Monday, September 10, 2012

Kisah Sedekah yang Makbul

Rasulullah S.A.W bersabda,”Dahulu ada seorang lelaki yang telah bernazar,”Aku akan bersedekah dengan suatu sedekah”.

Kemudian dia keluar dari rumahnya membawa sesuatu dan menyerahkannya ke tangan seorang pencuri.Terlihat akan hal itu,orang-orang di sekelilingnya mencemuh perbuatannya dan berkata dengan sinis,”Malam ini engkau telah bersedekah kepada seorang pencuri”.Namun,lelaki tadi berkata dengan tenang.”Ya Allah,segala puji bagiMu kerana aku mampu bersedekah biarpun kepada seorang pencuri.Aku akan bersedekah lagi dengan sedekah yang lain.


Kemudian,dia keluar dari rumahnya membawa sedekah yang lain,lalu memberikannya kepada seorang pelacur.Sekali lagi orang di sekelilingnya mencemuh.Mereka berkata dengan sinis,”Malam ini engkau bersedekah kepada seorang pelacur.Namun,lelaki itu dengan tenang berkata”Ya Allah,segala puji bagiMu kerana aku boleh bersedekah walaupun kepada seorang pelacur.Aku akan bersedekah lagi dengan sedekah yang lain.


Setelah itu,dia keluar dari rumahnya membawa sedekahnya dan menyerahkan ke tangan seorang yang kaya.Orang-orang di sekelilingnya mencemuh dan berkata”Malam ini engkau bersedekah kepada seorang yang kaya”.Lelaki itu menjawab dengan tenang,”segala puji bagiMu  Ya Allah kerana aku boleh bersedekah kepada seorang pencuri,pelacur dan seorang yang kaya”.


Pada malam harinya lelaki itu bermimpi mendengar suara yang mengatakan”Adapun sedekahmu itu kepada si pencuri,mudah-mudahan dengan sedekahmu itu akan menjauhkannya daripada perbuatan mencuri.Manakala sedekahmu kepada pelacur,mudah-mudahan sedekahmu itu akan menjauhkan dirinya daripada zina.Begitu juga dengan sedekahmu kepada orang kaya mudah-mudahan orang itu mendapat pengajaran daripada sedekahmu sehingga dia mahu menafkahkan harta yang dianugerahkan Allah kepadanya untuk orang lain.


                                                                                                     (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Manusia itu kadangkala lebih takutkan pandangan manusia lain berbanding pandangan Allah terhadapnya.Sehingga kadang-kadang niat untuk melakukan amal soleh terpesong daripada landasan sebenar.



Ayuh,perbetulkan niat!!Moga setiap amal soleh kita diterima Allah.




Wednesday, August 29, 2012

Majlis Khitbah

Bismillah,
Tanggal 21/8/2012..
termeterainya satu ikatan..satu ikatan yang menghalang daripada seorang wanita dilamar oleh mana2 pihak setelah itu.. =)



"Nabi saw. melarang sebagian di antara kamu menjual di atas jualan sebagai yang lain, dan tidak boleh (pula) seorang laki-laki melamar perempuan yang sudah dipinang saudaranya, sampai sang peminang memutuskannya terlebih dahulu atau sang peminang mengizinkannya (melamar bekas tunangannya).”

Khitbah @ pertunangan..siapakah??? [please read through this entry..you'll get the answer =) ]

My 1st photostory entry..



sepupu-sepupuku yang comel =)


sebelah perempuan  =)


menanti kehadiran rombongan lelaki =)


alhamdulillah..sampai juga


jemput masuk ye =)


wajah-wajah gembira >>beloved tok (tudung oren)

moderator : abah
p/s : tiada berbalas pantun di sini ya =)


tetamu istimewa,from Japan >>Mr. Tushi & Madam Riko
Tengah makan laksa..saya tanya : "How is it?sedap ke?"
Mereka jawab : Sedaap..[sambil thumbs up ]
[mereka berbahasa Arab,Inggeris dan Jerman dan MELAYU =) ]
sebelum tu auntie Riko makan sayur rebung kat dapur,sambil tengok kecohnya dapur waktu mak cik-mak cik tengah masak..habis semangkuk sayur rebung.. =)
then,makan nasi ayam masak merah dengan acar sekali..saya suruh tambah,
mereka kata : "No,thanks..full already [sambil tunjuk perut ] =.='


