Wednesday, September 19, 2012

Cukup Allah Bagiku

Kekuatan hati dan jiwa itu datangnya dari Allah.Tika hati dan jiwa ini sudah tidak berdaya untuk mengorak langkah maka mohonlah  keteguhan dariNya.
Hanya Dia.Dialah yang mampu menenangkan jiwa yang resah,Dialah juga yang mampu melapangkan dada yang gundah.Biar zahirnya dirimu keseorangan dalam perjuangan ini,namun masih ada Allah yang sudi menemani diri.Di mana Dia??

Di dalam hati.Maka kuatkanlah imanmu wahai diri.Ada kala tangisan mampu melemahkan. Namun,ada tika tangisan itu jualah yang menguatkan.Menangislah pada Dia yang Maha Mendengar.Merintihlah pada Dia yang Maha Pengasih.Di situ kau kan temui kekuatannya.


Usai kau merintih,maka binalah azam baru.Bangunkan tekad yang satu.Hanya Allah matlamat hidupmu.Maka saat itu,seluruh nafasmu,kehidupanmu hanyalah demi Allah.Demi Islam.Biarpun keperitan dan kepedihan yang akan kau tempuh,itulah sunnah perjuangan.Biar tiada lagi masjid yang gah berdiri,malah tidak kedengaran lagi laungan azan,tiada lagi solat berjemaah,usrah,sahabat perjuangan yang sefikrah,ikhwah-ihkhwah yang thiqah,dirimu tidak boleh rebah.


Kerana saat engkau mengangkat tangan berikrar menjadi ‘amilin harakah Islami,itu juga bererti bahawa dirimu sudah menyediakan sepenuh jiwa dan raga buat Islam.Memang jalan perjuangan itu penuh dengan onak duri dan ranjau ujian yang memeritkan.Sebenarnya,itulah jua yang telah ditempuhi oleh Rasulmu suatu ketika dahulu.


Maka,kini tiba pula giliranmu memikul amanah itu.Meneruskan wasilah menyebarkan Panji Islami.Wahai diri.Usah Futur!!!Bangkit!!Teruskan langkahmu.Andai kau jatuh,kembalilah bangun.Demi Islam.Demi Allah.Demi Rasulmu.Kau tidak keseorangan.Ada Allah di sisimu.


ALLAHUAKBAR!!!!


“AKU ADALAH ANAK PANAH-ANAK PANAH ISLAM.LEMPARKANLAH AKU KE MANA SAHAJA KAMU MAHU.AKU TETAP BERJUANG DEMI ISLAM”


Wednesday, September 12, 2012

Ukhti??Akhi??

Bismillah,

"Ukhti,akhi@ukht,akh.."


sesetengah orang agak pelik dengan panggilan sebegitu..tapi sebenarnya ada yang istimewa dengan kalimah tersebut..=)


"Akh tu apa?Apa kebendanya tu...? Sejenis tumbuh-tumbuhan berakar serabut ke...?"


"Hahaha..Akh tu maksudnya saudara, lebih kurang. Kalau ustaz panggil akhi, maksudnya dia cakap 'saudara' la tu. Ala, lebih kurang dude, beb dengan mat la jugak..."


"Tapi akh nie, istimewa, tak seperti panggilan yang lain. Apabila dipanggil akh, ia selalunya disertai dengan perasaan hormat. Sebab persaudaraan Islam tu berlandaskan aqidah, kerana Allah. Jadi status akh tu lebih best la daripada yang lain... Dan akh tu untuk seorang. Kalau ramai, dipanggil ikhwah."


<credit to http://angelwearsgucci.blogspot.com/2008/12/akhi-bahagian-ketiga.html >


3 Syarat untuk merasakan "sweetness of iman" :

~> Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selainnya
~> 
Berkasih sayang(berukhuwwah) kerana Allah;
~> Benci untuk kembali kepada kekufuran
  

Ayuh!!Buru cinta halal yang diredhai..

bila sebut cinta halal,bukanlah hanya berkisar tentang perkahwinan,BM (Baitul Muslim) saja..tapi persahabatan kerana Allah pun halal jugak kan??  = )


Dalam hadis Nabi s.a.w bersabda:
Sesungguhnya dari kalangan hamba-hamba Allah adanya golongan yang mereka bukan para nabi, atau para syahid. Namun para nabi dan para syahid cemburu kepada mereka pada Hari Kiamat disebabkan kedudukan mereka di sisi Allah”.

Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah! Beritahulah kami siapakah mereka?”.


Jawab Nabi: “Mereka itu golongan yang cinta mencintai dengan ruh Allah, tanpa ada hubungan kekeluargaan dan bukan kerana harta yang diidamkan. Demi Allah, sesungguhnya wajah-wajah mereka adalah cahaya, mereka berada atas cahaya. Mereka tidak takut pada saat manusia ketakutan, mereka tidak berdukacita ketika manusia berdukacita”.


Pengaruh agama dalam diri seseorang insan itu ada kaitan dengan nilai sebuah persahabatan.


"Seseorang itu adalah berdasarkan agama sahabatnya.Maka perhatikan seseorang itu,siapakah yang akan menjadi sahabatnya".


Justeru,nilai agamalah yang harus menjadi indikator utama dalam pemilihan sahabat.Bukanlah niat di hati meminggirkan mereka yang kurang penghayatan dan amal Islaminya,namun sahabat yang terpelihara kualiti agamanya bakal menjadi tonggak mujahadah dalam landasan da'wah.


Aku mencari sahabat yang bisa menjadi ubat.Mereka itulah insan yang mengenal akhirat.Kerana nanti aku akan terpikat,bukan dengan maksiat..tetapi jatuh cinta dengan syariat.Aku mencari sahabat yang rajin menuntut ilmu,kerana pastinya syaitan menjadi seteru.Aku mencari sahabat persis Abu Bakar.Sanggup berkorban demi Rasulullah tercinta.


Bersahabat dan berteman kerana Ilahi,manisnya pasti terasa hingga ke alam ukhrawi.





Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa hati-hati ini, telah berhimpun di atas dasar kecintaan terhadapmu, 
bertemu di atas ketaatan kepada-Mu dan bersatu bagi memikul beban dakwah-Mu, 
hati-hati ini telah mengikat persetiaan untuk menolong meninggikan syariat-Mu. 

Oleh itu, Ya Allah, Engkau perkukuhkan ikatannya dan Engkau kekalkan kemesraan hati-hati ini, tunjukilah hati-hati ini akan jalan yang sebenar, 
serta penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap, 
lapangkanlah hati-hati dengan limpahan keimanan serta keindahan tawakkal kepada-Mu, 
hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat (pengenalan yang sebenarnya) tentang-Mu. 

(Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu. 
Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. 
Ya Allah perkenankanlah doa kami..." 

Monday, September 10, 2012

Kisah Sedekah yang Makbul

Rasulullah S.A.W bersabda,”Dahulu ada seorang lelaki yang telah bernazar,”Aku akan bersedekah dengan suatu sedekah”.

Kemudian dia keluar dari rumahnya membawa sesuatu dan menyerahkannya ke tangan seorang pencuri.Terlihat akan hal itu,orang-orang di sekelilingnya mencemuh perbuatannya dan berkata dengan sinis,”Malam ini engkau telah bersedekah kepada seorang pencuri”.Namun,lelaki tadi berkata dengan tenang.”Ya Allah,segala puji bagiMu kerana aku mampu bersedekah biarpun kepada seorang pencuri.Aku akan bersedekah lagi dengan sedekah yang lain.


Kemudian,dia keluar dari rumahnya membawa sedekah yang lain,lalu memberikannya kepada seorang pelacur.Sekali lagi orang di sekelilingnya mencemuh.Mereka berkata dengan sinis,”Malam ini engkau bersedekah kepada seorang pelacur.Namun,lelaki itu dengan tenang berkata”Ya Allah,segala puji bagiMu kerana aku boleh bersedekah walaupun kepada seorang pelacur.Aku akan bersedekah lagi dengan sedekah yang lain.


