Wednesday, May 18, 2011

Ragam di stesen bas...




Bismillahirrahmanirrahim...
 Hmmm,tadi selepas habis latihan kereta ana ditinggalkan oleh cikgu ana di stesen bas.Sambil menunggu bas untuk pulang ke rumah,ana terlihat seorang pak cik dalam lingkungan umur 50 tahun ke atas yang 'kurang sihat' berjalan-jalan di sekeliling tempat menunggu bas tersebut.

Secara tiba-tiba pak cik tersebut duduk di sebelah ana tetapi dalam jarak yang selamat.Ada seorang mak cik yang duduk di situ bangun dan beralih tempat dengan wajah benci terhadap pak cik tadi.Ana tidak bangun kerana merasakan selamat dan pak cik itu juga tidak langsung mengganggu ana.Dia cuma duduk.Setelah beberapa ketika pak cik itu pun bangun dan berjalan-jalan lagi.Kemudian datang seorang lagi pak cik yang cacat pengelihatan.Pak cik tersebut ingin melintas jalan.Ana berdebar-debar dan amatlah risau apabila melihat kereta-kereta yang dipandu laju di kawasan tersebut.Terdetik di hati untuk memimpin pak cik yang cacat pengelihatan ini melintas.Tapi ana sedikit kekok untuk bangun mendekati pak cik tersebut dan dalam hati ana berharap ada seorang lelaki dapat membantu pak cik itu melintas.Tanpa disangka-sangka,pak cik yang 'kurang sihat' tadi berlari-lari anak  ke arah pak cik yang cacat pengelihatan tersebut lalu memimpinnya untuk melintas.Alhamdulillah,terima kasih ya Allah.

Lega...itulah yang keluar daripada mulut ana...lega kerana pak cik yang cacat pengelihatan tersebut dapat melintas dengan selamat.Setelah memimpin pak cik yang cacat pengelihatan itu melintas,pak cik yang 'kurang sihat' itu kembali ke tempat duduk lalu duduk di sebelah mak cik yang beralih tempat tadi.Tapi masih dalam jarak yang selamat.Dengan tidak semena-mena,mak cik itu menjerit dengan kuatnya"HIISSSHHHH!! AWAT ORANG TUA NI MAI DUK TANG NI PULAK DAHHHH!!!Ana terkejut...amat2 terkejut.Sampai hati sungguh mak cik tu.Dan pak cik itu bangun dengan muka yang teramat sedih setelah ditengking.Darah ana tersirap.Tapi masih cuba untuk bersabar.Dan mak cik tadi masih menengking-nengking serta memaki hamun pak cik tadi.Ana ambil keputusan untuk berjalan menuju ke bas daripada menambah dosa dengan memarahi mak cik itu dalam hati.ASTAGHFIRULLAH....Di dalam bas ana mencari-cari hikmah dan ibrah daripada kejadian yang berlaku tadi.Alhamdulillah,Allah telah pun memberi ilham kepada ana.

Antaranya:
1.Kita harus bersyukur dengan nikmat pancaindera dan akal yang Allah kurniakan.Tetapi banyak manakah pancaindera yang kita gunakan ke arah kebaikan???Sekiranya kita asyik melihat perkara-perkara maksiat.Lelaki melirik melihat perempuan.Perempuan melirik melihat lelaki.
2.Kita juga perlu bersyukur anugerah kewarasan akal yang Allah kurniakan.Pak cik yang 'kurang sihat' tu mintakah untuk dijadikan begitu???Bagaimana pula sekiranya Allah memilih kita untuk jadi sepertinya???Sanggupkah kita dicaci maki oleh orang sekeliling kita???Jadi jangan berasa jijik dan benci kepada orang yang kurang waras akalnya kerana kita tidak layak untuk menghina ciptaan Allah.Kita di mata Allah adalah sama.Yang membezakan kita adalah keimanan dan ketaqwaan kepadaNYA.Allah tak melihat cantiknya wajah kita,tingginya pangkat dan jawatan kita atau banyaknya harta kita.
3.Sifat pentingkan diri.Ana lihat ramai kaum adam di stesen tersebut yang merdeka,yang masih waras akalnya,tapi tiada sorang pun yang bangun membantu pak cik yang cacat pengelihatan tadi.Di manakah perasaan kasih antara saudara seISLAM kita??Apa sudah tiadakah kemanusiaan dalam diri kita???Jangan bercakap tentang kemanusiaan di Palestin,Iraq atau Afghanistan andai kemanusiaan sekecil ini tidak mampu kita laksanakan.