Uncle Tushi dengan DSLR nya


auntie Riko tengah dengar dua keluarga berbincang
kena translate la jawabnya =)

ayu lagi bersopan santun..=)
berminat dengan adat Melayu

lupa..lagi seorang tetamu istimewa
tak sempat berkenalan lanjut
dari Iraq katanya..
alhamdulillah,tetamu datang membawa berkat =)

dari pihak lelaki =)


“Wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya; kerana keturunannya; kerana kecantikannya; kerana agamanya. Pilihlah olehmu wanita yang beragama nescaya kamu berbahagia”. [HR Bukhari dan Muslim]


oh ya :-)

tuan empunya diri yang dikhitbah

Selamat Memburu Cinta High Class ya maksu =)

Moga ikatan ini menjadi wasilah untuk taqarrub ilaLLAH,insyaAllah =)



Ada sahabat terkejut,mesej saya..ingatkan saya yang dikhitbah..hehe..masih islah diri,moga Allah izin dapat yang muslih juga [ok,tak nak fikir panjang>>belum sampai masa walaupun ramai saudara mara dah mengusik masa hari khitbah mak su]

hanya doa mampu buat kutitipkan buat bakal Pemilik Cintaku setelah Allah dan Rasul
"Aku menyerahkan hati ini buat Allah,moga Allah menyerahkanku kepada mereka yang meletakkan hati kepada Dia jua"
=)
[ok,tarik nafas,hembus..nak pi blajar dah esok lusa ni..betulkan niat wahai diri..Allah,jagalah diri ini  T.T ]


Wednesday, August 15, 2012

Saat Ujian Mendatang

Bismillahirrahmanirrahim,segala puji-pujian selayaknya hanya buatMu Ya Allah..

Tukar template blog dengan background music..semangat baru =)

Alhamdulillah,diberi kesempatan menulis lagi biarpun sedikit terhalang beberapa minggu ini.Cemburu melihat sahabat-sahabat blogger lain mampu istiqamah dalam penulisan mereka.Tak pernah henti menyampaikan da'wah.Tahniah sahabat-sahabat!!Biar tak ada orang like post entry blog kita kat facebook,asalkan Allah 'like' amal kita nak sampaikan da'wah.Kann?? =)

Bismillah,


Saat duduk sejenak muhasabah,rasanya diri kena dengan tajuk entry kali ni.Allah had choosed me and my family to face some obstacles and difficulties for this 3 months.Kena belajar untuk sentiasa berlapang dada dengan apa jua yang Allah dah tetapkan buat diri ini kalau nak jadi mu'minah yang "magic".<monolog>


Ajaibnya perihal seorang mukmin itu. Sesungguhnya semua urusannya baik-baik belaka. Dan tiadalah memiliki ciri yang seperti ini melainkan hanya kepada seorang yang mukmin. Sekiranya dia diuji dengan kesenangan, lalu dia bersyukur. Maka syukur itu adalah yang terbaik baginya. Sekiranya dia diuji dengan kesusahan, lalu dia bersabar. Maka sabar itu adalah yang terbaik baginya. 

[Riwayat Muslim] 

See!!Magic kan ??


Sebenarnya hakikat kehidupan tu tak pernah sunyi daripada ujian dan air mata.Setiap manusia ada ujian yang berbeza baginya,malah berbeza juga cara setiap orang memandang ujian tersebut.Yup,itulah warna kehidupan.Bukan setiap masa diri diuji dengan kepayahan.Bukan juga setiap masa juga diri diuji dengan kesenangan.Datangnya silih berganti.Malah,kadang-kadang tak sedar bahawa diri sedang diuji.Saat diri diuji,ada yang tertanya-tanya,mengapa harus diri ini yang menghadapinya.Ketika orang lain senang,bahagia,kaya sebaliknya kita berdukacita,.Ketika orang lain bergelak ketawa,kita pula berlinangan air mata.