Setelah itu,dia keluar dari rumahnya membawa sedekahnya dan menyerahkan ke tangan seorang yang kaya.Orang-orang di sekelilingnya mencemuh dan berkata”Malam ini engkau bersedekah kepada seorang yang kaya”.Lelaki itu menjawab dengan tenang,”segala puji bagiMu  Ya Allah kerana aku boleh bersedekah kepada seorang pencuri,pelacur dan seorang yang kaya”.


Pada malam harinya lelaki itu bermimpi mendengar suara yang mengatakan”Adapun sedekahmu itu kepada si pencuri,mudah-mudahan dengan sedekahmu itu akan menjauhkannya daripada perbuatan mencuri.Manakala sedekahmu kepada pelacur,mudah-mudahan sedekahmu itu akan menjauhkan dirinya daripada zina.Begitu juga dengan sedekahmu kepada orang kaya mudah-mudahan orang itu mendapat pengajaran daripada sedekahmu sehingga dia mahu menafkahkan harta yang dianugerahkan Allah kepadanya untuk orang lain.


                                                                                                     (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Manusia itu kadangkala lebih takutkan pandangan manusia lain berbanding pandangan Allah terhadapnya.Sehingga kadang-kadang niat untuk melakukan amal soleh terpesong daripada landasan sebenar.



Ayuh,perbetulkan niat!!Moga setiap amal soleh kita diterima Allah.




Wednesday, August 29, 2012

Majlis Khitbah

Bismillah,
Tanggal 21/8/2012..
termeterainya satu ikatan..satu ikatan yang menghalang daripada seorang wanita dilamar oleh mana2 pihak setelah itu.. =)



"Nabi saw. melarang sebagian di antara kamu menjual di atas jualan sebagai yang lain, dan tidak boleh (pula) seorang laki-laki melamar perempuan yang sudah dipinang saudaranya, sampai sang peminang memutuskannya terlebih dahulu atau sang peminang mengizinkannya (melamar bekas tunangannya).”

Khitbah @ pertunangan..siapakah??? [please read through this entry..you'll get the answer =) ]

My 1st photostory entry..



sepupu-sepupuku yang comel =)


sebelah perempuan  =)


menanti kehadiran rombongan lelaki =)


alhamdulillah..sampai juga


jemput masuk ye =)


wajah-wajah gembira >>beloved tok (tudung oren)

moderator : abah
p/s : tiada berbalas pantun di sini ya =)


tetamu istimewa,from Japan >>Mr. Tushi & Madam Riko
Tengah makan laksa..saya tanya : "How is it?sedap ke?"
Mereka jawab : Sedaap..[sambil thumbs up ]
[mereka berbahasa Arab,Inggeris dan Jerman dan MELAYU =) ]
sebelum tu auntie Riko makan sayur rebung kat dapur,sambil tengok kecohnya dapur waktu mak cik-mak cik tengah masak..habis semangkuk sayur rebung.. =)
then,makan nasi ayam masak merah dengan acar sekali..saya suruh tambah,
mereka kata : "No,thanks..full already [sambil tunjuk perut ] =.='


Uncle Tushi dengan DSLR nya


auntie Riko tengah dengar dua keluarga berbincang
kena translate la jawabnya =)

ayu lagi bersopan santun..=)
berminat dengan adat Melayu

lupa..lagi seorang tetamu istimewa
tak sempat berkenalan lanjut
dari Iraq katanya..
alhamdulillah,tetamu datang membawa berkat =)

dari pihak lelaki =)


“Wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya; kerana keturunannya; kerana kecantikannya; kerana agamanya. Pilihlah olehmu wanita yang beragama nescaya kamu berbahagia”. [HR Bukhari dan Muslim]


oh ya :-)

tuan empunya diri yang dikhitbah

Selamat Memburu Cinta High Class ya maksu =)

Moga ikatan ini menjadi wasilah untuk taqarrub ilaLLAH,insyaAllah =)