Astaghfirullah...moga kita tidak tergolong dalam kalangan orang yang kufur nikmatNYA dan lupa untuk bersyukur kepadaNYA..Allah itu sentiasa melihat setiap perlakuan hambaNYA...
Sekadar pekongsian buat diri dan sahabat-sahabat sebagai peringatan..agar tidak mudah lupa bahawa ALLAH ITU ADA..DI MANA SAHAJA..=)


Kasihnya Bonda sampai ke syurga....

Bismillahirrahmanirrahim...
Sepatutnya,entry ini lebih awal daripada entry Ragam di stesen bas,tp atas sebab2 kesilapan teknikal yang berlaku bukan sahaja pada blog ana,tp sahabat2 lain,maka entry ini dipublish lambat sdikit daripada entry ragam di stesen bas...
Alhamdulillah...ana bersyukur kerana masih dikurniakan nikmat iman dan islam olehNYA...
Hmmm..dah sebulan rasanya ana tak update blog ni...sibuk..sibuk??? eh,kjap2..ana??bukan sebelum ni 'aku' ke?Sebelum ini kbanyakan entry ana lebih kpada monolog dalam diri sendiri...Ana terfikir untuk menukar KGND(stands for kata ganti nama diri)dalam blog ni sebab ana dah ada beberapa orang  followers yang sudi follow blog ana yang tak seberapa ni..dan followers tu terdiri daripada sahabat2 seperjuangan ana di SMKAP dulu..dan kami sudah terbiasa dgan panggilan seperti ini...agar masing2 dapat merasakan bi'ah solehah...dan semoga blog ini jgak mempunyai bi'ah solehahnya juga..amin..
OK,kita sambung lagi..cuti selepas SPM ana isi dengan 'mengambil alih' tugas mak ana sebagai suri rumah...tp bukan sepenuh masa lagi...hehe..walaupun dalam hati ni terdetik keinginan untuk mencari pengalaman bekerja sebagaimana sahabat2 yang dah bergelar cikgu tadika sementara,jurujual di kedai buku,officer sementara di pejabat NISA' dan ramai lagi....tapi Allah dah tunjukkan hikmahnya..hikmahnya ana dapat merasa jerih perih seorang wanita yang bergelar ibu...Alhamdulillah...=)

Bergelar ibu kepada tujuh orang anak perempuan bukanlah satu tanggungjawab yang mudah...Tapi ana dapat lihat kesabaran dan ketabahan mak ana dalam menggalas tugas tersebut.Mana tidaknya,paginya keluar bekerja menghadapi pelbagai karenah manusia terutamanya murid-murid yang masih belum matang.Kemudian,pulang rumah pada tengah hari meyiapkan hidangan tengah hari buat anak-anak.Selepas itu,ditambah dengan macam-macam lagi kerja rumah seperti mencuci pinggan mangkuk,basuh baju,sidai baju,lipat baju dan macam-macam lagi.Kalau mahu disebut satu-persatu mungkin penuh entry ana ni dgan tanggungjawab yang perlu mak galas.Malamnya pula,menyemak kerja rumah anak2,menyeterika baju untuk bekerja,mengemas dapur..."hah,nampak sangat anak2 perempuannya tak buat kerja rumah"...tak,bukan macam tu,disebabkan ana dan dua orang adik tinggal di asrama,jadi kami tak dapat selalu bersama-sama keluarga lebih-lebih lagi untuk menolong mak melakukan kerja2 rumah.empat orang lagi adik2 ana masih kecil,dan yang paling tua tinggal di rumah berumur 12 tahun.Sibuk dengan kelas tambahan dan ulangkaji untuk menduduki UPSR.Begitulah rutin mak setiap hari.Tapi yang paling ana kagum,ana respect,ana salute,mak tak pernah sedikit pun mengeluh dengan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