Namun,beruntunglah bagi mereka yang BERLAPANG DADA DAN BERSABAR atas ujian yang diberiNya.Mereka yang yakin bahawa setiap ujian yang mendatang adalah tanda cintanya Allah buat hambaNya.Beruntung juga bagi mereka yang sedar bahawa bila datangnya ujian,itu tandanya Allah nak bagi 'reward' pada dirinya.Itulah janji Allah.Sesungguhnya Dia tak pernah 'test' hambaNya dengan sia-sia.Sama ada ujian itu berbentuk kesusahan mahupun kesenangan,Allah lebih mengetahui kenapa kita diuji.Matlamatnya??Agar Allah tahu siapa dalam kalangan hambaNya 'yang the best among the best amalannya'. =)


"Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup bagimu untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Ia Maha Kuasa,lagi Maha Pengampun"

(Al-Mulk : 2)

Kalau perhati balik,Allah tak sebut siapa mu'min yang paling banyak amalannya,tapi Allah sebut siapa mu'min yang paling BAIK amalannya.


Bila bercakap pasal mu'min,Allah dah "remind" awal2 lagi :


“Adakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : “kami telah beriman,”sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji (mencabar) orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang dusta”. (Al-Ankabut : 2&3)

Ujian itu sebenarnya indicator@penanda aras tahap keimanan kita terhadap Allah.Jadi,macam mana nak "maintain"@ tambah iman kepada Allah??

Jawapan pertama,SABAR. =)

Orang cakap,"Awak boleh la cakap sabar,bukan awak yang hadapi masalah ni,saya yang tanggung.Saya.Awak tak faham!!"

By the way,jawapan SABAR di atas tu bukanlah keluar daripada mulut saya.Tapi itulah solusi yang Allah bagi saat menghadapi jerih perih dalan kehidupan.
 Tak percaya??Ok,jom check balik ni..

"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan solat,kerana sesungguhnya Allah menyertai orang-orang yang sabar". (Al-Baqarah :153)



                                                          "sabar ye encik,nak bawak anak2 
                                                            melintas jap..hehe"


Malah,Allah sendiri puji perkataan sabar tu :
"Sesungguhnya sabar itu cantik."

Ujian kita tak sehebat Rasulullah masa nak sebarkan da'wah kan??Tak pulak kita dibaling batu,dijerut leher,dipulaukan masyarakat macam mana yang Rasulullah tanggung dulu. =)

Sebab tu telah disusun Rasul-rasul Ulul Azmi,iaitu rasul-rasul yang paling banyak diuji Allah.Dan yang paling tinggi martabatnya adalah Rasulullah sendiri.
"NIMIM">>Nuh,Isa,Musa,Ibrahim,Muhammad.

Jadi,kalau nak banding dengan Rasulullah,ujian kita "ciput"[kecik] ja.

Jawapan kedua,SOLAT.


PENAWAR PALING MUJARAB BILA TAKUT, RISAU, SEDIH…
SOLAT! SOLAT! SOLAT!

Jika kamu diserang rasa takut, atau kamu diliputi perasaan sedih dan rasa gelisah menguasai perasaanmu, maka bangkitlah segera menuju solat, nescaya rohmu akan kembali padamu dan jiwamu menjadi tenang. Sesungguhnya solat menjadi penanggung atas izin Allah SWT untuk menghilangkan kesedihan yang berpanjangan dan kesusahan serta mengusir benih-benih kepedihan.

(Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni)>>Penulis "La Tahzan"




                                                                                   =)


Saat kita menyungkur sujud kepada Allah,maka itulah saat kita paling hampir denganNya.Maka mohonlah kekuatan dan ketabahan jiwa daripada "Pemilik Hati Kita" untuk terus teguh berdiri saat orang lain jatuh,untuk terus melangkah saat orang lain terduduk resah.


Anggaplah segala ujian yang Allah bagi ni sebagai "cubit-cubit sayang" Allah pada kita.Kenapa saya cakap  macam tu??