Ada sahabat terkejut,mesej saya..ingatkan saya yang dikhitbah..hehe..masih islah diri,moga Allah izin dapat yang muslih juga [ok,tak nak fikir panjang>>belum sampai masa walaupun ramai saudara mara dah mengusik masa hari khitbah mak su]

hanya doa mampu buat kutitipkan buat bakal Pemilik Cintaku setelah Allah dan Rasul
"Aku menyerahkan hati ini buat Allah,moga Allah menyerahkanku kepada mereka yang meletakkan hati kepada Dia jua"
=)
[ok,tarik nafas,hembus..nak pi blajar dah esok lusa ni..betulkan niat wahai diri..Allah,jagalah diri ini  T.T ]


Wednesday, August 15, 2012

Saat Ujian Mendatang

Bismillahirrahmanirrahim,segala puji-pujian selayaknya hanya buatMu Ya Allah..

Tukar template blog dengan background music..semangat baru =)

Alhamdulillah,diberi kesempatan menulis lagi biarpun sedikit terhalang beberapa minggu ini.Cemburu melihat sahabat-sahabat blogger lain mampu istiqamah dalam penulisan mereka.Tak pernah henti menyampaikan da'wah.Tahniah sahabat-sahabat!!Biar tak ada orang like post entry blog kita kat facebook,asalkan Allah 'like' amal kita nak sampaikan da'wah.Kann?? =)

Bismillah,


Saat duduk sejenak muhasabah,rasanya diri kena dengan tajuk entry kali ni.Allah had choosed me and my family to face some obstacles and difficulties for this 3 months.Kena belajar untuk sentiasa berlapang dada dengan apa jua yang Allah dah tetapkan buat diri ini kalau nak jadi mu'minah yang "magic".<monolog>


Ajaibnya perihal seorang mukmin itu. Sesungguhnya semua urusannya baik-baik belaka. Dan tiadalah memiliki ciri yang seperti ini melainkan hanya kepada seorang yang mukmin. Sekiranya dia diuji dengan kesenangan, lalu dia bersyukur. Maka syukur itu adalah yang terbaik baginya. Sekiranya dia diuji dengan kesusahan, lalu dia bersabar. Maka sabar itu adalah yang terbaik baginya. 

[Riwayat Muslim] 

See!!Magic kan ??


Sebenarnya hakikat kehidupan tu tak pernah sunyi daripada ujian dan air mata.Setiap manusia ada ujian yang berbeza baginya,malah berbeza juga cara setiap orang memandang ujian tersebut.Yup,itulah warna kehidupan.Bukan setiap masa diri diuji dengan kepayahan.Bukan juga setiap masa juga diri diuji dengan kesenangan.Datangnya silih berganti.Malah,kadang-kadang tak sedar bahawa diri sedang diuji.Saat diri diuji,ada yang tertanya-tanya,mengapa harus diri ini yang menghadapinya.Ketika orang lain senang,bahagia,kaya sebaliknya kita berdukacita,.Ketika orang lain bergelak ketawa,kita pula berlinangan air mata.


Namun,beruntunglah bagi mereka yang BERLAPANG DADA DAN BERSABAR atas ujian yang diberiNya.Mereka yang yakin bahawa setiap ujian yang mendatang adalah tanda cintanya Allah buat hambaNya.Beruntung juga bagi mereka yang sedar bahawa bila datangnya ujian,itu tandanya Allah nak bagi 'reward' pada dirinya.Itulah janji Allah.Sesungguhnya Dia tak pernah 'test' hambaNya dengan sia-sia.Sama ada ujian itu berbentuk kesusahan mahupun kesenangan,Allah lebih mengetahui kenapa kita diuji.Matlamatnya??Agar Allah tahu siapa dalam kalangan hambaNya 'yang the best among the best amalannya'. =)


"Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup bagimu untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Ia Maha Kuasa,lagi Maha Pengampun"

(Al-Mulk : 2)

Kalau perhati balik,Allah tak sebut siapa mu'min yang paling banyak amalannya,tapi Allah sebut siapa mu'min yang paling BAIK amalannya.


