Sunday, September 30, 2012

Moga Setiap Nafas adalah Da'wah



Seorang rakan kristian bertanya kepada saya ketika ada field trip di luar universiti.

“You got bring your sunblock?”

Saya tersenyum,lalu menjawab :

“No laa,I don’t use it”

Dia tergelak,lalu berkata :

“Yaaa laaa,you don’t need to wear that anymore,coz your body has been ‘covered’ .”

Saya hanya tersenyum.Moga pakaian juga mampu menjadi da’wah.

Bismillah,

Saat saya mendapat tawaran ke universiti ini,saya cuba menyediakan diri saya untuk menghadapi sebarang dugaan yang sudah boleh saya jangkakan.

AQIDAH.

Ya,dugaan ini yang saya risaukan dahulu.Namun,semakin dekat waktu untuk saya melangkah ke negeri itu,entah kenapa semakin kuat semangat yang datang.Alhamdulillah,semuanya dengan izin Allah.Biarpun,agama rasmi negara kita adalah Islam,namun,jujur saya akui di sini..agama Kristian mungkin lebih menonjol.Apalagi,kampus saya berada di kawasan sedikit pedalaman. Errr..pembetulan,MEMANG PEDALAMAN.

Sepanjang perjalanan selama 6 jam dari kampus induk di Kota Kinabalu ke Sandakan,hampir setiap lima kilometer saya akan nampak lambang salib.Dan papan tanda Gereja St. Micheal,Gereja Katolik,True Jesus Church,Gereja Basel..’menghiasi’ sepanjang perjalanan tersebut. Tapi,Alhamdulillah..Allah bekalkan saya kekuatan.Mungkin berkat doa mak dan abah,serta sahabat-sahabat seperjuangan,saya sendiri tidak pernah merasakan kekuatan jiwa seperti ini.Subhanallah.






“Mungkin ada hikmah Allah hantar aku kat sini”sempat bermonolog sepanjang perjalanan.



Apabila tiba di kampus baru,dibahagikan mengikut program pengajian masing-masing,sekali lagi saya terpempan.Satu-satunya yang bertudung labuh di situ.Namun,itu tidak bermaksud saya harus mengubah prinsip diri,apatah lagi melanggar syariat Allah.Maka bermulalah amanah dan tanggungjawab da’wah saya di sini.

Semasa di KK,beberapa insiden berlaku.Namun,saya tabahkan hati untuk terus melangkah.Pernah ketika berada di dalam Dewan Canselor,kiri kanan saya adalah non-muslim.Ada yang memegang tudung labuh pink saya lalu bertanya juga :

“You tak panas ka pakai ini ‘tudung besar’?? I pakai baju kurung pun dah berpeluh maa”.

Alhamdulillah,Allah izin saya berikan penerangan mengenai tudung yang saya pakai.Saya tidak pernah berasa panas memakai tudung seperti itu semenjak sekolah,malah berasa semakin selamat di sebalik litupannya.Setiap apa yang Allah perintahkan kepada hambanya itu ada hikmahnya.Cuma sayang,manusia kadang-kadang lebih banyak memandang keburukan daripada kebaikan. Na’uzubillah,moga Allah tetapkan hati ini.

Ada ketika kita tidak perlu bercakap banyak untuk menyampaikan Islam.Da’wah bil hal kadang lebih berkesan.Da’wah tanpa suara. “action speaks louder than words.”

Roomate saya,seorang Kristian.Ketika hari kedua saya berada di KK,saya masih melakukan solat jama’ disebabkan waktu orientasi yang sangat padat dan saya akan bermusafir ke kampus di Sandakan pada hari berikutnya.Solat maghrib saya jama’kan dengan solat Isya’.Selepas selesai program,kami sampai di bilik lewat malam.Dia bertanya :

“You memang tak solat ya??”

=.=’

Awalnya,saya sedikit terkejut dengan lontaran soalan itu,tapi saya cuba selitkan da’wah dalam setiap jawapan saya.

“Oh,in Islam we can combine two solah in one time.We call that jama’.Our God,Allah is very Mercy.When we travel far away from our home or our place,we are allowed to combine the solah for a few day until we arrive the destination.”

Saya cuba untuk mengatur ayat sebaik mungkin agar mudah difahami konsep rukhsah tersebut dan agar dia mengetahui bahawa Islam bukanlah agama yang memberatkan biarpun Inggeris saya masih tunggang langgang..heh ^_^.