"Sesungguhnya jika Allah mencintai seseorang hamba maka dia tenggelamkan hamba itu dengan ujian dan cubaan, Ingatlah sekiranya sesorang itu tidak pernah mengalami ujian dan cubaan maka ia jauh dari kasih sayang Allah"


Jadi,Saat Ujian Mendatang,siapkanlah dua jenis "ubat S" ini.Iaitu SABAR dan SOLAT. =)


Ketika hati bersedih kita perlu untuk memilih..

Pilihlah untuk senyum, walaupun kita memiliki sebab untuk muram..
Pilihlah untuk bangkit walaupn kita telah jatuh dan malu..
Pilihlah untuk sabar dan redha walaupun kita ada alasan untuk kecewa..
Kerana ingatlah.. ALLAH sentiasa bersama orang yang bersabar."

Salam Mujahadah!! =)


::..andaiiniramadhanterakhirku..::

Friday, August 3, 2012

Penerbangan Ke Negeri Abadi


Perhatian kepada penumpang,sila bersedia untuk penerbangan ini..

  • Di mana maklumat tentangnya tidak terdapat dlm brosur penerbangan,tetapi dalam Al-Quran dan As- Sunnah,
  • Di mana penerbangannya bukan lagi Malaysia Airlines atau Air Asia,tetapi AL-JANAZAH, 
  • Di mana bekalannya bukan lagi seberat 50 kg,tetapi PAHALA atau DOSA,
  • Di mana bajunya bukan lagi Pierre Cardin atau B.U.M tetapi kain putih 'COTTON',
  • Di mana pewanginya bukan lagi Channel atau Paris Hilton,tetapi AIR MAWAR dan CENDANA,
  • Di mana pasport kita bukan lagi Malaysia atau Arab Saudi,tetapi AL-ISLAM,
  • Di mana peramugari dan peramugaranya bukan yang cantik jelita,atau gagah dan tampan,tetapi IZRAIL,
  • Di mana layanannya bukan first class,economy atau bussiness,tetapi sekadar KAIN YANG DIWANGIKAN,
  • Di mana destinasi mendaratnya bukan lagi KLIA,Jeddah International Airport atau Heathrow Airport, tetapi TANAH PERKUBURAN,
  • Di mana imigresennya bukanlah Kastam DiRaja Malaysia,tetapi MUNKAR dan NAKIR yang akan memeriksa kita untuk ke destinasi berikutnya,tetapi bukanlah Disneyland,Paris atau London,sebaliknya SYURGA atau NERAKA..
Berita Baik!!

1. Penerbangan ini adalah PERCUMA,jadi simpanlah simpanan anda.

2. Jangan risaukan 'delays' kerana penerbangan ini TIDAK TERCEPAT dan TIDAK
    TERLAMBAT.
3. Jangan risau siapa di sebelah anda,kerana andalah SATU-SATUNYA penumpang
    penerbangan ini.

Adakah kita sudah bersedia untuk menaiki 'penerbangan ini????

Thursday, July 5, 2012

Aku Bukan Bidadari

Bismillahirrahmanirrahim...

56. “Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin.” 

58. “Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan.” 

70. “Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik- baik lagi cantik-cantik.” 

72. “(Bidadari-bidadari) yang jeli, putih bersih, dipingit dalam rumah.” 

74. “Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin.” 

Allahu Allah...sentap!!

Bacaan surah Ar-Rahman ku terhenti.Resah!! 

Allah,hambaMu ini punya rasa.Rasa yang fitrah buat setiap insan.HambaMu ini cemburu ya Ilahi.Hamba tak mampu menjadi secantik bidadari-bidadari yang telah Kau ciptakan buat mujahid-mujahid pejuang agamaMu.

Sungguh Ya Allah,andai dibanding kecantikan bidadari itu dengan diri kerdil ini,tiadalah sekelumit  pun keistimewaan hamba.Ya Ilahi,hamba cemburu!!

Tatkala perasaan itu menggelodak di jiwa,setitis demi setitis air mata ini jatuh ke bumi.Mengenangkan dek kecilnya diri ini.Tidak mampu menjadi bidadari-bidadari bermata jeli itu.Allahu Allah..