Setiap kali ana dan adik2 akan menghadapi peperiksaan,kami akan menelefon mak dan abah minta untuk didoakan.Dan mak juga tak pernah jemu bertanya perihal kesihatan kami setiap kali kami telefon.Dan kadangkala,tatkala ana merasakan tekanan dalam proses menuntut ilmu,mak dan abah ada di sisi memberi motivasi.Seringkali ana menitiskan air mata apabila menerima pelukan erat daripada mak dan abah sekiranya mereka melihat ana dan adik2 yang tinggal di asrama sedikit jatuh semangat belajar.Dan semangat itu meninggi kembali.Alhamdulillah...=)

Dan sehingga hari ini mak masih dengan sifat tenangnya mengasuh dan mendidik kami adik-beradik.ya,KASIH BONDA MEMBAWA KE SYURGA...TERIMA KASIH MAK...ALONG SAYAAANG MAK....=)

Friday, April 1, 2011


Ah, nampaknya rejim Zionis semakin biadap !


Walaupun final exam masih berbaki beberapa paper, tapi ingin juga saya mencuri sedikit masa untuk berkongsi sedikit-sebanyak tentang misi kemanusiaan dunia terhadap Palestin yang sedang diancam rejim Zionis laknatullah.

1. Misi ini adalah misi kemanusiaan yang paling besar dalam sejarah untuk menghentikan pengepungan Israel terhadap bumi Palestin yang telah bermaharajalela sekian lama.Ia dinamakan "Freedom Flotilla" dan gabungan beberapa NGO di Malaysia dinamakan "Lifeline4gaza" Pengepungan ini menyebabkan keadaan ummat Islam di Palestin semakin tertekan kerana kitaran makanan, ubat-ubatan, senjata, dll disekat. Kekejaman bertambah apabila Mesir bersekongkol untuk membina tembok yg tinggi lagi dalam.

2. Misi ini disertai lebih 50 buah negara dari pelbagai NGO seperti Free Gaza Movement di Cyprus, IHH  dari Turki,  MERC dan Kispa dari Indonesia, dan NGO-NGO dari USA, Greece, France, Sweeden, Germany, Italy, Venezuella serta byk lagi. Setiap negara dibenarkan hantar beberapa orang wakil. Malaysia menghantar 12 orang wakil termasuk 2 orang wakil media dari Astro Awani. Kebanyakan negara menghantar ahli-ahli parlimen termasuk negara-negara dari Europe sebagai tanda sokongan.

3. Armada ini diketuai oleh sebuah kapal yg bernama "Mavi Marmara" direncanakan untuk berangkat dari Istanbul pada Mei, 15 2010. Terdiri daripada 20 kapal kargo yang sarat dengan kelengkapan pembinaan, generator, peralatan perubatan, bahan pendidikan dll yang beratnya dipercayai melebihi 10,000 tan. Mereka akan belayar melalui Laut Mediterranean.


4. Armada ini membawa misi keamanan dan jelas tidak membawa senjata. Anak kapal terdiri dari aktivis keamanan, ahli parlimen, journalist , ahli akademik, petugas media, ulamak, seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada 80 tahun dan orang awam. Mereka bukan kader-kader tentera yang diutus untuk berperang. Lihat bagaimana kebodohan dan kekejaman Rejim Zionis terserlah apabila armada ini dikepung di perairan Gazzah, kurang 100 km dari tebing dan  seterusnya , Israel menurukan komander mereka yg lengkap bersenjata dari helikopter ke atas kapal dan menembak anak-anak kapal sehingga menyebabkan beberapa orabg syahid dan ramai yang tercedera termasuk Syiekh Raed Salah (seorang aktivis keamanan Palestin yg sudah tua). Sungguh biadap !!