Bila bercakap pasal mu'min,Allah dah "remind" awal2 lagi :


“Adakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : “kami telah beriman,”sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji (mencabar) orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang dusta”. (Al-Ankabut : 2&3)

Ujian itu sebenarnya indicator@penanda aras tahap keimanan kita terhadap Allah.Jadi,macam mana nak "maintain"@ tambah iman kepada Allah??

Jawapan pertama,SABAR. =)

Orang cakap,"Awak boleh la cakap sabar,bukan awak yang hadapi masalah ni,saya yang tanggung.Saya.Awak tak faham!!"

By the way,jawapan SABAR di atas tu bukanlah keluar daripada mulut saya.Tapi itulah solusi yang Allah bagi saat menghadapi jerih perih dalan kehidupan.
 Tak percaya??Ok,jom check balik ni..

"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan solat,kerana sesungguhnya Allah menyertai orang-orang yang sabar". (Al-Baqarah :153)



                                                          "sabar ye encik,nak bawak anak2 
                                                            melintas jap..hehe"


Malah,Allah sendiri puji perkataan sabar tu :
"Sesungguhnya sabar itu cantik."

Ujian kita tak sehebat Rasulullah masa nak sebarkan da'wah kan??Tak pulak kita dibaling batu,dijerut leher,dipulaukan masyarakat macam mana yang Rasulullah tanggung dulu. =)

Sebab tu telah disusun Rasul-rasul Ulul Azmi,iaitu rasul-rasul yang paling banyak diuji Allah.Dan yang paling tinggi martabatnya adalah Rasulullah sendiri.
"NIMIM">>Nuh,Isa,Musa,Ibrahim,Muhammad.

Jadi,kalau nak banding dengan Rasulullah,ujian kita "ciput"[kecik] ja.

Jawapan kedua,SOLAT.


PENAWAR PALING MUJARAB BILA TAKUT, RISAU, SEDIH…
SOLAT! SOLAT! SOLAT!

Jika kamu diserang rasa takut, atau kamu diliputi perasaan sedih dan rasa gelisah menguasai perasaanmu, maka bangkitlah segera menuju solat, nescaya rohmu akan kembali padamu dan jiwamu menjadi tenang. Sesungguhnya solat menjadi penanggung atas izin Allah SWT untuk menghilangkan kesedihan yang berpanjangan dan kesusahan serta mengusir benih-benih kepedihan.

(Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni)>>Penulis "La Tahzan"




                                                                                   =)


Saat kita menyungkur sujud kepada Allah,maka itulah saat kita paling hampir denganNya.Maka mohonlah kekuatan dan ketabahan jiwa daripada "Pemilik Hati Kita" untuk terus teguh berdiri saat orang lain jatuh,untuk terus melangkah saat orang lain terduduk resah.


Anggaplah segala ujian yang Allah bagi ni sebagai "cubit-cubit sayang" Allah pada kita.Kenapa saya cakap  macam tu??


"Sesungguhnya jika Allah mencintai seseorang hamba maka dia tenggelamkan hamba itu dengan ujian dan cubaan, Ingatlah sekiranya sesorang itu tidak pernah mengalami ujian dan cubaan maka ia jauh dari kasih sayang Allah"


Jadi,Saat Ujian Mendatang,siapkanlah dua jenis "ubat S" ini.Iaitu SABAR dan SOLAT. =)


Ketika hati bersedih kita perlu untuk memilih..

Pilihlah untuk senyum, walaupun kita memiliki sebab untuk muram..
Pilihlah untuk bangkit walaupn kita telah jatuh dan malu..
Pilihlah untuk sabar dan redha walaupun kita ada alasan untuk kecewa..
Kerana ingatlah.. ALLAH sentiasa bersama orang yang bersabar."

Salam Mujahadah!! =)


::..andaiiniramadhanterakhirku..::

Friday, August 3, 2012

Penerbangan Ke Negeri Abadi


Perhatian kepada penumpang,sila bersedia untuk penerbangan ini..