Namun,Maha PengasihMu ya Allah.Dalam kedukaanku itu,Kau hadirkan sabda dari KekasihMu.Usai membacanya,diri ini mampu mengukir senyum.

Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah…tasbih dan tahmid selayaknya hanya bagiMu.




Bicara antara Ummu Salamah dengan Baginda Nabi umpama siraman embunan dingin buat jiwa yang tandus ini.Allahu Rabbi,Maha Pengasihnya Engkau terhadap hambaMu.



Daripada Ummu Salamah katanya :

Aku bertanya, "Ya Rasulullah, manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari bermata jeli?

Baginda menjawab, "Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari seperti kelebihan apa yang nampak dari apa yang tidak terlihat."

Aku bertanya, "Mengapa wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari ya Habiballah?"

Baginda menjawab, "Kerana SOLAT mereka, PUASA dan IBADAH mereka kepada Allah. Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuningan, sanggulnya mutiara dan sisirnya terbuat dari emas."

Mereka berkata : "Kami hidup abadi dan tidak mati. Kami lemah lembut dan tidak jahat sama sekali. Kami selalu mendampingi dan tidak beranjak sama sekali. Kami reda dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya."

(Hadis Riwayat ath-Tabrani)

Subhanallah..tingginya darjat seorang wanita solehah!Amalannya mampu menandingi bidadari di syurga. 

Justeru,bagaimanakah persisnya insan yang bergelar wanita solehah itu??

Bismillah,moga bermanfaat...

  • Wanita solehah itu, cintanya terhadap  Allah dan Rasul-Nya melebihi cinta kepada dirinya sendiri dan manusia seluruhnya.
  • Wanita solehah itu bukanlah wanita yang suka berhibur dan berhias diri hingga menimbulkan fitnah dunia.
  • Wanita solehah itu tidak akan bermusafir melainkan bersama mahramnya .Andai dia  dalam keadaan terpaksa dia akan berhati-hati menjaga keselamatan diri.
  • Wanita solehah itu sentiasa mendekatkan diri dengan kebenaran, kebajikan dan takwa serta meletakkan dirinya jauh daripada maksiat kepada Allah S.W.T.
  • Wanita solehah itu sentiasa berinfaq di jalan Allah,tatkala dalam kesusahan atau kesenangan.
  • Wanita solehah itu sentiasa 'birrul walidain' (berbuat baik kepada kedua ibu bapanya), saudara-mara dan kaum kerabatnya.Dia benci sekali  memutuskan silaturahim
  • Wanita solehah itu sentiasa menjaga solatnya, puasanya,serta mentaati suaminya dan menjaga maruah diri.
  • Wanita solehah itu sentiasa menjaga hablumminannasnya(hubungan baik dengan masyarakat sekeliling).
  • Wanita solehah itu tidak dipandang  dari bentuk tubuhnya yang menawan, tetapi dari sejauh mana dia menutupi  tubuhnya  itu.
  • Wanita solehah bukanlah dilihat dari sebesar mana kebaikan yang dilakukannya , tetapi dari keikhlasan di saat dia melaksanakan segala kebaikan itu.
  • Wanita solehah itu bukanlah dihitung dari gemersiknya lantunan suara , tetapi dari apa yang sering lisannya bicarakan.Berkata benar,menjauhi mengumpat,tidak mengadu domba dan mengeluarkan kata-kata kesat.
  • Wanita solehah itu tidak dipandang dari kefasihannya berbahasa dan berpidato, tetapi dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah untuk menegakkan kebenaran.
  • Wanita solehah bukan dilihat dari keberaniannya dalam berfesyen,tetapi dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. 
  • Wanita solehah tidak dinilai dari kerisauan digoda orang di tepi jalanan,tetapi dari kerisauan dirinyalah yang mengundang orang tergoda.
  • Wanita solehah bukanlah dihitung dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang dihadapi,tetapi dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh redha dan sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.
  •  Wanita solehah tidak dipandang dari mesranya dalam pergaulan,tetapi dari sejauh mana ia mampu menjaga batas  dirinya dalam bergaul dan sentiasa menjauhkan dirinya daripada fitnah.




