Wednesday, September 19, 2012

Cukup Allah Bagiku

Kekuatan hati dan jiwa itu datangnya dari Allah.Tika hati dan jiwa ini sudah tidak berdaya untuk mengorak langkah maka mohonlah  keteguhan dariNya.
Hanya Dia.Dialah yang mampu menenangkan jiwa yang resah,Dialah juga yang mampu melapangkan dada yang gundah.Biar zahirnya dirimu keseorangan dalam perjuangan ini,namun masih ada Allah yang sudi menemani diri.Di mana Dia??

Di dalam hati.Maka kuatkanlah imanmu wahai diri.Ada kala tangisan mampu melemahkan. Namun,ada tika tangisan itu jualah yang menguatkan.Menangislah pada Dia yang Maha Mendengar.Merintihlah pada Dia yang Maha Pengasih.Di situ kau kan temui kekuatannya.


Usai kau merintih,maka binalah azam baru.Bangunkan tekad yang satu.Hanya Allah matlamat hidupmu.Maka saat itu,seluruh nafasmu,kehidupanmu hanyalah demi Allah.Demi Islam.Biarpun keperitan dan kepedihan yang akan kau tempuh,itulah sunnah perjuangan.Biar tiada lagi masjid yang gah berdiri,malah tidak kedengaran lagi laungan azan,tiada lagi solat berjemaah,usrah,sahabat perjuangan yang sefikrah,ikhwah-ihkhwah yang thiqah,dirimu tidak boleh rebah.


Kerana saat engkau mengangkat tangan berikrar menjadi ‘amilin harakah Islami,itu juga bererti bahawa dirimu sudah menyediakan sepenuh jiwa dan raga buat Islam.Memang jalan perjuangan itu penuh dengan onak duri dan ranjau ujian yang memeritkan.Sebenarnya,itulah jua yang telah ditempuhi oleh Rasulmu suatu ketika dahulu.


Maka,kini tiba pula giliranmu memikul amanah itu.Meneruskan wasilah menyebarkan Panji Islami.Wahai diri.Usah Futur!!!Bangkit!!Teruskan langkahmu.Andai kau jatuh,kembalilah bangun.Demi Islam.Demi Allah.Demi Rasulmu.Kau tidak keseorangan.Ada Allah di sisimu.


ALLAHUAKBAR!!!!


“AKU ADALAH ANAK PANAH-ANAK PANAH ISLAM.LEMPARKANLAH AKU KE MANA SAHAJA KAMU MAHU.AKU TETAP BERJUANG DEMI ISLAM”


1 comment:

  1. Allah...wahida...tersentuh...rindu enti...rindu sgt..rindu sgt suasana tarbiah dan kenangan bersama sahabat..semoga Allah sentiasa menjaga kita..Ameen..

    ReplyDelete

 

Template by BloggerCandy.com