh (pula) seorang laki-laki melamar perempuan yang sudah dipinang saudaranya, sampai sang peminang memutuskannya terlebih dahulu atau sang peminang mengizinkannya (melamar bekas tunangannya).”

Khitbah @ pertunangan..siapakah??? [please read through this entry..you'll get the answer =) ]

My 1st photostory entry..



sepupu-sepupuku yang comel =)


sebelah perempuan  =)


menanti kehadiran rombongan lelaki =)


alhamdulillah..sampai juga


jemput masuk ye =)


wajah-wajah gembira >>beloved tok (tudung oren)

moderator : abah
p/s : tiada berbalas pantun di sini ya =)


tetamu istimewa,from Japan >>Mr. Tushi & Madam Riko
Tengah makan laksa..saya tanya : "How is it?sedap ke?"
Mereka jawab : Sedaap..[sambil thumbs up ]
[mereka berbahasa Arab,Inggeris dan Jerman dan MELAYU =) ]
sebelum tu auntie Riko makan sayur rebung kat dapur,sambil tengok kecohnya dapur waktu mak cik-mak cik tengah masak..habis semangkuk sayur rebung.. =)
then,makan nasi ayam masak merah dengan acar sekali..saya suruh tambah,
mereka kata : "No,thanks..full already [sambil tunjuk perut ] =.='


Uncle Tushi dengan DSLR nya


auntie Riko tengah dengar dua keluarga berbincang
kena translate la jawabnya =)

ayu lagi bersopan santun..=)
berminat dengan adat Melayu

lupa..lagi seorang tetamu istimewa
tak sempat berkenalan lanjut
dari Iraq katanya..
alhamdulillah,tetamu datang membawa berkat =)

dari pihak lelaki =)


“Wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya; kerana keturunannya; kerana kecantikannya; kerana agamanya. Pilihlah olehmu wanita yang beragama nescaya kamu berbahagia”. [HR Bukhari dan Muslim]


oh ya :-)

tuan empunya diri yang dikhitbah

Selamat Memburu Cinta High Class ya maksu =)

Moga ikatan ini menjadi wasilah untuk taqarrub ilaLLAH,insyaAllah =)



Ada sahabat terkejut,mesej saya..ingatkan saya yang dikhitbah..hehe..masih islah diri,moga Allah izin dapat yang muslih juga [ok,tak nak fikir panjang>>belum sampai masa walaupun ramai saudara mara dah mengusik masa hari khitbah mak su]

hanya doa mampu buat kutitipkan buat bakal Pemilik Cintaku setelah Allah dan Rasul
"Aku menyerahkan hati ini buat Allah,moga Allah menyerahkanku kepada mereka yang meletakkan hati kepada Dia jua"
=)
[ok,tarik nafas,hembus..nak pi blajar dah esok lusa ni..betulkan niat wahai diri..Allah,jagalah diri ini  T.T ]


Thursday, August 25, 2011



Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah...setelah hampir tiga bulan blog ini menyepi,Allah masih berikan ana kesempatan untuk melakarkan coretan atas apa yang berlaku sepanjang blog ini sunyi daripada sebarang penulisan.Sungguh,ana merindui waktu-waktu untuk menulis di ruangan ini,namun apakan daya,manusia itu mudah lalai dan leka...mungkin penyusunan masa ana kurang efektif sehingga mujahadah melalui penulisan ini sedikit sebanyak terabai...
Walau apa pun,ana serahkan kepada Allah untuk menilai kesibukan ana itu sama ada sebagai ibadah atau kelekaan semata-mata..HasbiyaAllahu wa ni'mal wakiil...Berikut ana coretkan serba sedikit perkara yang berlaku sepanjang tiga bulan ini :