Sahabat yang dimuliakan,

Wanita solehah itu berhati lembut, menyenangkan dan menyejukkan bila dipandang mata serta menenteramkan hati setiap pemiliknya. Dialah wanita solehah yang menjaga kesucian dirinya. Allah telah menetapkan beberapa wanita mulia sebagai penghuni surga dan penghulu (pemimpin) para bidadari.


Ingatlah wahai lelaki mukmin! Orang yang terbaik dikalangan kalian adalah orang yang berbuat baik kepada isterinya (wanita solehah) dan memuliakan kaum wanita. Nabi S.A.W mengatakan orang lelaki yang menghina wanita adalah orang yang tidak tahu budi.


Begitulah Islam memuliakan wanita solehah bukan saja dia adalah bidadari di dunia tetapi dia juga akan menjadi ketua bidadari di syurga.

SUBHANALLAH!! =)

Ayuh!!Mensolehahkan diri bukan semata mencari yang soleh..tetapi kerana Redha Ilahi..andai redha Ilahi sudah dimiliki..Allah akan temukan kita dengan yang Dia redhai.. =)

Monday, June 25, 2012

ThE PoWeR Of BISMILLAH =)

Izyan menutup buku tebal Biochemistry yang ditelaahnya semenjak tadi.Pintu bilik dikuakSahabatnya,Khaulah baru pulang daripada kuliah.Saat Khaulah hendak merebahkan badannya dikatil ”Bismillah..”.


Izyan berpaling.”Khaulah,boleh saya tanya sesuatu?”


“Erm,apa dia Izyan?Kalau saya boleh jawab insyaALLAH saya jawab”.Balas Khaulah penuh merendah diri.”Err,saya perasan  setiap kali awak nak buat sesuatu,mesti awak sebut Bismillah.Kenapa ya?Bagus.Saya pun teringin nak ikut tapi nanti mesti orang cakap saya ni nak tunjuk alim”.Luah Izyan.


Khaulah senyum mendengar kata-kata sahabatnya.”Alhamdulillah,segala puji selayaknya bagiNya.Izyan,awak suka tak kalau setiap kali awak buat sesuatu,ada orang bagi hadiah kat awak?”.


“Eh,mesti la suka.Banyak la hadiah saya nanti kalau macam tu.Heheh”Balas Izyan.


“Ok,kalau macam tu cuba awak fikirkan pula dari segi amalan seharian kita.Kalau kita buat sesuatu kerana Allah,macam mana?”Soalan Izyan semenjak tadi cuba dijawab kembali oleh Khaulah dengan soalan.


“Mesti la dapat pahala!!Oh..saya dah faham,awak baca Bismillah sebab nak dapat pahala la ye??Ok,ok..saya dah faham..”


“Erk,nanti dulu Izyan..bukan macam tu.Ya,betul,kalau kita buat sesuatu kerana Allah kita akan dapat pahala.Tapi tu bukan matlamat kita yang utama.Biar saya terangkan.Kita baca Bismillah sebab  tak nak niat  kita nak buat sesuatu amal tu terpesong.Contohnya,kalau kita nak pakai baju.Biarlah kita pakai baju dengan Bismillah.Pakai baju untuk menutup aurat kerana Allah supaya Allah redha.Bukan pakai baju sebab nak orang puji baju kita cantik.Segalanya akan jadi indah kalau kita buat sesuatu tu kerana Allah.Hati pun akan sentiasa tenang”.


Izyan yang mendengar sejak tadi bersuara.”Subhanallah,indahnya Bismillah.Tapi Khaulah,ape maksud awak  hati boleh jadi tenang dengan Bismillah?”


“Izyan,kalau Izyan post tazkirah,atau apa-apa peringatan kat dalam Twitter ke,Facebook ke..tapi,tak de orang like,tak de orang komen apa pun..ape perasaan awak??


Izyan sudah mula menangkap maksud soalan sahabatnya.Dia terdiam sejenak. ”Astaghfirullah,Khaulah..saya..”