Tiba-tiba dia menjawab, “ya,I have heard about that.Coz,my boyfriend is Arab Muslim”

Sekali lagi saya kaget.”Allah,jangan jadikan aku fitnah terhadap agamaMu.Janganlah Islamku hanya sekadar nama,namun izinkan setiap nafasku adalah Islam”

Hari-hari kuliah saya berjalan seperti biasa.Tetapi setiap hayunan langkah saya terasa berat,bahu ini menggalas amanah yang hebat.Teringat pengorbanan Rasulullah masa nak sampaikan Islam di bumi Taif dahulu.Hatta di Mekah sekalipun Baginda memang cukup diuji dengan tentangan daripada kafir quraisy sendiri.Alhamdulillah,ujian saya tidak seberat Rasulullah.Malah,jauh lebih kecil berbanding apa yang Rasulullah hadapi.Semata-mata untuk sampaikan syiar Islam,menegakkan kalimah tauhid,Baginda rela dan redha.

Dan kini,saya memegang tanggungjawab untuk meneruskan wasilah da’wah Rasulullah. Sungguh,menjadi orang asing di bumi yang asing bukannya mudah!!Tapi,saya percaya janji Allah.Empat belas ayat dalam surah As-Saff saya jadikan sumbu perjuangan.Juga hadis-hadis yang sering diulang-ulang semasa usrah di matrikulasi dahulu.

GHURABA’.

Di akhir zaman ini,membawa ISLAM ibarat menggenggam bara api.

“Ada tetap ada suatu puak dalam kalangan umatku, yang menegakkan urusan Allah (Islam), mereka tidak dapat dimusnahkan oleh golongan yang menghina dan menyanggahi mereka sehingga tibanya janji Allah (Kiamat) mereka tetap bangkit” (Riwayat Muslim).

“Beruntunglah golongan ghuraba` (yang asing atau pelik)”. Ditanya baginda: “Siapakah mereka yang ghuraba itu wahai Rasulullah?”. Jawab baginda: “Golongan yang soleh dalam kalangan ramai yang jahat, yang menentang mereka lebih ramai daripada yang mentaati mereka”. (dinilai sahih oleh Ahmad Shakir).

Walau apa jua yang rintangan yang menanti di hadapan,langkah perjuangan ini akan diteruskan.Selagi nafas masih terhela.Selagi badan masih bernyawa.Kerana itulah tujuan Allah hidupkan diri ini.Sebaik-baik umat yang Allah ciptakan adalah untuk mengajak kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran.Moga setiap nafasku adalah da’wah.Allahumma Yassir. ^_^


Buat ikhwah dan akhawat seperjuangan,biar di mana saja kita berada,jangan pernah berasa lemah.Allah itu Al-Qawiyy.Justeru,mohonlah pertolongan dan kekuatan daripada Dia.Jauhi futur dalam mujahadah. Thabatkan hati,tetapkan jiwa,mantapkan aqidah.Andai jatuh,bangunlah kembali.Kita tidak keseorangan.Allah itu sentiasa ADA.

SALAM PERJUANGAN BUAT PARA DA'IE ILALLAH.

MOGA ALLAH SENTIASA MEMBERKATI PERJUANGAN KALIAN !!! 

Doakan juga ana kuat di sini.

p/s :apa yang dikongsikan di atas cumalah sedikit pengalaman dan cabaran yang Allah izin terjadi pada diri ini 
      kerana Dia menguji tahap iman hambanya.Moga dijauhkan daripada sifat riya' dalam diri ini.
      WALLAHUA'LAM. 

3 comments:

  1. allahu ma'akum ya ukhty,jadikan cabaran yg anti hadapi ini,sbagai satu medan bagi memeperluaskan dakwah,khususnya kpada non muslim,didoakan smoga dikuatkan pendirian nahnu semua untuk menghadapi mehnah ujian di universiti.

    ReplyDelete
  2. salam wahida. kat uum aku banyak kawan ngn chinese. one day ni.. sorg chinese girl tanya.. 'why she got wear like that?' dy tunjuk kat sorg muslimah yg betudung labuh bepurdah.. serius time tu aku terfikir.. kenapa aku tak jd macam muslimah tu.. at least betudung ikut syariat Islam.. Alhamdulillah.. Allah nak bukak pintu hati aku. i'm try to follow it.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. subhanallah..insyaAllah azah..moga Allah sentiasa iring pengislahan diri.Luv U FILLAH :)

      Delete

 

Template by BloggerCandy.com