23 Mei 2011:

Setelah sekian lama berada dalam dilema antara memilih program Diploma Tahfiz wal Qiraat Darul Quran,Program Satu Tahun Matrikulasi dan Diploma Sains UiTM,akhirnya pilihan ana adalah untuk meneruskan mujahadah dalam bidang sains demi manfaat umat Islam..jd yang mana ana pilih??Ya,buat pertama kali ana menjejakkan kaki di Kolej Matrikulasi Perlis untuk menyambung pengajian dalam bidang sains insyaAllah.Tarikh ini merupakan tarikh pendaftaran bagi pelajar-pelajar kolej ini..Program Satu Tahun memerlukan usaha,fokus dan konsentrasi yang lebih kerana proses pembelajaran amat pantas...InsyaAllah,moga Allah sentiasa kuatkan hati untuk mujahadah ilmu di sana...dan moga ana tidak mudah berasa lelah dengan waktu yang padat kerana apalah sangat mujahadah ana di situ jika dibandingkan dengan mujahadah Rasulullah untuk menegakkan syiar Islam dalam kalangan kuffar dahulu..Allahuakbar!!

27 Mei 2011:

Berakhir sudah minggu Pengrusan Pelajar Baru atau nama biasanya minggu orientasi.Alhamdulillah...Maka akan bermulalah kuliah dan tutorial bagi semua pelajar sesi 2011/2012.Moga Allah sentiasa membantu perjuangan ilmu ana di sini.Minggu pertama kuliah dan tutorial sedikit kelam kabut dek kerana semua pelajar masih belum membiasakan diri dengan dewan kuliah serta tutoran di sini..Maka ramai la juga yang tertinggal kuliah dan tutorial..Minggu seterusnya,Alhamdulillah..semakin membiasakan diri dengan waktu yang cukup padat daripada dewan kuliah ke tutoran dan sebaliknya.

Awal Jun 2011:

Sahabat-sahabat ana ramai yang bertanya "tak isi borang Pusat Islam ke?".Ana pun jawab"err,Pusat Islam??Macam mane tu?Tak tahu pun..".Lalu salah seorang sahabat memberitahu"Pusat Islam tu macam BADAR la jugak kalau di sekolah,tapi ni lain sikit sebab kita di kolej,besar sikit..enti isi je kat Unit Pendidikan Islam.." .Pak Cik guard pun ada bertanyakan perkara yang sama kepada ana,Alhamdulillah...Allah pilih orang-orang tersebut untuk ingatkan ana...Allah,ana hampir terlupa,ana bukan lagi berada dalam Bumi Tarbiyah itu lagi...Ilmu itu kini perlu dicari sendiri bagi mengisi hati agar tidak menjadi malap dan gelap..Alhamdulillah,setelah selesai mengisi borang,calon2 dikehendaki menjalani proses temuduga bersama-sama pensyarah yang menguruskan Pusat Islam.Proses temuduga berjalan lancar dengan berbekalkan ilmu yang masih cetek di dada..ana usahakan juga...sekurang-kurangnya apabila ana berada dalam organisasi dakwah,ana tidak lupa tanggungjawab yang Allah taklifkan iaitu untuk menjadi khalifahNya di muka bumi ini.Rindu pada ustaz dan ustazah di SMKAP mula menyelubungi.Namun ana kuatkan diri..kini tiba masanya untuk berdiri di atas kaki sendiri,mengutip mutiara-mutiara ilmu yang saban hari memerlukan mujahadah yang tinggi untuk mencarinya...

Pertengahan hingga akhir Jun 2011:

Kuliah dan tutorial berjalan lancar sepanjang hampir sebulan di KMP..Alhamdulillah...setelah dua minggu selepas proses temuduga Pusat Islam,akhirnya Allah dengan RahmatNya dan RahimNya telah memilih ana sebagai salah seorang ahli jawatankuasa PI(abbrev. for Pusat Islam).Alhamdulillah,segala puji hanya untukMu Ya Allah,all praises to Allah..moga sepanjang ana berada dalam jalan dakwah ini ana tidak akan mudah leka dengan keseronokan duniawi yang sementara..Nauzubillah..Dan bermulalah tanggungjawab ana dalam  berorganisasi selain tanggungjawab utama iaitu mujahadah ilmu di KMP.Dalam organisasi ini memerlukan banyak interaksi antara muslimin dan muslimat.Ahh,ujian Allah datang lagi....ya,Allah ingin melihat sejauh mana kekuatan iman hambaNya..Alhamdulillah,kukuatkan diri ini menangkis panahan syaitan yang akan menjadikan perasaan indah tatkala muslimin berinteraksi dengan muslimat...ya,formula ghaddul basor(menundukkan pandangan)+istiqamah dalam wudhu' amat membantu..Alhamdulillah...