Belum sempat Izyan menghabiskan kata-katanya,Khaulah menyambung.”Izyan,kalau orang yang post tu betul-betul niat nak memberi peringatan kerana Allah,dia tak akan kisah kalau tak de orang like atau komen kat pos dia.Yang penting,dia dah sampaikan peringatan kepada orang sekeliling.Macam dalam surah Az-Dzariyaat ayat 55,”Dan berilah perngatan.Sesungguhnya peringatan itu bermanfaat kepada orang-orang beriman.Kalau kita buat sesuatu semata-mata hanya kerana Allah kita tak akan ambil kisah pandangan orang terhadap kita.Hati pun akan tenteram sebab kita yakin,kalau orang tak ‘like’ post kita,ada Allah yang ‘like’ amal kita.Kan??


“Lagi satu,dengan Bismillah juga kita dapat jauh daripada maksiat.Izyan,sebelum ni saya bersekolah di sekolah yang pelajarnya semua perempuan.Dalam keluarga juga adik-beradik saya semuanya perempuan.Saya akan berasa janggal setiap kali nak berkomunikasi dengan muslimin.Tapi,dalam organisasi,saya tak dapat elak daripada berhubung dengan mereka.Jadi,saya didik diri saya setiap kali nak berhubung dengan mereka,saya akan mulakan dengan Bismillah.Saya tak mahu syaitan menjadikan perasaan indah saat berinteraksi dengan mereka.Saya usahakan agar dengan Bismillah yang saya lafazkan,saya kuat untuk mujahadah melawan nafsu dan bisikan syaitan yang akan melalaikan saya.InsyaAllah.Bismillah,bermaksud Dengan Nama Allah.Jadi kita buat apa-apa pun,semuanya kerana Allah”.Panjang lebar penerangan Khaulah,namun tidak sedikit pun menjemukan Izyan yang menadah telinga mendengar.


Tiba-tiba,Izyan memeluk Khaulah.Erat.”Subhanallah!!Khaulah,saya bersyukur Allah pertemukan saya dengan awak.Moga awak dapat tarbiyah diri saya yang kerdil ni.


“Izyan,bukan saya yang mentarbiyah diri awak.Tapi Allah.Setiap apa yang ditentukanNya pasti ada hikmah dan ibrahnya.InsyaAllah.Yakinlah dengan Allah.Doakan moga kita sentiasa berada dalam RedhaNya”.


“InsyaAllah Khaulah.Saya nak istiqamah dengan Bismillah lepas ni.Bismillah kerana Allah”.


“Alhamdulillah Ya Allah.Aku mohon Engkau jauhkan aku dari sifat riak.Moga Bismillahku ini menjadi qudwah”monolog hati kecil Khaulah.


“ Suatu ketika Abu Hurairah r.a. salah seorang sahabat nabi yang terkenal, bertemu dengan syaitan penggoda orang mukmin dan syaitan penggoda orang kafir. Syaitan penggoda orang kafir itu gemuk, segar,kemas dan memakai baju yang elok. Sedangkan syaitan penggoda orang mukmin kurus kering,kusut dan telanjang. Syaitan gemuk itu bertanya kepada syaitan penggoda orang mukmin yang kurus: “Kenapa keadaanmu menyedihkan, kau kurus kering, kusut dan telanjang?”

Syaitan gemuk dengan bangga menyahut:  “Kalau begitu aku beruntung. Aku bersama orang kafir yang tidak pernah menyebut nama ALLAH. Pada waktu makan ia tidak menyebut nama ALLAH sehingga aku boleh makan bersamanya sampai puas. Ketika minum dia juga tidak menyebut nama ALLAH sehingga aku boleh ikut minum. Ketika memakai minyak wangi, ia tidak menyebut nama ALLAH sehingga aku ikut memakai minyak wanginya. Dan ketika memakai pakaian ia tidak menyebut nama ALLAH sehingga aku ikut memakai pakaiannya”. 



(Mukhtasar Sahih Bukhari)




Allahu Rabbi..izinkanku ikhlas dalam setiap langkah dan hela nafasku.Sesungguhnya Engkau mengetahui setiap apa yang terpendam dalam hati hambaMu.


