Thursday, August 25, 2011



Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah...setelah hampir tiga bulan blog ini menyepi,Allah masih berikan ana kesempatan untuk melakarkan coretan atas apa yang berlaku sepanjang blog ini sunyi daripada sebarang penulisan.Sungguh,ana merindui waktu-waktu untuk menulis di ruangan ini,namun apakan daya,manusia itu mudah lalai dan leka...mungkin penyusunan masa ana kurang efektif sehingga mujahadah melalui penulisan ini sedikit sebanyak terabai...
Walau apa pun,ana serahkan kepada Allah untuk menilai kesibukan ana itu sama ada sebagai ibadah atau kelekaan semata-mata..HasbiyaAllahu wa ni'mal wakiil...Berikut ana coretkan serba sedikit perkara yang berlaku sepanjang tiga bulan ini :

23 Mei 2011:

Setelah sekian lama berada dalam dilema antara memilih program Diploma Tahfiz wal Qiraat Darul Quran,Program Satu Tahun Matrikulasi dan Diploma Sains UiTM,akhirnya pilihan ana adalah untuk meneruskan mujahadah dalam bidang sains demi manfaat umat Islam..jd yang mana ana pilih??Ya,buat pertama kali ana menjejakkan kaki di Kolej Matrikulasi Perlis untuk menyambung pengajian dalam bidang sains insyaAllah.Tarikh ini merupakan tarikh pendaftaran bagi pelajar-pelajar kolej ini..Program Satu Tahun memerlukan usaha,fokus dan konsentrasi yang lebih kerana proses pembelajaran amat pantas...InsyaAllah,moga Allah sentiasa kuatkan hati untuk mujahadah ilmu di sana...dan moga ana tidak mudah berasa lelah dengan waktu yang padat kerana apalah sangat mujahadah ana di situ jika dibandingkan dengan mujahadah Rasulullah untuk menegakkan syiar Islam dalam kalangan kuffar dahulu..Allahuakbar!!

27 Mei 2011:

Berakhir sudah minggu Pengrusan Pelajar Baru atau nama biasanya minggu orientasi.Alhamdulillah...Maka akan bermulalah kuliah dan tutorial bagi semua pelajar sesi 2011/2012.Moga Allah sentiasa membantu perjuangan ilmu ana di sini.Minggu pertama kuliah dan tutorial sedikit kelam kabut dek kerana semua pelajar masih belum membiasakan diri dengan dewan kuliah serta tutoran di sini..Maka ramai la juga yang tertinggal kuliah dan tutorial..Minggu seterusnya,Alhamdulillah..semakin membiasakan diri dengan waktu yang cukup padat daripada dewan kuliah ke tutoran dan sebaliknya.

Awal Jun 2011:

Sahabat-sahabat ana ramai yang bertanya "tak isi borang Pusat Islam ke?".Ana pun jawab"err,Pusat Islam??Macam mane tu?Tak tahu pun..".Lalu salah seorang sahabat memberitahu"Pusat Islam tu macam BADAR la jugak kalau di sekolah,tapi ni lain sikit sebab kita di kolej,besar sikit..enti isi je kat Unit Pendidikan Islam.." .Pak Cik guard pun ada bertanyakan perkara yang sama kepada ana,Alhamdulillah...Allah pilih orang-orang tersebut untuk ingatkan ana...Allah,ana hampir terlupa,ana bukan lagi berada dalam Bumi Tarbiyah itu lagi...Ilmu itu kini perlu dicari sendiri bagi mengisi hati agar tidak menjadi malap dan gelap..Alhamdulillah,setelah selesai mengisi borang,calon2 dikehendaki menjalani proses temuduga bersama-sama pensyarah yang menguruskan Pusat Islam.Proses temuduga berjalan lancar dengan berbekalkan ilmu yang masih cetek di dada..ana usahakan juga...sekurang-kurangnya apabila ana berada dalam organisasi dakwah,ana tidak lupa tanggungjawab yang Allah taklifkan iaitu untuk menjadi khalifahNya di muka bumi ini.Rindu pada ustaz dan ustazah di SMKAP mula menyelubungi.Namun ana kuatkan diri..kini tiba masanya untuk berdiri di atas kaki sendiri,mengutip mutiara-mutiara ilmu yang saban hari memerlukan mujahadah yang tinggi untuk mencarinya...