Julai 2011:

Setiap pelajar Matrikulasi diwajibkan mengambil mata pelajaran Dinamika(mata pelajaran yang mengasah soft skill dalam diri pelajar).Untuk semester pertama semua pelajar jurusan sains dan sedikit daripada jurusan perakaunan dikehendaki menjalankan salah satu daripada aktiviti dinamika yang terbahagi kepada tiga iaitu fesyen,pentomin dan tribute puisi.Ana berada dalam kumpulan tribute puisi..dan ujian Allah itu mendatang..aktiviti ini memerlukan percampuran antara pelajar lelaki dan perempuan secara holistik...ana kekok,cuak dengan semua itu disebabkan ana bersekolah di sekolah yang sama jantina.Namun itu tidak bermakna diri ini terkena'culture shock'..Alhamdulillah,Allah masih menjaga ana.Jagalah Allah,Allah akan menjagamu(riwayat Imam At-tirmizi)...Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah...ana usahakan diri untuk mencari tugas yang kurang memerlukan percampuran lelaki dan perempuan...agar jauh daripada ikhtilat...Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati,tetapkan hati kami dalam ketaatan dan agamaMU..

Ogos 2011:

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan Kareem...madrasah Ramadhan kunjung tiba..dua agenda besar dalam bulan mulia ini,menghadapi Mid-Sem Test(MST) dan mengejar keberkatan Ramadhan itu sendiri...MST berlangsung selama tiga hari iaitu pada dua Ramadhan sehingga 4 Ramadhan..ana serahkan keputusan MST kepada Allah.Andai baik,Alhamdulillah namun jika sebaliknya,ana perlu muhasabah kembali dan tingkatkan usaha untuk PSPM nanti...InsyaAllah..Alhamdulillah,ana masih berkesempatan untuk merasai nikmat Ramadhan tahun ini...sepanjang Ramadhan,PI menggalas tanggungjawab untuk memasak juadah iftar setiap hari.Aktiviti ini memerlukan kolaborasi antara muslimin dan muslimat Ajk PI...dan hati ini perlu lebih kuat bentengnya...Dan skill-skill memasak muslimin dan muslimat ditonjolkan hampir sepenuhnya dalam aktiviti ini.Mana tidaknya kami hanya diberikan bahan dan perlu memasak sendiri judah seperti bubur lambuk,mee goreng,bihun goreng,mee kuah dan sebagainya untuk 200 orang.Alhamdulillah...semuanya berjalan lancar,kemuncaknya adalah pada 17 Ogos.Pada malam itu diadakan aktiviti Jejak Sahur beserta qiamullail sempena Nuzul Al-Quran...Allahuakbar,keletihan menjalar dalam diri..namun di segenap sudut hati ini timbul rasa syukur diberi peluang untuk memberi makan orang bersahur dan berbuka...


                                  مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا


Siapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun juga.”[1]
[1] HR. Tirmidzi no. 807, Ibnu Majah no. 1746, dan Ahmad 5/192, dari Zaid bin Kholid Al Juhani. At Tirmidzi mengatakan bahwa hadits ini hasan shahih. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih.

Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah...
ana rasa cukuplah sedikit perkongsian sepanjang tiga bulan ana tidak mencoretkan apa2 di ruangan ini.Moga yang sedikit ini dapat dijadikan manfaat bersama..




Di kesempatan ini ana mohon maaf buat sahabat yang sentiasa menyokong ana dari belakang.Maaf kerana tidak lagi dapat selalu berinteraksi seperti dahulu.Namun,percayalah..rindu ana terhadap antunna semua sangat menebal..dan biarlah rindu ini menguatkan lagi ukhuwwah antara kita..InsyaAllah...syukran 'ala kulli hal..uhibbukunna FILLAH..insyaAllah..