  • Di mana maklumat tentangnya tidak terdapat dlm brosur penerbangan,tetapi dalam Al-Quran dan As- Sunnah,
  • Di mana penerbangannya bukan lagi Malaysia Airlines atau Air Asia,tetapi AL-JANAZAH, 
  • Di mana bekalannya bukan lagi seberat 50 kg,tetapi PAHALA atau DOSA,
  • Di mana bajunya bukan lagi Pierre Cardin atau B.U.M tetapi kain putih 'COTTON',
  • Di mana pewanginya bukan lagi Channel atau Paris Hilton,tetapi AIR MAWAR dan CENDANA,
  • Di mana pasport kita bukan lagi Malaysia atau Arab Saudi,tetapi AL-ISLAM,
  • Di mana peramugari dan peramugaranya bukan yang cantik jelita,atau gagah dan tampan,tetapi IZRAIL,
  • Di mana layanannya bukan first class,economy atau bussiness,tetapi sekadar KAIN YANG DIWANGIKAN,
  • Di mana destinasi mendaratnya bukan lagi KLIA,Jeddah International Airport atau Heathrow Airport, tetapi TANAH PERKUBURAN,
  • Di mana imigresennya bukanlah Kastam DiRaja Malaysia,tetapi MUNKAR dan NAKIR yang akan memeriksa kita untuk ke destinasi berikutnya,tetapi bukanlah Disneyland,Paris atau London,sebaliknya SYURGA atau NERAKA..
Berita Baik!!

1. Penerbangan ini adalah PERCUMA,jadi simpanlah simpanan anda.

2. Jangan risaukan 'delays' kerana penerbangan ini TIDAK TERCEPAT dan TIDAK
    TERLAMBAT.
3. Jangan risau siapa di sebelah anda,kerana andalah SATU-SATUNYA penumpang
    penerbangan ini.

Adakah kita sudah bersedia untuk menaiki 'penerbangan ini????

Thursday, July 5, 2012

Aku Bukan Bidadari

Bismillahirrahmanirrahim...

56. “Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin.” 

58. “Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan.” 

70. “Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik- baik lagi cantik-cantik.” 

72. “(Bidadari-bidadari) yang jeli, putih bersih, dipingit dalam rumah.” 

74. “Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin.” 

Allahu Allah...sentap!!

Bacaan surah Ar-Rahman ku terhenti.Resah!! 

Allah,hambaMu ini punya rasa.Rasa yang fitrah buat setiap insan.HambaMu ini cemburu ya Ilahi.Hamba tak mampu menjadi secantik bidadari-bidadari yang telah Kau ciptakan buat mujahid-mujahid pejuang agamaMu.

Sungguh Ya Allah,andai dibanding kecantikan bidadari itu dengan diri kerdil ini,tiadalah sekelumit  pun keistimewaan hamba.Ya Ilahi,hamba cemburu!!

Tatkala perasaan itu menggelodak di jiwa,setitis demi setitis air mata ini jatuh ke bumi.Mengenangkan dek kecilnya diri ini.Tidak mampu menjadi bidadari-bidadari bermata jeli itu.Allahu Allah..

Namun,Maha PengasihMu ya Allah.Dalam kedukaanku itu,Kau hadirkan sabda dari KekasihMu.Usai membacanya,diri ini mampu mengukir senyum.

Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah…tasbih dan tahmid selayaknya hanya bagiMu.




Bicara antara Ummu Salamah dengan Baginda Nabi umpama siraman embunan dingin buat jiwa yang tandus ini.Allahu Rabbi,Maha Pengasihnya Engkau terhadap hambaMu.



Daripada Ummu Salamah katanya :

Aku bertanya, "Ya Rasulullah, manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari bermata jeli?

Baginda menjawab, "Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari seperti kelebihan apa yang nampak dari apa yang tidak terlihat."

Aku bertanya, "Mengapa wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari ya Habiballah?"

Baginda menjawab, "Kerana SOLAT mereka, PUASA dan IBADAH mereka kepada Allah. Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuningan, sanggulnya mutiara dan sisirnya terbuat dari emas."

Mereka berkata : "Kami hidup abadi dan tidak mati. Kami lemah lembut dan tidak jahat sama sekali. Kami selalu mendampingi dan tidak beranjak sama sekali. Kami reda dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya."