"He's the One that knows you best"
"He knows whats in your heart"
(Irfan Makki ft Maher Zain>I believe)

Friday, June 8, 2012

Cinta..Rindu..Boleh caya ke??


Kau Kata Cinta,tapi…
Kau kata cintakan  Allah..tapi perintah dan laranganNya tak kau ambil endah..
Kau kata cintakan Allah..tapi KalamNya langsung kau tak kisah..
Kau kata cintakan Allah..tapi ujianNya kau kau terima dengan  hati gundah..
Kau kata cintakan Allah..tapi sedikit cuma kau lafazkan zikrullah..
Kau kata cintakan Allah..tapi dalam jiwamu masih ada karat-karat jahiliyah..
Kau kata cintakan Allah..tapi CINTA makhluk yang membuatmu terasa indah..
Lalu,benarkah cintamu itu??



Kau Kata Rindu,namun..
Kau kata kau rindu Rasulullah..namun amat payah kau amalkan sunnah..
Kau kata kau rindu Rasulullah..namun artis juga yang kau jadikan qudwah..
Kau kata kau rindu Rasulullah..namun tak pernah kau ambil tahu sirah..
Kau kata kau rindu Rasulullah..namun tak kau tiru akhlaqnya yang indah..
Kau kata kau rindu Rasulullah..namun selawat nak meniti di bibir pun susah..
Justeru,di mana letaknya rindu itu??


Astaghfirullah,sehari-hari saya mengaku Cinta Allah,Rindu Rasulullah... sungguhkah??
Benarkah  cinta dan rindu itu lahir dari lubuk hati yang paling dalam?? Ikhlaskah saya?
**you’ll find the answer by looking into yourself wahai diri..<muhasabah + koreksi diri>

Teringat syair Al-Warraq :

::: Kamu derhaka Tuhan sedang kamu katakan cintakanNya :::
Ini,aku bersumpah,perbandingannya satu perkara besar,
Jika kasihmu itu benar,
Kamu akan taatkanNya,
…::: Seorang kekasih akan taat kepada orang yang dikasihinya  :::…

Wahai diri...Ayuh!!Bangkit dari kealpaanmu!!Refresh Mahabbatullah dan Mahabbaturrasul..Moga diri sentiasa dalam RedhaNya..moga diri dicintaiNya,dirindui KekasihNya..biarpun kausedar..hakikat bahawa payahnya meraih hal tersebut..ya,payah dek mujahadah yang harus kau harungi..namun,JanjiNya dalam As-Saff kau genggam erat...


AYAT 10:

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ هَلۡ أَدُلُّكُمۡ عَلَىٰ تِجَـٰرَةٍ۬ تُنجِيكُم مِّنۡ عَذَابٍ أَلِيمٍ۬
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?

AYAT 11:

تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَتُجَـٰهِدُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ بِأَمۡوَٲلِكُمۡ وَأَنفُسِكُمۡ‌ۚ ذَٲلِكُمۡ خَيۡرٌ۬ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ
Maksudnya: Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).




Bismillahirrahmanirrahim,
Ya Rabb,sesungguhnya Engkaulah pemilik hati bagi jiwa ini,KAU pimpinlah jiwa ini mendekatiMu..agar hati ini sentiasa merinduiMu,mengingatiMu,meratib asma'Mu..
Bukan merindu yang tidak halal bagiku,bukan mengingati yang belum tentu menjadi milikku,bukan menyebut nama yang masih belum pantas bertakhta di hatiku..wahai Pemilikku,janganlah sedetik pun Kau berpaling dariku,kerana kusentiasa dahagakan Rahmat dan BarakahMu dalam landasan mujahadahku ini...aku mohon Duhai Yang Memegang Hatiku,kuatkan mujahadah hati ini..agar dapat kubajai suburnya cintaku kepadaMu.. sebagaimana cintanya Serikandi Rabia'h Adawiyah terhadapMu..
Amin ya Ilahi..

 

Template by BloggerCandy.com