Wednesday, May 18, 2011

Ragam di stesen bas...




Bismillahirrahmanirrahim...
 Hmmm,tadi selepas habis latihan kereta ana ditinggalkan oleh cikgu ana di stesen bas.Sambil menunggu bas untuk pulang ke rumah,ana terlihat seorang pak cik dalam lingkungan umur 50 tahun ke atas yang 'kurang sihat' berjalan-jalan di sekeliling tempat menunggu bas tersebut.

Secara tiba-tiba pak cik tersebut duduk di sebelah ana tetapi dalam jarak yang selamat.Ada seorang mak cik yang duduk di situ bangun dan beralih tempat dengan wajah benci terhadap pak cik tadi.Ana tidak bangun kerana merasakan selamat dan pak cik itu juga tidak langsung mengganggu ana.Dia cuma duduk.Setelah beberapa ketika pak cik itu pun bangun dan berjalan-jalan lagi.Kemudian datang seorang lagi pak cik yang cacat pengelihatan.Pak cik tersebut ingin melintas jalan.Ana berdebar-debar dan amatlah risau apabila melihat kereta-kereta yang dipandu laju di kawasan tersebut.Terdetik di hati untuk memimpin pak cik yang cacat pengelihatan ini melintas.Tapi ana sedikit kekok untuk bangun mendekati pak cik tersebut dan dalam hati ana berharap ada seorang lelaki dapat membantu pak cik itu melintas.Tanpa disangka-sangka,pak cik yang 'kurang sihat' tadi berlari-lari anak  ke arah pak cik yang cacat pengelihatan tersebut lalu memimpinnya untuk melintas.Alhamdulillah,terima kasih ya Allah.

Lega...itulah yang keluar daripada mulut ana...lega kerana pak cik yang cacat pengelihatan tersebut dapat melintas dengan selamat.Setelah memimpin pak cik yang cacat pengelihatan itu melintas,pak cik yang 'kurang sihat' itu kembali ke tempat duduk lalu duduk di sebelah mak cik yang beralih tempat tadi.Tapi masih dalam jarak yang selamat.Dengan tidak semena-mena,mak cik itu menjerit dengan kuatnya"HIISSSHHHH!! AWAT ORANG TUA NI MAI DUK TANG NI PULAK DAHHHH!!!Ana terkejut...amat2 terkejut.Sampai hati sungguh mak cik tu.Dan pak cik itu bangun dengan muka yang teramat sedih setelah ditengking.Darah ana tersirap.Tapi masih cuba untuk bersabar.Dan mak cik tadi masih menengking-nengking serta memaki hamun pak cik tadi.Ana ambil keputusan untuk berjalan menuju ke bas daripada menambah dosa dengan memarahi mak cik itu dalam hati.ASTAGHFIRULLAH....Di dalam bas ana mencari-cari hikmah dan ibrah daripada kejadian yang berlaku tadi.Alhamdulillah,Allah telah pun memberi ilham kepada ana.

Antaranya:
1.Kita harus bersyukur dengan nikmat pancaindera dan akal yang Allah kurniakan.Tetapi banyak manakah pancaindera yang kita gunakan ke arah kebaikan???Sekiranya kita asyik melihat perkara-perkara maksiat.Lelaki melirik melihat perempuan.Perempuan melirik melihat lelaki.
2.Kita juga perlu bersyukur anugerah kewarasan akal yang Allah kurniakan.Pak cik yang 'kurang sihat' tu mintakah untuk dijadikan begitu???Bagaimana pula sekiranya Allah memilih kita untuk jadi sepertinya???Sanggupkah kita dicaci maki oleh orang sekeliling kita???Jadi jangan berasa jijik dan benci kepada orang yang kurang waras akalnya kerana kita tidak layak untuk menghina ciptaan Allah.Kita di mata Allah adalah sama.Yang membezakan kita adalah keimanan dan ketaqwaan kepadaNYA.Allah tak melihat cantiknya wajah kita,tingginya pangkat dan jawatan kita atau banyaknya harta kita.
3.Sifat pentingkan diri.Ana lihat ramai kaum adam di stesen tersebut yang merdeka,yang masih waras akalnya,tapi tiada sorang pun yang bangun membantu pak cik yang cacat pengelihatan tadi.Di manakah perasaan kasih antara saudara seISLAM kita??Apa sudah tiadakah kemanusiaan dalam diri kita???Jangan bercakap tentang kemanusiaan di Palestin,Iraq atau Afghanistan andai kemanusiaan sekecil ini tidak mampu kita laksanakan.