5.Semua objektif dan pergerakan konvoi ini adalah berpandukan kepada Resolusi 1860 (2009) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan undang-undang maritim lain yang berkaitan. Antara lain, Resolusi 1860 menyebut antara lain :
a) menyeru kepada penghantaran bantuan kemanusiaan kepada Gaza termasuk makanan, minyak dan kemudahan perubatan,
b) menggalakkan usaha-usaha membuka laluan dan mekanisma lain bagi tujuan menyampaikan bantuan kemanusiaan yang berterusan,
c) menyeru semua negara untuk menyokong usaha-usaha di peringkat antarabangsa bagi memperbaiki keadaan kemanusiaan dan ekonomi di Gaza, dan
d) mengecam semua bentuk keganasan dan serangan terhadap masyarakat awam dan semua bentuk terorisma.


6. Setelah serangan tersebut, kedutaan rejim di Turki diserang teruk impak kemarahan penduduk Turki, tetapi polis berjaya meredakan keadaan. Penduduk dunia juga merancang untuk mengadakan demo besar-besaran tanda protes dengan tindakan Israel yang biadap. Hari ini 1 Jun 2010, Demo di seluruh dunia. Negara UE juga Washington DC. Mari kita kuatkan solidariti !


7. Sekarang,Israel berjaya merampas armada ini dan misi ini tergendala. Keadaan meraka belum dapat dipastikan kerana Israel memutuskan hubungan dengan media.Web rasmi IHH telah diserang (cyber-attack) dan masih belum dapat diakses, juga beberapa web lain yang berkaitan juga diganggu.


8. Tugas kita sekarang ialah menyebarkan maklumat dan terus berdoa moga-moga misi ini dapat diteruskan , bantuan dapat disalurkan terus kepada Hamas dan ahli armada selamat. Bagi yang mempunyai akaun Facebook dicadang untuk mengibarkan bendera Palestin pada profile picture. Berikut saya senaraikan beberapa link untuk kita sentiasa update dengan isu ini :  
http://twitter.com/sahabatalaqsha
http://palestinkini.info/ 
http://www.lifeline4gaza.org/ 
http://twitter.com/freegazaorg 
 
"Wahai kaumku ! masuklah ke tanah suci (Palestina) yang telah ditentukan Allah bagimu,dan janganlah kamu berbalik ke belakang (kerana takut kepada musuh) nanti kamu akan menjadi orang yang rugi " (Maidah:21)

*p/s : kepada semua pembaca silakan "copy and paste" dan sebarkan maklumat ini semampu anda. Ini adalah tugas kita disamping berdoa.Wahai Palestina tercinta, kami bersamamu !!!

Perkongsian daripada seorang ikhwah dari Al-Azhar...
Moga usaha kita untuk menegakkan Islam sentiasa mendapat pertolongan dan dipermudahkan Allah..

Monday, March 7, 2011

DOA RASULULLAH SAW

YA Allah....
Dengan ilmuMu atas yang ghaib dan kuasaMu atas seluruh makhluk
Hidupkanlah aku jika dalam pengetahuanMu kehidupan itu lebih baik bagiku

Dan matikanlah aku jika dalam pengetahuanMu kematian itu lebih baik bagiku






Ya ALLAH,
Aku mohon kepadaMu rasa takut baik pada saat terlihat maupun tersembunyi
Aku mohon kepadaMu kalimat yang benar pada waktu rela maupun marah
Aku mohon kepadaMu sifat hemat pada waktu fakir maupun kaya
Aku mohon kepadaMu nikmat yang tak habis-habis
Aku mohon kepadaMu kesenangan hati yang tak pernah putus
Aku mohon kepadaMu kerelaan setelah ada ketetapan, sejuknya kehidupan setelah mati
Nikmat saat melihatMu dan rasa rindu untuk bertemu denganMu
Tidak dalam kesulitan yang menyengsarakan
Tidak pula dalam fitnah yang menyesatkan


Ya ALLAH,
Hiasilah kami dengan hiasan keimanan
Dan jadikanlah kami sebagai pemberi petunjuk bagi orang-orang yang mendapat petunjuk
Amiin.