Pertengahan hingga akhir Jun 2011:

Kuliah dan tutorial berjalan lancar sepanjang hampir sebulan di KMP..Alhamdulillah...setelah dua minggu selepas proses temuduga Pusat Islam,akhirnya Allah dengan RahmatNya dan RahimNya telah memilih ana sebagai salah seorang ahli jawatankuasa PI(abbrev. for Pusat Islam).Alhamdulillah,segala puji hanya untukMu Ya Allah,all praises to Allah..moga sepanjang ana berada dalam jalan dakwah ini ana tidak akan mudah leka dengan keseronokan duniawi yang sementara..Nauzubillah..Dan bermulalah tanggungjawab ana dalam  berorganisasi selain tanggungjawab utama iaitu mujahadah ilmu di KMP.Dalam organisasi ini memerlukan banyak interaksi antara muslimin dan muslimat.Ahh,ujian Allah datang lagi....ya,Allah ingin melihat sejauh mana kekuatan iman hambaNya..Alhamdulillah,kukuatkan diri ini menangkis panahan syaitan yang akan menjadikan perasaan indah tatkala muslimin berinteraksi dengan muslimat...ya,formula ghaddul basor(menundukkan pandangan)+istiqamah dalam wudhu' amat membantu..Alhamdulillah...




Julai 2011:

Setiap pelajar Matrikulasi diwajibkan mengambil mata pelajaran Dinamika(mata pelajaran yang mengasah soft skill dalam diri pelajar).Untuk semester pertama semua pelajar jurusan sains dan sedikit daripada jurusan perakaunan dikehendaki menjalankan salah satu daripada aktiviti dinamika yang terbahagi kepada tiga iaitu fesyen,pentomin dan tribute puisi.Ana berada dalam kumpulan tribute puisi..dan ujian Allah itu mendatang..aktiviti ini memerlukan percampuran antara pelajar lelaki dan perempuan secara holistik...ana kekok,cuak dengan semua itu disebabkan ana bersekolah di sekolah yang sama jantina.Namun itu tidak bermakna diri ini terkena'culture shock'..Alhamdulillah,Allah masih menjaga ana.Jagalah Allah,Allah akan menjagamu(riwayat Imam At-tirmizi)...Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah...ana usahakan diri untuk mencari tugas yang kurang memerlukan percampuran lelaki dan perempuan...agar jauh daripada ikhtilat...Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati,tetapkan hati kami dalam ketaatan dan agamaMU..

Ogos 2011:

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan Kareem...madrasah Ramadhan kunjung tiba..dua agenda besar dalam bulan mulia ini,menghadapi Mid-Sem Test(MST) dan mengejar keberkatan Ramadhan itu sendiri...MST berlangsung selama tiga hari iaitu pada dua Ramadhan sehingga 4 Ramadhan..ana serahkan keputusan MST kepada Allah.Andai baik,Alhamdulillah namun jika sebaliknya,ana perlu muhasabah kembali dan tingkatkan usaha untuk PSPM nanti...InsyaAllah..Alhamdulillah,ana masih berkesempatan untuk merasai nikmat Ramadhan tahun ini...sepanjang Ramadhan,PI menggalas tanggungjawab untuk memasak juadah iftar setiap hari.Aktiviti ini memerlukan kolaborasi antara muslimin dan muslimat Ajk PI...dan hati ini perlu lebih kuat bentengnya...Dan skill-skill memasak muslimin dan muslimat ditonjolkan hampir sepenuhnya dalam aktiviti ini.Mana tidaknya kami hanya diberikan bahan dan perlu memasak sendiri judah seperti bubur lambuk,mee goreng,bihun goreng,mee kuah dan sebagainya untuk 200 orang.Alhamdulillah...semuanya berjalan lancar,kemuncaknya adalah pada 17 Ogos.Pada malam itu diadakan aktiviti Jejak Sahur beserta qiamullail sempena Nuzul Al-Quran...Allahuakbar,keletihan menjalar dalam diri..namun di segenap sudut hati ini timbul rasa syukur diberi peluang untuk memberi makan orang bersahur dan berbuka...


                                  مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا


Siapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun juga.”[1]
[1] HR. Tirmidzi no. 807, Ibnu Majah no. 1746, dan Ahmad 5/192, dari Zaid bin Kholid Al Juhani. At Tirmidzi mengatakan bahwa hadits ini hasan shahih. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih.

Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah...
ana rasa cukuplah sedikit perkongsian sepanjang tiga bulan ana tidak mencoretkan apa2 di ruangan ini.Moga yang sedikit ini dapat dijadikan manfaat bersama..




Di kesempatan ini ana mohon maaf buat sahabat yang sentiasa menyokong ana dari belakang.Maaf kerana tidak lagi dapat selalu berinteraksi seperti dahulu.Namun,percayalah..rindu ana terhadap antunna semua sangat menebal..dan biarlah rindu ini menguatkan lagi ukhuwwah antara kita..InsyaAllah...syukran 'ala kulli hal..uhibbukunna FILLAH..insyaAllah..








 

Template by BloggerCandy.com