Astaghfirullah...moga kita tidak tergolong dalam kalangan orang yang kufur nikmatNYA dan lupa untuk bersyukur kepadaNYA..Allah itu sentiasa melihat setiap perlakuan hambaNYA...
Sekadar pekongsian buat diri dan sahabat-sahabat sebagai peringatan..agar tidak mudah lupa bahawa ALLAH ITU ADA..DI MANA SAHAJA..=)


Kasihnya Bonda sampai ke syurga....

Bismillahirrahmanirrahim...
Sepatutnya,entry ini lebih awal daripada entry Ragam di stesen bas,tp atas sebab2 kesilapan teknikal yang berlaku bukan sahaja pada blog ana,tp sahabat2 lain,maka entry ini dipublish lambat sdikit daripada entry ragam di stesen bas...
Alhamdulillah...ana bersyukur kerana masih dikurniakan nikmat iman dan islam olehNYA...
Hmmm..dah sebulan rasanya ana tak update blog ni...sibuk..sibuk??? eh,kjap2..ana??bukan sebelum ni 'aku' ke?Sebelum ini kbanyakan entry ana lebih kpada monolog dalam diri sendiri...Ana terfikir untuk menukar KGND(stands for kata ganti nama diri)dalam blog ni sebab ana dah ada beberapa orang  followers yang sudi follow blog ana yang tak seberapa ni..dan followers tu terdiri daripada sahabat2 seperjuangan ana di SMKAP dulu..dan kami sudah terbiasa dgan panggilan seperti ini...agar masing2 dapat merasakan bi'ah solehah...dan semoga blog ini jgak mempunyai bi'ah solehahnya juga..amin..
OK,kita sambung lagi..cuti selepas SPM ana isi dengan 'mengambil alih' tugas mak ana sebagai suri rumah...tp bukan sepenuh masa lagi...hehe..walaupun dalam hati ni terdetik keinginan untuk mencari pengalaman bekerja sebagaimana sahabat2 yang dah bergelar cikgu tadika sementara,jurujual di kedai buku,officer sementara di pejabat NISA' dan ramai lagi....tapi Allah dah tunjukkan hikmahnya..hikmahnya ana dapat merasa jerih perih seorang wanita yang bergelar ibu...Alhamdulillah...=)

Bergelar ibu kepada tujuh orang anak perempuan bukanlah satu tanggungjawab yang mudah...Tapi ana dapat lihat kesabaran dan ketabahan mak ana dalam menggalas tugas tersebut.Mana tidaknya,paginya keluar bekerja menghadapi pelbagai karenah manusia terutamanya murid-murid yang masih belum matang.Kemudian,pulang rumah pada tengah hari meyiapkan hidangan tengah hari buat anak-anak.Selepas itu,ditambah dengan macam-macam lagi kerja rumah seperti mencuci pinggan mangkuk,basuh baju,sidai baju,lipat baju dan macam-macam lagi.Kalau mahu disebut satu-persatu mungkin penuh entry ana ni dgan tanggungjawab yang perlu mak galas.Malamnya pula,menyemak kerja rumah anak2,menyeterika baju untuk bekerja,mengemas dapur..."hah,nampak sangat anak2 perempuannya tak buat kerja rumah"...tak,bukan macam tu,disebabkan ana dan dua orang adik tinggal di asrama,jadi kami tak dapat selalu bersama-sama keluarga lebih-lebih lagi untuk menolong mak melakukan kerja2 rumah.empat orang lagi adik2 ana masih kecil,dan yang paling tua tinggal di rumah berumur 12 tahun.Sibuk dengan kelas tambahan dan ulangkaji untuk menduduki UPSR.Begitulah rutin mak setiap hari.Tapi yang paling ana kagum,ana respect,ana salute,mak tak pernah sedikit pun mengeluh dengan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