(HR. An-Nasa’i, Imam Ahmad, Ibnu Hibban)

Friday, March 4, 2011

Senjata Mukmin...

Kali pertama Bumi ini diciptakan,katanya Bumi ini selalu bergoyang,bergoncang dan tidak berputar dengan stabil malah tidak berputar pada paksinya.Perkara ini merunsingkan para malaikatlalu para malaikat menghadap Allah Subhanahu wa Ta'ala..

    "Wahai Rabb yang Maha Mengetahui,mengapa Bumi ini bergoyang?"
Tanya para malaikat.
   
   "Kerana belum dipaku".Jawab Allah singkat.

   "Lalu bagaimana Engkau memaku Bumi wahai Rabb?"Tanya para malaikat lagi....

  "Aku akan menciptakan gunung-ganang."Jawab Allah..

   Setelah itu,Allah terus menciptakan gunung-ganang di berbagai belahan Bumi.Apa yang terjadi adalah sememangnya benar setelah diciptakan gunung-ganang,Bumi pun diam kemudian berputar sesuai paksinya.Maka kemudian gunung-ganang pun dikenali sebagai paku Bumi yang diciptakan Allah SWT.

  Paku merupakan benda keras yang terbuat daripada besi.Setelah Allah menciptakan paku Bumi,para malaikat bertanya lagi.

   "Ya Rabb,adakah yang lebih kuat daripada paku?"

  "Ada!"Allah menjawab."Iaitu api,yang dengan panasnya dapat meleburkan besi."

    "Adakah yang lebih kuat selain api,ya Rabb?"Tanya malaikat lagi.

  "Ada!Yakni air yang dapat memadamkan api."Jawab Allah lagi.

  "Jadi ya Rabb,adakah yang lebih kuat lagi selain air?"Sambung malaikat.

  "Ada!Iaitu angin,yang kerananya dapat membawa air ke mana pun ia menghembus."Jawab Allah lagi.

  Tapi ya Rabb,adakah yang lebih kuat daripada semua itu(gunung,api,air,angin)?"Malaikat bertanya lagi.

  "Ada!Iaitu nafas hambaKu yang berdoa kepadaKu.Kerana sesungguhnya DOA itu mampu mengubah takdirKu."Demikian Allah SWT menjelaskan..

(Hadis Qudsi)

Usai kumembaca muqaddimah sebuah buku ini,hatiku menjadi tenang... kurasakan Allah itu Maha Penyayang...setiap daripada kita tentunya mengharapkan Rahman dan Rahim Allah untuk memperoleh sesuatu kebaikan yang kita hajatkan serta mengelakkan sesuatu keburukan.Sesungguhnya doa itu dipengaruhi oleh kesungguhan dan keikhlasan diri yang melafazkannya.

Teringatku akan sepotong ayat yang mafhumnya bermaksud:

                                     "Berdoalah kepadaKu,nescaya akan Kukabulkan"

Sesungguhnya aku perlu menghisab diriku,apakah doa yang kuungkapkan selama ini doa yang berkualiti?Yang disulami dengan penuh pengharapan atau sekadar perkataan?

Rasulullah SAW pernah bersabda "Doa itu senjata mukmin".