(Hadis Riwayat ath-Tabrani)

Subhanallah..tingginya darjat seorang wanita solehah!Amalannya mampu menandingi bidadari di syurga. 

Justeru,bagaimanakah persisnya insan yang bergelar wanita solehah itu??

Bismillah,moga bermanfaat...

  • Wanita solehah itu, cintanya terhadap  Allah dan Rasul-Nya melebihi cinta kepada dirinya sendiri dan manusia seluruhnya.
  • Wanita solehah itu bukanlah wanita yang suka berhibur dan berhias diri hingga menimbulkan fitnah dunia.
  • Wanita solehah itu tidak akan bermusafir melainkan bersama mahramnya .Andai dia  dalam keadaan terpaksa dia akan berhati-hati menjaga keselamatan diri.
  • Wanita solehah itu sentiasa mendekatkan diri dengan kebenaran, kebajikan dan takwa serta meletakkan dirinya jauh daripada maksiat kepada Allah S.W.T.
  • Wanita solehah itu sentiasa berinfaq di jalan Allah,tatkala dalam kesusahan atau kesenangan.
  • Wanita solehah itu sentiasa 'birrul walidain' (berbuat baik kepada kedua ibu bapanya), saudara-mara dan kaum kerabatnya.Dia benci sekali  memutuskan silaturahim
  • Wanita solehah itu sentiasa menjaga solatnya, puasanya,serta mentaati suaminya dan menjaga maruah diri.
  • Wanita solehah itu sentiasa menjaga hablumminannasnya(hubungan baik dengan masyarakat sekeliling).
  • Wanita solehah itu tidak dipandang  dari bentuk tubuhnya yang menawan, tetapi dari sejauh mana dia menutupi  tubuhnya  itu.
  • Wanita solehah bukanlah dilihat dari sebesar mana kebaikan yang dilakukannya , tetapi dari keikhlasan di saat dia melaksanakan segala kebaikan itu.
  • Wanita solehah itu bukanlah dihitung dari gemersiknya lantunan suara , tetapi dari apa yang sering lisannya bicarakan.Berkata benar,menjauhi mengumpat,tidak mengadu domba dan mengeluarkan kata-kata kesat.
  • Wanita solehah itu tidak dipandang dari kefasihannya berbahasa dan berpidato, tetapi dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah untuk menegakkan kebenaran.
  • Wanita solehah bukan dilihat dari keberaniannya dalam berfesyen,tetapi dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. 
  • Wanita solehah tidak dinilai dari kerisauan digoda orang di tepi jalanan,tetapi dari kerisauan dirinyalah yang mengundang orang tergoda.
  • Wanita solehah bukanlah dihitung dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang dihadapi,tetapi dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh redha dan sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.
  •  Wanita solehah tidak dipandang dari mesranya dalam pergaulan,tetapi dari sejauh mana ia mampu menjaga batas  dirinya dalam bergaul dan sentiasa menjauhkan dirinya daripada fitnah.




Sahabat yang dimuliakan,

Wanita solehah itu berhati lembut, menyenangkan dan menyejukkan bila dipandang mata serta menenteramkan hati setiap pemiliknya. Dialah wanita solehah yang menjaga kesucian dirinya. Allah telah menetapkan beberapa wanita mulia sebagai penghuni surga dan penghulu (pemimpin) para bidadari.


Ingatlah wahai lelaki mukmin! Orang yang terbaik dikalangan kalian adalah orang yang berbuat baik kepada isterinya (wanita solehah) dan memuliakan kaum wanita. Nabi S.A.W mengatakan orang lelaki yang menghina wanita adalah orang yang tidak tahu budi.


Begitulah Islam memuliakan wanita solehah bukan saja dia adalah bidadari di dunia tetapi dia juga akan menjadi ketua bidadari di syurga.

SUBHANALLAH!! =)

Ayuh!!Mensolehahkan diri bukan semata mencari yang soleh..tetapi kerana Redha Ilahi..andai redha Ilahi sudah dimiliki..Allah akan temukan kita dengan yang Dia redhai.. =)
 

Template by BloggerCandy.com