Setiap kali ana dan adik2 akan menghadapi peperiksaan,kami akan menelefon mak dan abah minta untuk didoakan.Dan mak juga tak pernah jemu bertanya perihal kesihatan kami setiap kali kami telefon.Dan kadangkala,tatkala ana merasakan tekanan dalam proses menuntut ilmu,mak dan abah ada di sisi memberi motivasi.Seringkali ana menitiskan air mata apabila menerima pelukan erat daripada mak dan abah sekiranya mereka melihat ana dan adik2 yang tinggal di asrama sedikit jatuh semangat belajar.Dan semangat itu meninggi kembali.Alhamdulillah...=)

Dan sehingga hari ini mak masih dengan sifat tenangnya mengasuh dan mendidik kami adik-beradik.ya,KASIH BONDA MEMBAWA KE SYURGA...TERIMA KASIH MAK...ALONG SAYAAANG MAK....=)

Friday, January 28, 2011

bumi tarbiyah itu..aku merinduinya..


asrama..tempat yg bnyak mendidik erti khidupan berdikari..dan saling memahami..
Di dalamnya..aku banyak mengerti erti berkongsi..ya,,berkongsi antara satu sama lain..
di dalamnya juga subur mekar tarbiyah yang mendidik jiwa..hampir stiap hari....setiap waktu...diisi dgan ubat hati bagi mereka  yang dahagakan kesejukan tarbiyah...
teringat aku tentang suatu peristiwa yang hampir2 membuatkanku angkat kaki drpdnya...Allahuakbar...hanya Tuhan sahaja yang tahu isi hatiku tatkala itu...namun dek kerana tak mahu mnyusahkan abah utk b'gegas m'hantarku stiap pagi,kugagahkan diri ini,kupujuk jiwa ini untuk terus tggal di sana...ya...peristiwa itu berlaku ketika SPM hanya tggal bbrapa bulan shaja lg...namun,kuislahkan diri ini...kuterima masalah yg melanda dengan positif...kukatakan pada diriku...wahida,ini adalah ujian daripada Allah...supaya kau ingat kepadaNya...supaya kau minta kepadaNya...mungkin kau lupa padaNya...dek krana mengejar kesibukan duniawi...ya...peristiwa itu mematangkanku...Alhamdulillah...terima kasih Ya Allah...bagaimana aku bisa mengharungi mehnah itu?
Ustazah kesayanganku,yang juga mrupakan warden asrama,serta guru Syariahku memberi nasihat kapadaku...
"wahida,ustazah tahu berat masalah ini...tapi sabarlah dik...ada hikmah di dalamnya..ustazah percaya kamu mampu lalui...kuatkan diri ya..."
itu,itulah yang mnguatkan semangatku...ditambah lagi dengan sahabat2 yang membantu...nasihat-nasihat serta mutiara kata sering mereka lantunkan semata-mata untuk membantuku mengharungi dugaan mendatang...
Ya Allah..Alangkah indahnya ukhuwwah yang terbina antara kami...moga ukhuwwah ini memperoleh mardhatillah...ya,ukhuwwah fillah membawa kapada halawatul iman...itulah yang diimpikan oleh setiap mukminin..Terima kasih Ya Allah,Engkau telah meletakkanku dengan sebaik-baik perancanganMu...

Slot kerohanian di asrama seringkali terisi dengan tazkirah daripada suami ustazah tersebut...Subhanallah!Aku rindukan pengisian-pengisian bermanfaat yang disampaikan oleh kaunselor yang kami panggil'ustaz'tersebut.Kebanyakan aktiviti kerohanian yang lujnahku jalankan adalah hasil cadangan beliau.
Aku rindukan juga setiap kali selepas solat subuh,kami akan membuat halaqah untuk bacaan mathurat.
Kadangkala,subuh hari Jumaat...kami akan melakukan sujud Sajdah...Rindunya aku pada pagi-pagi yang hening itu...