Sesungguhnya para anbia' tidak pernah lekang berdoa,para sahabat tidak pernah jemu dengan doa,para tabiin juga tidak pernah pincang melantunkan doa,para ulama' tidak pernah renggang dengan doa...
Mereka meletakkan kebergantungan yang hakiki terhadap Khaliq,walaupun dugaan perjuangan mereka kelihatan perit di mata duniawi namun tidak sekelumit pun doa mereka tinggalkan.Mereka percaya biar perit di mata duniawi,namun menanti di sana bahagia yang abadi..

Ya,DOA.....
Itulah yang menjadi bekalan perjuangan mereka...
Dan aku jua..
Aku jua akan sentiasa berdoa kerana doa itu sememangnya hadiah yang Allah SWT ciptakan untuk Dia dengar dan Dia tunaikan mengikut hukumNya..
Dan,seandainya kita bertembung dengan apa jua musibah atau bahagia,selayaknya hanya kepadaNyalah kita adukan,harus kita sematkan kepercayaan bahawa Allah itu sentiasa mendengar keluhan kita tanpa mengira siapa kita....

Sabda Rasulullah SAW:"Sesungguhnya Allah SWT mencintai orang-orang yang terus-menerus berdoa"
(Hadis riwayat Al-Auza'i)... 

Tuesday, February 22, 2011

Ten ThiNgS wE WASTE....

1. Our Knowledge: Wasted by not taking action with it ..... more

 
2. Our Actions: Wasted by committing them without sincerity.

3. Our Wealth: Wasted by using on things that will not bring us ajr (reward from Allah). We waste our money, our status, our authority, on things which have no benefit in this life or in akhirah (hereafter).

4. Our Hearts: Wasted because they are empty from the love of Allah, and the feeling of longing to go to Him, and a feeling of peace and contentment. In it's place, our hearts are filled with something or someone
else.

5. Our Bodies: Wasted because we don't use them in ibadah (worship) and service of Allah.

6. Our Love: Our emotional love is misdirected, not towards Allah, but towards something/someone else.

7. Our Time: Wasted, not used properly, to compensate for that which has passed, by doing what is righteous to make up for past deeds.

8. Our Intellect: Wasted on things that are not beneficial, that are detrimental to society and the individual, not in contemplation or reflection.

9. Our Service: Wasted in service of someone who will not bring us closer to Allah, or benefit in dunyaa.

10. Our Zikr (Remembrence of Allah): Wasted, because it does not effect us or our hearts.

From Br. Mukhtar, based on a lesson of Imam Ibn Qayyim al-Jawziyyah

Thursday, February 10, 2011

 Muslimah memang tak guna.....


Saya percaya bahawa apabila anda mula-mula membaca tajuknya, dan membacanya mengikut intonasi yang betul, anda tersangat tidak bersetuju. Sebelum anda mengatakan rasa tidak puas hati itu, eloklah dahulu anda bertenang dan baca dengan teliti semua fakta yang dikemukakan.
Jika ada mana-mana point yang tidak tepat, nyatakankomen anda secara terbuka.

1. Perempuan yang bergelar muslimah itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.

2. Perempuan yang mengakui dirinya beragama islam memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An- Nur.

3. Perempuan yang mengakui dirinya ana muslimah memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.

4. Perempuan yang kuat pegangan islamnya memang tidak guna kata- kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalamayat 24-26 surah Ibrahim.

5. Perempuan muslimah tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri.
Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri?
Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12 surah al-Hujurat.

6. Perempuan yang berpakaian berdasarkan syariat islam memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya (tudung siput babi). Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak- anaknya.

7. Perempuan yang memahami etika dalam islam memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini"Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik" 'Tunduk' di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. "Penyakit dlm hati" adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.

8. Perempuan yang menjaga maruah islam memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti persembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick-non-glossy atau lipbalm sahaja?

9. Perempuan islam tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak 'berharga' dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar, dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik.

10. Jadilah perempuan islam & muslimah yang B E R G U N A
*Renungan buat diriku dan juga para muslimah yang mengimpikan untuk menjadi bidadari syurga buat para
 solihin...Allahuakbar!
 

Template by BloggerCandy.com