Tidak kulupa juga pada warden bahagian akademik aspuri...Beliau seorang yang amat dedikasi dengan tugasnya..hampir setiap petang dan malam beliau akan memantau pelajar-pelajar,bukan sahaja daripada segi akademik...malah beliau juga sering bertanyakan masalah-masalah yang dihadapi oleh para pelajar..terutamanya aku dan sahabat-sahabatku yang lain(sebab kami spm candidates...need more attention)...Beliau juga selalu mengadakan kelas ulangkaji dengan kami...bio,kimia dan addmath...itulah mata pelajaran kritikal yang beliau sering tumpu..Setiap kali ujian,beliau akan 'face to face' dengan kami untuk melihat setiap peningkatan dan penurunan markah kami dalam setiap mata pelajaran...teringatku satu peristiwa ketika peperiksaan SPM berlangsung,beliau sanggup datang jam 11 malam semata-mata untuk menghantar burger kepada kami(kebetulan malam itu hampir semua student starving...hehe...mungkin tension)..itulah pengorbanan seorang warden yang amat berdedikasi...teacher,thanks for everything..tidak kulupa juga warden-warden yang lain,ketua warden yang baik hati,teacher Siti yang friendly,warden merangkap guru fizikku yang yang peramah...banyak kenangan bersama-sama mereka...

Surau...Itulah pusat tarbiyah utama dalam sekolahku selain Dewan Az-Zahra' dan juga kelas-kelas harian...
Dari waktu subuh hinggalah selepas Isya',surau itu sentiasa dikunjungi oleh para serikandi pejuang Islam di bumi wakaf itu...mencari ruang dan peluang untuk bertemu Kekasih Agung...sungguh...musolla itu amat berjasa kepada diri seluruh warga sekolahku...di situlah medan ilmu bagi kami..tatkala waktu dhuha,musolla itu diimarahkan oleh serikandi-serikandi bumi wakaf itu..mengharapkan redha Allah dalam setiap rezeki  kejayaan yang diperoleh...Alhamdulillah,ramai yang mengalirkan air mata ketika berdoa,ya,penuh kesungguhan..itulah adab berdoa yang dijarkan oleh guru-guru kami...rinduku pada surau amat mendalam..setiap subuh hari cuti kami akan adakan bacaan mathurat...yang ini wajib..semua kena turun,kalau ada yang terlambat,hah...berdering-dering lah loceng asrama...kalau tidak sahabatku ketua asrama yang tekan..ketua-ketua lujnah yang bertindak...waktu itu amat manis..di surau ketika bacaan mathurat dilagukan..
macam-macam ragam yang dapatku lihat..yang tersengguk-sengguk..yang terkumat-kamit sambil mata terpejam dan macam-macam lagi...rindunyaaa..ya..surau itu amat berjasa...dan aku amat-amat mencintai surau itu..

Banyak lagi yang ingin kunukilkan dalam post ini...tapi,setelah kufikir-fikir...biarlah kenangan-kenangan itu kusimpan dalam memori yang Allah dah anugerahkan padaku...biarlah kusenyum sendirian tatkala memori-memori itu muncul dam benak fikiranku...
Ku doakan agar asrama itu akan sentiasa melahirkan serikandi-serikandi yang lengkap tarbiyahnya..luar dan dalam...dan semoga warden-wardenku sentiasa kuat untuk menjalankan tugas yang merupakan amanah daripada yang Maha Esa...dan semoga...serikandi-serikandi asrama itu sentiasa melakar kecemarlangan duniawi dan ukhrawi...amiin...

Friday, January 21, 2011

Aku HanYa HambaMU yang Hina..

Bismillahirrahmanirrahim..
Pada awalnya aku amat takut untuk menulis di ruangan ini..Hmm..Bimbang diri ini akan ditanya tentang apa yang aku tulis..Namun,setelah kufikirkan,mungkin ini salah satu ruang yang aku boleh manfaatkn untuk mujahadahku terhadap diri sendiri dan sahabiahku yang lain..Sungguh,Ya Allah..Diri ini terasa amat kerdil..Apatah lagi untuk menukilkan sesuatu yang akan ku dipertanggungjawabkan ke atasnya..Ku teringatkan amaran Mu dalam surat cintaMu,surat yang ke-61,AyatMu yang ke-2 dan ke-3..


          Wahai orang-orang yang beriman!Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu
        kerjakan.
        Itu sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.


Ya Allah..Ku mohon padaMu..Campakkanlah rasa keikhlasan tatkala aku mencoretkan setiap patah kata-kataku dalam ruangan ini..Jauhkanlah diriku daripada perasaan bangga dan bermegah-megah dengan apa yang kutulis..Sesungguhnya apa yang kucoretkan datang daripadaMu Ya Allah..Hanya dengan izinMu..
Aku hanya hambaMu yang hina Ya Rabb..Tapi ku ingin mencari bekalan untuk bertemu Mu Ya Tuhan.. Biarlah tulisanku ini menjadi salah satu daripadanya..Redhailah niatku ini Ya Allah..


Ya Habib..Ku merayu padaMu..Izinkanlah ku beramal dengan setiap apa yang ku nukilkan dalam ruangan ini..Aku tidak mahu hanya pandai berteori..tapi biarlah dengan kehendakMu,aku malaksanakan praktikalnya juga...Sesungguhnya aku amat gerun dengan amaranMu dalam surat cintaMu yang ke-31,ayatMu yang ke-32 dan ke-33..


          Dan apabila mereka digulung ombak yang besar seperti gunung,mereka menyeru Allah dengan
          tulus ikhlas beragama kepadaNya.
          Tetapi ketika Allah menyelamatkan mereka sampai di daratan,lalu sebahagian mereka
          tetap menempuh jalan yang lurus.Adapun yang mengkhianati Kami adalah pengkhianat yang 
          tidak berterima kasih.
         Wahai manusia! Bertakwalah kepada TuhanMu dan takutlah pada hari (yang pada ketika itu)
         seorang bapa tidak dapat menolong anaknya dan seorang anak tidak pula dapat menolong
         bapanya sedikitpun.Sungguh, janji Allah pasti benar,maka janganlah sekali-kali
         kamu terpedaya oleh kehidupan dunia,dan jangan kamu terpedaya oleh penipu
        dalam (mentaati)Allah..


Allahuakbar!Na'uzubillahiminzalik!Jauhkanlah Ya Allah..Justeru ku mohon Ya Allah..pimpinlah daku dalam memberi manfaat kepada yang lain..janganlah kau pesongkan niatku...Ilhamkanlah kepadaku sesuatu yang bermanfaat buat yang lain..kerana ku percaya pada hadis kekasihMu,sebaik-baik manusia ialah mereka yang bermanfaat buat yang lain..Aku sedar..taklifan yang kau beri amat berat..Hatta gunung2 dan bukit-bukau gerun untuk memikulnya Ya Allah...Namun,kami manusia menerimanya..Menjadi khalifah di BumiMu ini..itulah yang Kau taklifkan...Kupohon ..berikanlah kekuatan kepada kami untuk melaksanakan amanahMu..Jadikanlah kami golongan yang berjaya merebut syurgaMu..Ameen..


Buat teman-teman yang melawat ruangan ini..seandainya ada kalimah-kalimahku yang tidak bermanfaat di ruangan ini,janganlah kau berfikir-fikir untuk menegurku..teruskanlah niatmu untuk memperbetulkanku..
Sesungguhnya teguran darimu amat ku dambakan untuk mengelakkan diriku tersungkur ke lembah yang hina..Jika ada yang bermanfaat..semua itu tidak lain hanya dari Khaliqku yang Maha Hebat..Hanya pinjaman buat sementara...kerana..sesungguhnya..aku adalah hambaNya yang hina..Marilah kita berjihad supaya terpilih untuk menjadi bidadari-bidadari yang menanti hadirnya insan bertaqwa yang mampu memimpin kita ke jalan yang diredhaiNya..
 

Template by BloggerCandy.com